Monday, February 21, 2011
Bob Lokman Masuk PAS
KUALA LUMPUR, 21 Feb: Pada 19 Februari lalu, pelakon dan penulis lirik terkenal Mohd Hakim Lokman atau lebih dikenali sebagai Bob Lokman mengejutkan banyak pihak apabila menyerahkan borang menjadi ahli PAS.
Beliau menyerahkan borang itu kepada Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Razak yang juga Menteri Besar Kedah pada majlis Himpunan 30 ribu Pemuda PAS, di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, Alor Setar, kelmarin.
Bob, penulis lirik lagu terkenal Isabela nyanyian Amy Search bukanlah artis pertama yang menyertai PAS.
Sebelum ini terdapat juga artis lain seperti Akill Hayy, Ito daripada kumpulan Blues Gang dan Ringgo dari kumpulan Arrow telah menyertai PAS lebih awal.
Harakahdaily sempat bertemu beliau bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tindakan beliau itu.
Ikuti temubual beliau dengan wartawan Nazri Abdullah.
Harakahdaily: Apa yang menyebabkan saudara Bob terdorong untuk memilih dan menyertai PAS?
Bob Lokman: Sebab saya rasa ada masalah dengan sistem kehidupan. Saya nak mendidik anak saya dengan jalan Islam tetapi dia ada masalah dengan sistem persekolahan, sistem pergaulan, dan sistem masyarakat.
Bila saya di rumah suruh dia sembahyang, di luar ada kumpulan yang suruh dia buat benda lagha. Masa saya muda dulu saya tak sedar, dan itu berlaku pada anak saya sekarang, dan sekarang sara rasa tanggungjawab pada anak.
Tengok anak kita tidak menjadikan Allah nombor satu... dia duk ikut ‘rakyat didahulukan pencapaian diutamakan’, pada hal Allah nombor satu, takwa diutamakan tapi anak-kita tak tahu.
Harakahdaily: Jadi adakah faktor anak saudara itu yang telah mendorong saudara menyertai PAS?
Bob Lokman: Ya...Saya selalu merasa saya gagal mendidik anak saya dan rasa saya akan masuk neraka. Kerana itu saya rasa tidak ada tempat nak mintak bantuan, saya masuk PAS ini saya rasa ada jemaah yang boleh membawa saya ke jalan yang betul.
Mengakkan Islam itu adalah wajib, kalau saya tak terlibat, harapkan orang lain berjuang, apa akan jadi dengan anak saya nanti.
Harakahdaily: Saudara tahu PAS adalah parti pembangkang. Jadi adakah saudara tidak risau ianya akan menjejaskan sumber rezeki saudara dalam kerjaya saudara.
Bob Lokman: Saya tahu risiko itu, tapi saya serahkan rezeki saya bulat-bulat pada Allah, yang penting saya dapat selamatkan kehidupan anak saya di dunia dan saya tak masuk neraka.
Harakahdaily: Sejak kebelakangan ini, saudara dilihat banyak memegang watak-watak sebagai seorang alim berbanding watak lain termasuk pelawak. Adakah itu perubahan berterusan yang saudara akan lakukan.
Bob Lokman: Mengikut pandangan ustaz-ustaz yang saya belajar, sebab berlakon itu sumber rezeki saya, ustaz-ustaz kata boleh berlakon tetapi pilihlah watak-watak yang tidak menjadikan dosa bila kita dah tak ada nanti, pilih watak yang mendatangkan manfaat.
PAS Kelantan alu-alukan Bob Lokman
Sementara itu, di KOTA BHARU, Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, mengalu-alukan kemasukan artis terkenal negara yang juga penulis lirik lagu 'berhantu' Isabela, Bob Lokman yang kini telah menjadi ahli PAS.
Ketuanya, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, ketika dihubungi juga turut mengucapkan tahniah di atas keberanian artis terkenal yang juga berasal dari Kelantan itu.
Sambungnya, penerimaan artis itu untuk bersama PAS cukup membuktikan parti yang memperjuangkan Islam itu tidak pernah menutup pintunya untuk mana-mana artis.
Beliau bagaimanapun tidak terkejut dengan keputusan yang diambil Bob Lokman, memandangkan latarbelakang artis itu merupakan cicit ulama terkenal Kelantan iaitu, Tok Kenali.
“Apapun tahniah kami ucapkan di atas keputusan yang diambil dan berharap beliau mempertahankan sebaik mungkin keputusan yang diambil.
“Kita juga berharap beliau akan menjadi ikon kepada generasi muda dalam memilih cara hidup yang baik,”ujarnya.
Semalam, Bob Lokman telah membuat kejutan besar pada majlis Himpunan Pemuda PAS 30k bersama pimpinan tertinggi Pemuda PAS.
Tidak cukup dengan itu beliau telah menyerahkan borang keahlian menyertai PAS kepada Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga Menteri Besar Kedah. Read More..
Thursday, February 17, 2011
UBAH PERSEPSI NEGATIF TERHADAP POLIS
UBAH PERSEPSI NEGATIF TERHADAP POLIS-Utusan Meloya
Masyarakat perlu membuang tanggapan negatif terhadap polis supaya usaha membanteras jenayah dapat dilakukan dengan lebih berkesan.
Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Lee Lam Thye berkata, masyarakat harus mengubah persepsi negatif itu kerana polis berjaya menjalankan tugas dengan berkesan selama ini.
Katanya, persepsi negatif sering dilontarkan kepada polis setiap kali berita mengenai kejadian jenayah dipaparkan di akhbar.
"Walaupun polis sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik ketika menjalankan tugas terutama menangkap penjenayah namun masyarakat tidak pernah puas dengan perkara itu.
"Jadi perkara ini perlu ditangani segera dengan meruntuhkan tembok penghalang antara polis dengan masyarakat bagi menangani apa juga masalah yang wujud di persekitaran mereka," katanya.
hahahahahahahahaa
nak hormat polis macam mana?klu dah depan2 mata mintak rasuah..kah kah kah..
nak hormat mcm mana klu polis bunuh budak..kah kah kah..
nak hormat apa lagi klu duk sembur peserta himpunan..kah kah kah..
nak hormat kerana pakai uniform?kah kah kah...
ciittt...pooodahh..
jenayah byk x selesai sbb byk polis gi kacau himpunan org ramai..
ini negara jakun..negara dunia ketiga mmg mcm ni..otak tak leh pakai dah pasai selalu diperbodohkan oleh kerajaan..dibodohkan oleh media meloya dan tv tiga suku..kah kah kah
Read More..
Sunday, February 13, 2011
Saturday, February 12, 2011
Ujian Personaliti Anda
Ambil sehelai kertas dan cuba jawap soalan ini dengan spontan..analisis nye selepas ini
Situasi:
Anda berada di dalam hutan
(1) nyatakan dengan siapa anda berjalan?
sedang anda berjalan tiba-tiba terserempak seekor haiwan
(2) nyatakan apakah haiwan itu
(3) tindakan anda terhadap haiwan itu
(biarkan dan pandang je/lari dari haiwan itu/ dapatkan haiwan itu)
anda teruskan perjalanan..tiba-tiba ternampak segugus kunci
(4) nyatakan bilangan kunci itu
(dari 1-10 anak kunci)
anda teruskan perjalanan, tiba2 anda ternampak sebuah rumah di tengah hutan.
pada fikiran anda..
(5) adakah rumah itu berpagar?
(6) pintu rumah tu terbuka atau tertutup?
anda pun masuk ke rumah itu. pergi ke ruang tamu dan ternampak meja.
(7) apakah bentuk meja itu?
(Bulat/ Oval / Segiempat / Segitiga)
atas meja ada pasu...
(8) Berapa banyak air dalam pasu itu?
(Penuh / Setengah / Kosong)
(9) Pasu itu diperbuat daripada apa?
[(Kaca / seramik / tanah liat) (logam / plastik / kayu)]
Anda teruskan perjalanan ke belakang rumah. anda melihat sebuah air terjun dari jauh.
(10) Berapakah laju air itu?
(1-10 : 1-perlahan 10-paling laju)
anda terus berjalan dan ternampak sebuah taman. tiba-tiba anda ternampak sebuah kotak peti.
(11) Apa ukuran kotak itu?
(kecil / sederhana / besar)
(12) kotak itu diperbuat daripada?
(cupboard/ kertas / kayu / logam)
tak jauh dari taman anda ternampak sebuah jambatan.
(13) jambatan diperbuat daripada apa?
(logam / kayu / rotan)
Di seberang jambatan, ada seekor kuda.
(14) Apakah warna kuda itu?
(putih / kelabu / coklat / hitam)
(15) Apa yang kuda lakukan?
(diam dan tenang / menggigit rumput / berlari)
(16)
TIBA-TIBA...tanpa disangka ribut tornado datang.... tak jauh
daripada kuda. Anda mempunyai 3 pilihan:
(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?
(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari ke kuda, naik dan terus pergi?
Berikut adalah tafsiran:
(1) dengan siapa anda berjalan merupakan orang yang paling dekat dan rapat di hati anda.
(2) haiwan yang anda jumpa simbolik kepada masalah yg anda hadapi. saiz haiwan yang besar menunjukkan anda menganggap sesuatu masalah itu besar
(3) tindakan anda kepada haiwan merupakan tindakan anda kepada masalah yang anda hadapi. kalau anda lari dari haiwan maksudnya anda memang suka lari dari masalah
(4) kunci
1 - kamu punya satu teman baik dalam hidup anda
2-5 - anda mempunyai beberapa teman baik dalam hidup anda
6-10 - anda punya banyak teman baik
(5) rumah
berpagar : close-minded
tidak berpagar : open minded
(6) pintu
terbuka : senang berkongsi dan bercerita masalah atau diri kepada orang lain
tertutup : tak suka bercerita dan rela memendam nye
(7) Meja
Bulat / oval - teman yang datang, anda akan menerima dan mempercayai mereka sepenuhnya
Persegi - anda sedikit lebih cerewet tentang kawan-kawan dan hanya boleh geng dengan orang yang anda fikir sama frekuensi sahaja
Segitiga - kamu benar-benar sangat sangat pilih-pilih teman-teman dan tidak ada banyak kawan dalam hidup anda
(8) Pasu
Kosong - cita-cita dan keinginan hidup anda tidak terpenuhi
Setengah penuh - apa yang anda inginkan dalam hidup anda adalah setengah dah
tercapai
Penuh - hidup anda benar-benar terpenuhi dan baik untuk kamu!
(9) kaca / tanah liat / seramik - kamu lemah dalam hidup anda dan cenderung menjadi rapuh
logam / plastik / kayu - and kuat dalam hidup anda
(10) air terjun
0 - tidak ada dorongan seksual sama sekali
1-4 - ghairah seks rendah
5 - ghairah seks sederhana
6-9 - ghairah seks tinggi
10 - ghairah seks sangat tinggi ...
(11) Saiz kotak:
kecil - ego rendah
menengah - ego sederhana
besar - ego tinggi
(12) material peti:
cupboard/ kertas / kayu (non-bersinar) - rendah hati
kepribadian
logam - bangga diri
(13) Adapun material jambatan:
jambatan logam - punya ikatan yang sangat kuat dengan teman-teman anda
jambatan kayu - hubungan sederhana dengan rakan-rakan anda
rotan - anda tidak berada dalam hubungan baik dengan teman-teman
(14) Warna kuda:
putih - pasangan anda adalah murni dan baik dalam hati anda.
kelabu / coklat - pasangan anda sederhana di hati.
hitam - pasangan anda sepertinya tidak begitu baik di hati dan tampaknya menjadi pertanda buruk.
(15) tindakan kuda:
diam dan tenang / menggigit rumput - pasanganmu adalah sangat sederhana dan rendah hati.
berlari-lari - pasangan anda adalah liar dan agak sukar dikawal
(16) Ini yang terakhir tapi yang paling penting bagian dari ujian ini.
Dari bagaimana saya menamatkan cerita ... pendekatan tornado ...
Apa yang akan kamu lakukan? Hanya ada 3 pilihan:
(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?
(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari ke kuda, naik dan pergi?
Apa yang akan anda pilih?
Sekarang, di atas ini ditandai dengan hal-hal ini:
Tornado - masalah dalam hidup anda
peti - anda
Jambatan - kawan-kawan anda
Kuda - pasangan
(i) Jadi, jika anda memilih kotak, anda bergantung kepada diri sendiri setiap kali anda menghadapi masalah.
(ii) atau jika anda memilih jambatan, anda akan pergi ke kawan-kawan setiap kali anda menghadapi masalah.
(iii) atau yang terakhir jika kamu memilih kuda, anda mencari pasangan anda setiap kali anda menghadapi masalah.
Adakah ia benar-benar melambangkan diri anda? fikir-fikirkan..

satu lagi Pilihanraya kecil di Kerdau Temerloh Pahang
takziah kepada datuk zaharudin..Adun Kerdau yg telah kembali ke rahmatullah...
bermakna satu lagi PRK di selepas merlimau...
jentera PR siap sedia..
Read More..
download kristal-luahan hati,mp3
http://www.mediafire.com/?src9zxl181g2qk8
Lirik Luahan Hati
Pertama kali ku dengar suaramu
Sayunya hatiku merindui dirimu
Walaupun belum kita bersua muka
Namun aku tetap jatuh cinta
Pertama kali ku bertemu denganmu
Hatiku terpaut melihat senyumanmu
Aku mengharap engkau menerimaku
Kerna aku bersedia menyintaimu
Akan ku renang lautan yang berapi
Membuktikan kehebatannya cinta ini
Tetapi jikala kau meninggalkan aku
Terhiris hati ini
Terguris jiwa ini
Menangis tak berlagu
Biarpun ombak yang merubah pantai
Kasihku takkan hancur berderai
Biarpun hari berganti hari
Dirimu tetap ku nanti
Sayangku pimpinkan tanganku
Menuju mahligai bahgia
Kita bersama nikmati kisah cinta
Hidup bagaikan di syurga
Oh Kasih
Akan ku renang lautan yang berapi
Membuktikan kehebatannya cinta ini
Tetapi jikala kau meninggalkan aku
Terhiris hati ini
Terguris jiwa ini
Menangis tak berlagu
Biarpun ombak yang merubah pantai
Kasihku takkan hancur berderai
Biarpun hari berganti hari
Dirimu tetap ku nanti
Sayangku pimpinkan tanganku
Menuju mahligai bahgia
Kita bersama nikmati kisah cinta
Hidup bagaikan di syurga
Oh Kasih...
Read More..
Lirik Luahan Hati
Pertama kali ku dengar suaramu
Sayunya hatiku merindui dirimu
Walaupun belum kita bersua muka
Namun aku tetap jatuh cinta
Pertama kali ku bertemu denganmu
Hatiku terpaut melihat senyumanmu
Aku mengharap engkau menerimaku
Kerna aku bersedia menyintaimu
Akan ku renang lautan yang berapi
Membuktikan kehebatannya cinta ini
Tetapi jikala kau meninggalkan aku
Terhiris hati ini
Terguris jiwa ini
Menangis tak berlagu
Biarpun ombak yang merubah pantai
Kasihku takkan hancur berderai
Biarpun hari berganti hari
Dirimu tetap ku nanti
Sayangku pimpinkan tanganku
Menuju mahligai bahgia
Kita bersama nikmati kisah cinta
Hidup bagaikan di syurga
Oh Kasih
Akan ku renang lautan yang berapi
Membuktikan kehebatannya cinta ini
Tetapi jikala kau meninggalkan aku
Terhiris hati ini
Terguris jiwa ini
Menangis tak berlagu
Biarpun ombak yang merubah pantai
Kasihku takkan hancur berderai
Biarpun hari berganti hari
Dirimu tetap ku nanti
Sayangku pimpinkan tanganku
Menuju mahligai bahgia
Kita bersama nikmati kisah cinta
Hidup bagaikan di syurga
Oh Kasih...
Read More..
Rejim Mubarak Jatuh Tersungkur.Letak Jawatan Dan Lari.
terkini..
kah kah kah..akhirnya setelah 18 hari anak2 muda mesir mengadakan demonstrasi,protes untuk menuntut hosni mubarak ,si presiden yang telah 30 tahun berada di takhta telah mengundurkan diri...
ini telah dibuktikan dengan suara majoriti rakyat,kerajaan yang zalim pasti akan jatuh tersungkur..jangan berasa dengan kekayaan melimpah anda semua selamat..boleh beli media,beli undi,beli segala2nya untuk mengekalkan tampuk pemerintahan..hanya dengan beberapa hari rakyat turun ke jalan raya,boleh menghancurkan kerajaan yang telah bertahun memimpin..
ini ingatan untuk kerajaan di Malaysia juga..ingatlah,kita bukan selama2nya berada di atas..
rakyat malaysia,contohilah rakyat mesir..turunlah ke jalan raya jika pilihanraya tidak membawa apa2 makna dan perubahan..
dibawah ni aku cilok skit dari tukartiub.blogspot.com ..persamaan antara malaysia,mesir dan tunisia...
PESAMAAN MALAYSIA/MESIR/TUNISIA
1 – leila first lady di tunis
suzanne first lady di mesit
rosmah gila nak nak fat lady di malaysia
2 – national democratic party guna spr mesir tipu pilihanraya
united malays nantional party guna spr tipu pilihanratya
3 – mesir tolak pakai dakwat untuk elak undi hantu
malaysia tolak pakai dakwat untuk elak undi hantu
4 – mesir masig guna undfang undang darurat
malaysia masih lagi dalam darurat semnajat 1948
malaysia masih lagi darurat semenjak 1969
tak caya?
sila tanya yb atau peguam
5 – media perlu lesen di mesir
media perlu lesen di malaysia
6 – di mesir hanya kroni boleh ada radio dan tv
di malaysia hanya kroni boleh ada radio dan tv
7 – mesir ada gamal – untuk buat business
malaysia ada bik mama buat bisness
8 - mesir buat projek tentera untuk buat duit
malaysia buat projek tyentera untuk buat duit
9 - mesir guna undang darurat tangkap musuh politik
malaysia guna undang undang darurat tangkap musuh politik
10- mesir guna hujah kestabilan untuk teris berkuasa
malaysia guna kesatbian untuk teruis berkuasa
11 – mesir gunakan agenda lawan penganas islam untuk dapat sokong amerika.
malaysia gunkan agenda lawan pengagas islam untuk dpat sokongan amerika
12 – mesir ada tahan politik
malaysia ada tahan politik
sekarang,semangat turun berdemo ke jalan raya telah mula menjadi trend baru di negara2 arab untuk menjatuhkan pemimpin yang jelas bersekongkol dgn yahudi dan amerika..mereka telah sedar setelah berpuluh tahun di tipu oleh pemimpin yang hanya mengkayakan diri sendiri,anak bini dan kroni..syabas warga tunisia dan mesir..
bila bangsa melayu nak cerdik?bila nak turun ke jalan raya?kah kah kah...

Friday, February 11, 2011
Wednesday, February 9, 2011
SAJAK MELAYU
MELAYU - Usman Awang
Melayu,
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak
Melayu di Tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka Read More..

KENYATAAN RASMI YB AZMIN ALI-8FEB 2011
PERUBAHAN DASAR YANG RADIKAL DIPERLUKAN UNTUK MENGURANGKAN HUTANG ISI RUMAH DAN MENINGKATKAN PENDAPATAN BOLEH BELANJA RAKYAT
Parti Keadilan Rakyat telah mengkaji gejala kenaikan hutang isi rumah yang ditanggung oleh rakyat sejak kebelakangan ini. Keadaan ini merunsingkan kerana punca keberhutangan rakyat adalah pinjaman perumahan dan kenderaan keluarga yang menjadi sebahagian besar dari bayaran pinjaman setiap bulan oleh setiap keluarga di Malaysia. Secara langsung, ini mengurangkan pendapatan boleh belanja rakyat yang sepatutnya digunakan untuk menarikkan taraf hidup keluarga.
Menurut Zeti Akhtar Aziz dan statistik bulan Bank Negara Malaysia, pada akhir November 2010 hutang isi rumah telah mencecah RM577 bilion iaitu bersamaan dengan 74% dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Daripada jumlah itu, RM118 bilion adalah pinjaman kereta, RM22 bilion adalah pinjaman peribadi dan RM225 bilion adalah pinjaman perumahan. Ini menimbulkan dua persoalan besar:
1. Pinjaman perumahan dan pinjaman kenderaan yang menjadi sebahagian besar hutang rakyat adalah hutang yang tidak dapat dielakkan, kerana rakyat sekurang-kurangnya memerlukan rumah dan kenderaan
2. Jumlah hutang kredit kad yang ditanggung rakyat adalah terlalu tinggi, dianggarkan berjumlah RM200 bilion yang mungkin menunjukkan rakyat menggunakan kredit kad untuk menanggung perbelanjaan harian
Angka-angka ini menunjukkan prospek yang malap bagi ekonomi negara dan keupayaan rakyat menikmati taraf hidup yang lebih baik, terutamanya apabila kadar gaji tidak meningkat sekian lama. Nisbah 74% “hutang isi rumah kepada KDNK” adalah merunsingkan apabila kerajaan juga terus mengumpulkan hutang negara yang telah melebihi kadar 50% kepada KDNK buat pertama kali dalam sejarah. Kadar keberhutangan sebegini bermakna pendapatan boleh belanja rakyat adalah semakin rendah setiap tahun.
Sikap Umno/BN dalam menangani masalah harga kereta dan perumahan yang mahal yang dihadapi rakyat adalah bukti ia tidak mempedulikan kesengsaraan rakyat. Rintihan rakyat selama ini yang terpaksa menanggung perbelanjaan yang tidak dapat dielakkan ini langsung tidak diendahkan.
Malah, harga kereta yang mahal adalah disebabkan dasar Umno/BN sendiri yang melindungi kepentingan kroni dengan menindas rakyat. Walaupun secara rasmi hanya 2 juta rakyat Malaysia yang berpendapatan melebihi kadar minima untuk dicukai, sebenarnya setiap keluarga di Malaysia dikenakan cukai yang lebih tinggi melalui pelbagai cukai yang dikenakan terhadap pembelian kereta.
Harga kereta di Malaysia menjadi mahal berlipat kali ganda disebabkan oleh 3 jenis cukai yang dikenakan iaitu cukai import, cukai eksais dan cukai jualan. Kereta yang paling kecil pun (di bawah 1,500 cc) akan dikenakan sekurang-kurangngan 70% cukai jika dipasang di Malaysia (60% cukai eksais dan 10% cukai jualan) dan 100% cukai jika diimport (30% cukai import, 60% cukai eksais dan 10% cukai jualan). Ini bermakna bagi setiap kereta paling kecil yang dijual oleh Perodua pada harga RM40,000, sebanyak RM16,500 cukai dibayar kepada kerajaan.
Hakikatnya, kerajaan Umno/BN mengenakan cukai yang terlalu tinggi bagi pembelian kereta bermula dengan cukai minima 70% sehinggalah 145% cukai (kereta di atas 2,500 cc). Oleh itu, anggaran kasar meletakkan sekurang-kurangnya 70% dari jumlah hutang RM118 billion pinjaman kereta yang ditanggung rakyat adalah untuk membayar cukai tinggi yang dikenakan kerajaan. Ini satu penghinaan kepada rakyat yang terpaksa mengambil pinjaman untuk membayar cukai, sedangkan kerajaan mengecualikan kenderaan perdagangan dari cukai eksais – bukti bahawa Umno/BN selama-lamanya meletakkan kepentingan perniagaan sebagai asas dasarnya.
Harga rumah yang semakin meningkat juga menjadi bebaban kewangan yang tinggi kepada rakyat terutamanya mereka yang berpendapatan rendah dan keluarga muda. Untuk memiliki rumah, mereka terpaksa memanjangkan tempoh pembayaran pinjaman dan menanggung bayaran bulan yang terlalu tinggi berbanding gaji yang diperolehi. Bagi setiap keluarga berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan, dianggarkan dua pertiga dari gaji mereka digunakan untuk membayar pinjaman rumah dan kereta; menyebabkan baki untuk perbelanjaan makanan, pakaian dan pendidikan menjadi terlalu kecil.
Reaksi Umno/BN sudah tentu mengecewakan. Mereka lari dari berbicara soal sebenar kenapa rakyat berhutang sebegitu tinggi, sebaliknya Umno/BN menggalakkan rakyat memanjang tempoh hutang dan menambah hutang. Ini memudahkan rakyat berhutang, tetapi akibat jangka panjang adalah rakyat yang bergelumang dengan bebanan hutang sepanjang masa.
Oleh itu, masanya telah tiba untuk rakyat menilai dasar-dasar baru yang radikal untuk mengurangkan harga kereta dan rumah.
PKR akan mengadakan beberapa siri rundingan dengan kumpulan pengguna dan pakar untuk mencari dasar yang radikal ini dan menghapuskan dasar Umno/BN yang memangsakan rakyat selama ini. Maklumbalas dan kehendak rakyat akan digarabkan di dalam dasar-dasar ekonomi kami yang akan diumumkan secara bersama di Konvensyen Ekonomi Pakatan dalam bulan Mac ini.
Buat masa sekarang, Umno/BN perlu memohon maaf kepada rakyat dan menjelaskan kenapa ia membebankan rakyat sedemikian rupa selama ini.
SAUDARA AZMIN ALI
TIMBALAN PRESIDEN
8 FEBRUARI 2011

najib dan rosmah berjoget
kah kah kah..ketawa laaaa...kah kah kah...gelak2 laaa..kah kah kah...
ini bukan takat lawak ,tp dah kira dewa lawak..hahaa..pandai tul sape yg buatkan video ni..terbaik la tertatik kau memang da bomb..kah kah kah...
Read More..
ini bukan takat lawak ,tp dah kira dewa lawak..hahaa..pandai tul sape yg buatkan video ni..terbaik la tertatik kau memang da bomb..kah kah kah...
Read More..
Tuesday, February 8, 2011
we (malaysian) march with egyptians
lihatlah kekajaman polis..tak kenal siapa mereka nak sebat nak buat zalim..
apa salah mereka berhimpun untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap kezaliman?adalah dalam hal ini,polis yang salah?bersekongkol dengan kerajaan zalim?kah kah kah...
lihatlah semua..inilah dia badan polis yang kononnya cepat mesra betul..haiktuii..
barua...
we march with egyptians.
terima kasih PR dan NGO's yang bersama2 menyatakan sokongan kepada mesir,suara rakyat dan menolak kezaliman..mana dia UMNO?opsss dorg ke yg zalim sampaikan x sampai hati nak sound AS jugak?kah kah kah..

Sunday, February 6, 2011
contoh kekejaman polis barua umno
yang nak menunjukkan sokongan kat rakyat mesir pun nk dihalang..kalau rakyat malaysia jadikan malaysia macam mesir skrg,sape mau jawab??dah2 la berselindung di balik seragam tu..jgn jadi bodoh.keje ,keje jugak..prihatin dan perikemanusiaan tak kan xde bro...lu ingt lu pakai seragam polis tu,lu kebal?lu siap laaa...cuba cabut baju,ada org takut?bkn diri ko org takut,tp org malu dan menyampah..haikptuiii...
barua punya org...
Read More..
Tuesday, February 1, 2011
bangunlah melawan anak muda..bangunlah melawan kerajaan zalim
terima kasih kepada rakyat tunisia dan mesir yang berani turun ke jalan raya untuk menumbangkan kerajaan zalim,kerajaan laknat...mereka telah memilih jalanraya dan bukannya pilihanraya kerana tidak mahu lagi menunggu untuk ditipu..cukuplah apa yang telah mereka rasa sebelum ini..
di malaysia pula macam mana?bila kita mahu turun ke jalanraya?ini shj cara terbaik unutk menumbangkan kerajaan zalim..pilihanraya pun tak boleh nak percaya..si barua SPR pun banyak memainkan peranan untuk mengekalkan kerajaan sediaada..
bangunlah anak muda..jadilah cerdik dan jadilah bangsa yang bermaruah..jangan letakkan maruah kita bawah pemimpin haprak2 semua tu..bangunlah..
sedikit gambar untuk tatapan ..protes di mesir..

Subscribe to:
Posts (Atom)