1 ogos 2009..jem paling teruk kat kl yg pnh aku lalui..
terperangkap hampir 3 jam hanya sekadar jarak 2.1km,betul2 wat aku x tahan sabar la..tetapi,bkn jem sbb hujan,sbb eksiden,ataupun sbb2 lain,tapi hari itu adalah hari perhimpunan rakyat untuk menentang kezalimanm rejim UMNO BN yg menggunakan akta zalim ISA, yg sedang berlangsung di masjid negara, sekitar sogo, dan di masjid jamek..
tujuan aku ke sana bukanlah untuk menyertai perhimpunan,tetapi untuk shopping..hanya untuk ke midvalley..malangnya semua jalan sekitar kl,ditutup dan diadakan sekata jalan raya,dengan hanya 1 tujuan-melambatkan trafik supaya x ramai yg hadir.-polis ni boneka rejim betul la..
boleh duduk borak sama2 dorg,ketawa2,sedangkan laluan 3 lorong ditutup dan dijadikan 1 lorong..nak kata anggota x ckup,ada la kat2 20 org aku tgk akt situ..cuba bygkan org yg ada kecemasan,ada hal penting ke..haishh..boleh dorg biarkan mcm tu jer..bukak la lorong lagi,kerahkan la anggota2 yg ramai tu bjaga..ni duk melepak kat tepi,main sms..betul2 bodoh la polis ni..nasib baik xde anggota keluarga aku jadi polis..klu adik aku nk kawin dgn polis ,mmg aku x bagi..haha...
ni cth kesesakan jln smlm yg sempat aku amik..hehe
daripada tempat ni,
ke tempat ni, jarak 1.6km,amik masa 2jam suku..
ni pulak gambar kat area sogo masa aku tgh terperangkap dlm jem.
reformasi,mansuhkan ISA.-inilah perjuangan rakyat yg sanggup turun ke jalan raya..yg sanggup berpedih mata melawan rejim polis dan FRU.menembak membabi buta gas pemedih mata dan tembakan air.sedangkan rakyat berhimpun penuh aman,dikasari dgn pelbagai macam perkara..
ni bukan kat israel atau palestin, tapi di MALAYSIA.
asap pedih ni woo..
tv3 kata yg hadir 1000 org je?kah kah kah...xreti kira ker?ini dah mcm 1 stadium penuh..
Perhimpunan ISA yang sepatutnya berlaku secara aman telah dihuru-harakan oleh pihak polis. Provokasi yang dilakukan jelas sekali menunjukkan mereka tidak faham erti perlembagaan, yang termaktub hak-hak rakyat untuk berhimpun secara aman. Polis sepatutnya kerkerjasama menjaga keselematan dan lalu lintas. Namun anehnya, mereka lebih terpengaruh dengan politik dan menghalang rakyat menghantar memorandum untuk menghapuskan ISA itu sendiri. Mereka langsung tidak boleh berfikiran waras bahawa apa yang dilakukan itu adalah untuk mereka juga. Siapa tahu satu hari nanti kaum keluarga dan sanak saudara mereka pula yang ditahan ISA. Polis ternyata mengikut arahan kerajaan dengan membabi buta, agar menghalang rakyat dalam apa jua cara sekali pun. Maka itulah, polis bertindak ganas dengan melakukan tindakan yang diluar batasan kemanusiaan terhadap rakyat. Saranan Najib bahawa kerajaan akan membenarkan perhimpunan aman diadakan hanyalah gimik politik selepas beliau dikecam hebat berikutan keganasan polis semalam
1 comment:
look whos talkingggggggggg.
hahaha!
Post a Comment