Tuesday, June 2, 2009

siapa wanita kebaya merah???


MOHD. Fitri tidak menyedari ada imej ‘lembaga’ berbaju merah di belakang isterinya di stesen minyak R & R Gurun sehinggalah gambar ini dimuat turun semula semalam.

KANGAR – Seorang guru bahasa Arab, Mohd. Fitri Mohamad tidak dapat melupakan keanehan yang beliau sekeluarga alami ketika bercuti selama tiga hari ke Cameron Highlands dan Kuala Lumpur minggu lepas.

Sepanjang percutian itu, guru Sekolah Yayasan Islam Perlis, Kangar itu mendakwa anak saudaranya yang berusia dua tahun yang menaiki kereta Proton Wira yang dipandunya berperangai aneh apabila asyik menangis.

Tidak cukup dengan itu, Mohd. Fitri juga mendakwa keretanya terasa begitu ‘berat’ dan beliau ternampak kelibat ‘lembaga’ semasa berhenti di Padang Besar.



Namun, peristiwa paling mengejutkan mereka ialah kemunculan imej ‘lembaga’ dipercayai wanita berbaju merah yang dirakam dalam sekeping gambar di sebuah stesen minyak di Hentian Rehat & Rawat (R & R) Gurun arah selatan sewaktu mereka memulakan percutian pada Jumaat lalu.

Mohd. Fitri, 29, mengakui semasa mengambil gambar isterinya, Shatini Shahidan, 28, yang berdiri di sebelah kereta mereka pada pukul 5.30 pagi itu, tiada sesiapa dilihat berjalan di belakang Shatini.

Lembaga itu muncul dengan wajahnya kabur dan berambut panjang.

“Sepanjang perjalanan selepas itu, kereta saya terasa berat semacam sehingga kos minyak dari Kuala Lumpur balik Perlis mencecah RM100 sedangkan biasanya dalam lingkungan RM60 sahaja,” katanya.

Sewaktu dia menurunkan abangnya di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar sebaik habis cuti pada Isnin lalu, Mohd. Fitri mendakwa ternampak kelibat satu lembaga keluar dari keretanya.

“Saya sempat membaca ayat Kursi bagi memastikan kami tidak terus diganggu,’’ ujarnya.

Peristiwa itu kemudian dilupakan sehinggalah dia melihat semula gambar yang dirakam di stesen minyak itu menggunakan kamera digital Nikon milik majikan isterinya.

“Berdasarkan gambar itu dan pengalaman saya melihat kelibatnya, ia amat mengerikan iaitu seakan-akan muka beruk dengan pipi lebar dan mulut muncung panjang serta berambut panjang,” ujarnya.

Sementara itu, Shatini yang merupakan seorang kakitangan (UniMAP) memberitahu, ketika gambar itu diambil, dia tidak berasa sesuatu yang aneh.








Kejadian yang mereka alami itu berlaku hanya kira-kira 20 minit perjalanan dari lokasi dua kemalangan jalan raya yang berlaku pada tahun ini di Sungai Petani.

Kemalangan itu membabitkan seorang pemandu kereta Perodua Kancil yang cedera parah pada 5 Februari. Ia diikuti dengan insiden seorang pemandu lori serta kelindannya cedera apabila kenderaan mereka terbabas di Kilometer 105, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Sungai Petani pada 19 April.

Dalam kejadian tersebut, mangsa-mangsa mendakwa cuba mengelak ‘wanita berkebaya merah’ yang dilihat melintas lebuh raya di situ.


"ORANG ramai melihat lori yang terjunam jatuh dari Lebuh Raya Utara-Selatan di kawasan Taman Perumahan Taman Keladi, Sungai Petani semalam."


SUNGAI PETANI - Siapa wanita berkebaya merah yang melintas jalan hingga menyebabkan seorang pemandu lori parah manakala kelindannya cedera ringan apabila lori yang dipandu terbabas sebelum menjunam jatuh dekat kawasan Taman Perumahan Taman Keladi semalam.

Ketika kejadian pukul 8.15 pagi itu, pemandu lori terbabit, Mohd. Sobri Shaari, 42, dan kelindannya yang dikenali sebagai Atan, 37, sedang dalam perjalanan dari Bukit Kayu Hitam menuju ke Bagan Ajam, Butterworth.

Menurut Atan, ketika kejadian dia sedang berbual dengan Mohd. Sobri berkaitan dengan seorang wanita yang ditemuinya di Bagan Ajam.

"Ketika rancak bercerita, Mohd. Sobri tiba-tiba menekan brek lori sambil mengatakan ada seorang wanita berkebaya merah melintas di tengah jalan di Kilometer 105.8, Lebuh Raya Utara-Selatan.

"Oleh kerana ketika itu lori dipandu agak laju, Mohd. Sobri hilang kawalan menyebabkan lori terbabas sebelum menjunam jatuh dari ketinggian 10 meter ke atas sebatang jalan di kawasan Taman Perumahan Taman Keladi," dakwanya semasa ditemui di tempat kejadian semalam.

Sebelum ini Kosmo! pernah melaporkan seorang pemandu kereta Perodua Kancil nyaris maut selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum terbalik ketika cuba mengelak daripada melanggar seorang wanita berkebaya merah yang melintas jalan di susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Utara, berdekatan Sungai Lalang.


"CHAN duduk termenung memikirkan 'wanita kebaya merah' yang menyebabkan keretanya terbabas di susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Utara kelmarin. "



SUNGAI PETANI - Gara-gara terkejut ternampak kelibat 'wanita berkebaya merah' melintas jalan, seorang lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya terbabas dan terbalik di susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Utara dekat Sungai Lalang di sini kelmarin.

Walaupun bernasib baik tidak kehilangan nyawa selepas kereta Perodua Kancil miliknya remuk teruk, pemandu kereta yang hanya mahu dikenali sebagai Chan, 51, kebingungan memikirkan tragedi itu.

Semasa kejadian pukul 6.45 petang, Chan yang telah berkahwin dalam perjalanan pulang ke Taman Bandar Puteri Jaya di sini selepas melawat keluarganya di pekan Ko'bah, Pendang.

"Semasa tiba di selekoh berhampiran susur keluar plaza tol itu, hujan renyai-renyai dan saya menaikkan cermin tingkap.

"Pada masa sama, seorang wanita muncul dari celah pokok bunga yang ditanam di kiri jalan terus melintasi kereta saya dalam keadaan melenggang-lenggok sehingga menampak betis sambil tersenyum memandangnya.

1 comment:

miss lolly a.k.a luvfareda said...

cukkkkk..

miss you ouch!

jejaka berkemelayu merah adalah SHUCOWRY. hahaha.