Wednesday, November 30, 2011

Kamera yang hilang di laut dipulangkan dengan bantuan media sosial

agak2nya memori card korang boleh bertahan lama mana ?tapi jangan terkejut ia mungkin leh bertahan bertahun dalam air laut..haha..
pencinta alam dan cameraman ,Markus Thompson telah menjumpai Canon EOS 1000D semasa dia menyelam skuba kat teluk deep, berhampiran vancouver.
apabila dia keluarkan camera tu dari laut , rupa2nya masih lagi boleh function memori card tu..ada la lebih kurang 50 keping gambar..



jadi, dengan rasa bertanggungjawab si Markus Thompson ni cuba la mencari pemilik kamera tersebut dgn postkan gambar2 dari 50 keping tersebut beserta gambar kamera usang tu kat rangkaian sosial Google+ .
Approximately 50 pictures on the card from a family vacation. If you know a fire fighter from British Columbia whose team won the Pacific Regional Firefit competition, has a lovely wife and (now) 2 year old daughter — let me know. I would love to get them their vacation photos,"
katanya di laman google+ milik berliau..

akhirnya,google+ membuahkan hasil.pemilik sebenar ialah ahli bomba dari british telah dikenal pasti..

hebat kan?dengan kuasa media dan sosial networking ni, maklumat dpt disebar dgn cepat.ada yang pakai untuk tujuan kebaikan dan ada juga yang guna networking ni utk tujuan negatif seperti menjatuhkan seseorang...
apa2pun kuasa di tangan korang untuk menjadikan internet ini lebih berguna utk org awam atau berguna untuk hati perut masing2..haha..














Read More..

Tuesday, November 29, 2011

PROMO KEDAI CANTIK SEMPENA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO ESOK!

diciplak dari http://parpukari.blogspot.com






Kepada akak-akak, adik-adik dan makcik-makcik serta datin dan Puan Seri sekalian yang akan ke Perhimpunan Agong Umno esok di PWTC. jangan lupa untuk singgah di kedai bernombor 105. Nama kedai tersebut Top Rank.

Kelebihan kedai ini, mereka menjual kain ber'lace' seperti dalam gambar tu. yang specialnya kain kat sini semuanya LIMITED EDITION. Kualitinya sangat bagus. Dan design dia tak sama, semuanya lain-lain. jadi kalau pakai pi function takde le terserampak dengan baju yang sama.

Tuan punya kedai bernama Siti Muyasarrah. Harga dia pulak sangat berpatutan. Kalau korang dah kesana jangan lupa ke kedai Top Rank ya. Ini aku tolong kengkawan promo je. Kita kena support bisnes orang melayu!



Read More..

Saturday, November 26, 2011

Shamrin-Aku Yang Terkecewa + Lirik

antara lagu2 terbaru yang dirakam oleh arwah shamrin ...
layannn.sangat best..apa2pun jgn lupa al-fatihah untuk arwah shamrin...




Aku Yang Terkecewa

umpama perahu nan kecil
ditengah lautan dipukul gelombang,
diriku berkali terkunci
dalam kehidupan yg penuh cabaran,

kupernah terkandas kecewa,
menangis berputus asa,
kerana ku seorang lelaki ku gagahi diri...

tak guna kumembuang waktu
menghidung malamku berbanding tuamu
yang pasti apapun terjadi
harus kuhadapi dengan tabah hati...

teringat pesananmu bonda
tersemai nasihat ayahanda
adakah kehidupan ini pilihan sendiri...

aku yang terkecewa dulu
terkubur bersama waktu,
yang datang lemah tak berdaya
tertinggal tiada penamat,

telah kutemui yang ku cari
cahaya menerangi diri,
terasa kehidupan ini bererti...

disaat aku dalam kekosongan
kau tiba membawa sinar harapan...









Read More..

Thursday, November 17, 2011

Gambar Paling Popular Di Dunia-Windows XP

Salah satu gambar yang paling popular di dunia adalah merupakan gambar latar desktop pada sistem operasi Windows XP, yang mana memaparkan gambar bukit yang berwarna hijau, dan telah dirakamkan oleh O’Rear, salah seorang bekas jurugambar untuk National Geographic. Kini, gambar tersebut telah menjadi gambar yang paling banyak diperlihatkan di planet ini, dimana hampir ke semua pengguna komputer atau desktop mengenali akannya.



Menariknya adalah dimana lokasi tersebut masih lagi boleh dilihat sehingga ke hari ini melalui Google Maps, dimana melalui sokongan Panoramio, para pengguna boleh melihat lokasi, dan juga perubahan kawasan tersebut dari semasa ke semasa.



Menurut O’Rear, ketika merakamkan gambar tersebut, beliau tidak pernah terfikir untuknya digunakan sebagai gambar latar untuk desktop, dan semestinya tiada seorang pun jurugambar mensasarkan untuk gambar mereka digunakan sebagai gambar latar pada desktop atau komputer. Beliau sendiri telah melalui lokasi tersebut beberapa hari, dimana pada suatu hari, beliau telah turun dan mengambil beberapa gambar lokasi tersebut yang mana menarik perhatian beliau.

Beliau kemudiannya menerima panggilan mengatakan yang mana Microsoft berminat dengan gambar asal tersebut, dimana harga pembelian dan struktur pembayaran oleh pihak Microsoft tidak didedahkan oleh O’Rear. Namun apa yang dilaporkan adalah dimana pembelian gambar tersebut, merupakan pembelian gambar kedua paling mahal didunia sehingga kini.

Bagi anda yang ingin melihat lokasinya sendiri, boleh layarinya melalui Google Maps, dan aktifkan Street View, ataupun melihatnya melalui Panoramio.

Read More..