Wednesday, October 15, 2008
Gunung Besar Hantu
Gunung Besar Hantu yang berketinggian 1462m adalah gunung yang tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia. Puncaknya membahagikan sempadan antara Pahang dan Negeri Sembilan. Gunung ini merupakan bahagian kontur paling akhir Banjaran Titiwangsa dan ia juga dikenali sebagai 'Gerbang Titiwangsa'. Terletak kira-kira sejam perjalanan dari Kuala Lumpur, ia boleh dilalui dari pekan Kuala Klawang, Jelebu sebelum meneruskan perjalanan ke Kg Chennah. Selepas melalui beberapa perkampungan orang asli dari suku Temiar, pengunjung boleh tiba di Lata Kijang iaitu bahagian kaki gunung dengan menggunakan 4WD.
Dari Lata Kijang yang dikenali sebagai 'air terjun terjunan tunggal tertinggi' di Malaysia, para pengunjung yang ingin mendaki Gunung Besar Hantu perlu memanjat tebing Lata Kijang yang mempunyai hampir 600 anak tangga. Selepas itu pengunjung akan tiba di denai Jemeloi-Janda Baik sebelum tiba di Kem Hantu Air. Dari sini pengunjung perlu meneruskan pendakian melalui permatang-permatang rekahan batu sebelum tiba di Kem Orkid. Kem ini yang didominasi oleh orkid-orkid liar hutan adalah sebuah permatang yang bertebing curam dan mempunyai jeram dikedua-dua belah sisinya. Dari sini, barulah puncak Gunung Besar Hantu akan jelas kelihatan betul-betul menghadap hadapan kem ini.
Selepas itu pengunjung yang ingin merasai kedinginan puncak, perlu meneruskan semula perjalanan sehinggalah melalui trek-trek yang berlumut di antara rekahan batu-batu yang masih kelihatan semulajadi. Dari puncak, pengunjung boleh melihat panorama di empat buah negeri iaitu N.Sembilan, Pahang, Selangor dan Wilayah Persekutuan. Bangunan Menara KL, Menara Petronas dan Genting Highlands boleh dilihat dengan jelas dan tambah menarik jika merakam suasananya pada waktu malam. Antara gunung-gunung lain yang kelihatan jelas disekeliling ialah Gunung Benom, Gunung Nuang, Gunung Bunga Buah, Gunung Ulu Kali, Gunung Rajah dan Gunung Telapa Burok. Kawasan perkhemahan di puncak adalah dihadkan untuk menampung seramai 10 orang pada satu-satu masa.
Antara tempat-tempat menarik lain yang boleh dikunjungi di sekitar gunung ini termasuklah jeram-jeram seperti Jeram Gading, Jeram Lesong, Jeram Toi, Jeram Enggang, Jeram Gajah dan Jeram Kambing. Gunung lain yang terhampir pula ialah seperti Gunung Telapa Burok dan Gunung Nuang. Pengunjung juga boleh merasai suasana kehijauan di Daerah Jelebu, kawasan paling kering di Malaysia iaitu sebuah kawasan lembah yang berketinggian hampir 300m dari aras laut dan dikelilingi kawasan pergunungan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Hello, I like the blog.
Sorry not write more, but my English is bad writing.
A hug from Portugal
Good blogging people! You show excessive talent and taste, you must be a Vista user!
thank you very much...
peace
Assalamualaikum....i like ur blog..emm..hopefully i can go there one day coz i love to go any expedition..hehe..hope that i can join any ur extreme activities...ok..that all from me..Arigatokozaimastak!! Chaiyok!!
Post a Comment