APAKAH DIA NEGARA BERKEBAJIKAN?
Saya meneruskan tulisan minggu ini dalam usaha saya untuk menerangkan kosep dan falsafah Negara Kebajikan. Saya berharap tulisan ini dapat memberi sadikit pencerahan kepada pembaca yang budiman tentang ekonomi dan politik Negara Kebajikan
Saban hari kita semua ada membaca, ada mendengar dan mungkin melihat di kaca Tv bagaimana parti-parti politik bukan sahaja di Malaysia malah diseluruh dunia cuba mengajukan dasar ekonomi kepada warga. Justeru perjuangan politik adalah pejuangan untuk merebut peluang ekonomi. Perjuangan politik ialah perjuangan agihan punca-puca ekonomi. Khalas.
Ada dua sistem ekonomi telah diwujudkan dalam dunia ini – sistem ekonomi kapitalis dan sistem ekonomi sosialis. Dua bentuk sistem ekonomi ini bertentangan antara satu sama lain. Akidah sistem ekonomi kapitalis ialah: keuntungan maksima sebagai pemandu. Manakala akidah sistem ekonomi sosialis ialah : kebajikan ramai menjadi kemudi.
Sistem ekonomi inilah yang melahirkan budaya, yang melahirkan nilai dan mewujudkan lembaga-lembaga daulah. Di hadapan mata kita sekarang – yang berlaku disekeliling kita, budaya kehidupan dalam negara kita ini – semuanya diwujudkan dari sistem ekonomi kapitalis.
Sistem ekonomi adalah injin ketamadunan negara bangsa. Di zaman Firaun – sistem ekonomi feudal telah memaksa warga Mesir untuk menjadi hamba abdi mendirikan Pyramid. Di Tanah Melayu sistem feudal telah membenarkan Raja memungut cukai atau mengambil anak dara yang cun untuk dijadikan gundek.
Sistem ekonomi kapitalislah yang melahirkan budaya konsumer yang kita lihat di Amerika, di negara Arab, di Eropah, di Jepun dan diikuti di Kuala Lumpur. Tidak ada budaya bangsa atau sosok individu yang akan terlepas bebas dari hegemoni sistem ekonomi. Sistem ekonomi merangkumi semua sudut cabang kehidupan manusia moden.
Di Malaysia kita tidak ada peluang memahami agar dapat menilai apakah dia sistem ekonomi sosialis yang dikatakan ada potensi untuk melahirkan Negara Kebajikan. Kekurangan pemahaman kita terhadap sistem elternatif kepada sistem kapitalis ini memiliki sebab-sebab sejarah. Di zaman Perang Dingin, kuasa Anglo-Amerika terutama Amerika Syarikat negara imperial yang unggul telah menaburkan propaganda untuk memburuk dan menakut-nakutkan rakyat dunia tentang sistem ekonomi sosialis.
Propaganda buah catur mereka licik dan menarik. Propaganda berjalan secara tersusun dan dirancang. Untuk umat Islam telah dikatakan bahawa sistem ekonomi sosialis ini ‘tidak bertuhan’. Kepada kaum tani, pesawah dan peladang dihujahkan jika mereka menyokong kelahiran ekonomi sosialis maka satu ketika nanti bukan sahaja mereka kehilangan tanah ladang malah bajak, kerbau dan isteri mereka juga wajib di kongsi.
Untuk pekedai kecil atau tuan tanah yang memiliki saekar dua kebun getah – mereka ditakut-takutkan dengan kehilangan mata pencarian. Tanah sekangkang kera atau kedai runcit mereka akan dimilik negarakan jika ekonomi sosialis ingin diwujudkan.
Kepada kaum buruh pula mereka ditakut-takutkan yang mereka akan hilang pekerjaan dan hanya akan menjadi ‘kuli batak’. Tenaga kerja mereka akan hilang dan hanya memburuh uintuk memboncitkan perut para birokrat daulah yang tidak melakukan apa-apa pekerjaan.
Propaganda , fitnah dan pembohongan ini dijalan dengan perancangan media yang tersusun. Dengan wujudnya jaringan pendakwah kapitalis yang diberi upah lumayan. Dengan para kang kong di universiti yang terus besedia untuk menerima upah bersuara. Maka propaganda anti-Negara Kabajikan ini meluas dan melebar.
Dalam negara kita ini – sebut sahaja satu sistem alternatif kepada sistem yang ada sekarang ianya akan menjemput pelbagai tuduhan dan momokan. Warga akan ditakut-takutkan, warga akan diancam dengan pelbagai ancaman jika warga berani memikirkan tentang satu sistem ekonomi yang berkemungkinan melahirkan Negara Kebajikan.
Sistem ekonomi kapitalis yang sedia wujud hari ini telah dan sedang sama-sama kita rasai. Kita juka melihat bagaimana hegemoni sistem kapitalis ini bergerak dan memperngaruhi seluruh kehidupan kita. Pembohongan demi pembohongan telah diwujudkan untuk mengkaburi mata kita. Kita dilalaikan dengan pelbagai bentuk budaya konsumer – dari kasut Prada hingga ke program Imam Muda. Semua dilahirkan agar kita semua akan tunduk menyembah sistem ekonomi kapitalis ini.
Bagaimana agaknya sistem alternatif kepada sistem kapitalis ini?
Awal wahid – sistem yang akan melahirkan Negara Kebajikan ini adalah sistem ekonomi dimana semua punca-punca pengeluaran akan dimilik negarakan. Punca-penca pengeluaran ini bukan tanah Felda sepuluh ekar, bukan kedai runcit Ah Lek di Bongek. Bukan tanah sawah Lebai Kassim di Kuala Kedah. Bukan sangkar ikan patin Ripin Ali di Temerloh. Juga bukan teksi Maniam dari Cheras.
Kalau semua ini bukan jadi apa dia punca punca pengeluaran ekonomi ?
Apa yang dimaksudkan punca-punca pengeluaran ini adalah aktiviti ekonomi yang menjadi tulang belakang ekonomi negara kita. Tulang belakang ekonomi membawa maksud apa sahaja aktiviti ekonomi yang asas mata pencarian majoriti penduduk negara ini. Mata pencarian dimana majoriti warga bergantung. Punca-punca pengeluaran yang dianggap tulang belakang ekonomi ini akan melahirkan aktiviti ekonomi yang mempengaruhi kepentingan majoriti dan keseluruhan negara.
Untuk memahami dengan jelas biar saya beri contoh apakah dia punca-punca ekonomi yang mempengaruhi kehidupan majoriti warga negara ini. Contoh terbaik ialah kuasa tenaga api leterik, jalan raya, jalan udara, hospital, sistem pengangkutan, telaga minyak dan lombong gas, bank dan lembaga kewangan, lombong galian, hutan dara, danau dan paya. Semua ini adalah punca-punca ekonomi.
Untuk melahirkan sebuah Negara Kebajikan semua punca-punca pengeluaran ini wajib dimilik negarakan. Lalu timbul persoalan – bukankah ini harta persendirian?
Memang betul dan tepat ladang sawit Lebai Sudin 10 ekar di Senaling adalah contoh harta persendirian. Lebai Sudin mengerjakan tanah sawit ini anak beranak. Tetapi Ladang Sawit Hock Leng 30 ribu hektar di Kuala Selangor mustahil di kerjakan oleh Hock Leng dan kaum keluarganya. Ladang ini ditakrif sebagai aktiviti ekonomi punca pengeluaran kerana beratus-ratus pekerja ladang dan keluarga mereka bergantung hidup dengan ladang ini.
Dalam Negara Kebajikan amat jelas tujuan asasnya ialah menobatkan dan merajakan kebajikan ramai bukan kebajikan individu. Dalam Negara Kebajikan yang ditentang bukannya harta persendirian tetapi yang akan dilawan ialah hidup diatas titik peloh dan tenaga kerja orang lain.
Justeru, jika Hock Leng anak beranak boleh menebas menebang dan menanam sawit ditanah seluas 30 ribu hektar tanpa menggunakan tenaga kerja orang lain maka ahlan wasahlan – silakan buka tanah sebanyak itu. Itu adalah hak persendirian.
Bagitu juga dengan kilang-kilang dan pabrik-pabrik. Dalam Negara Kebajikan kilang didirikan untuk mengeluarkan barangan yang diperlukan oleh orang ramai. Sebuah kilang memilik ratusan pekerja. Bukan sahaja kaum buru yang bergantung hidup dengan kilang ini malah negara juga bergantung pendapatan melalui barangan yang dikeluarkan dari kilang ini. Justeru kilang-kilang yang besar dan stratejik seperti kilang, gula, beras, minyak dan gandum wajib di milik negarakan.
Paling wajib untuk dimilik negarakan ialah bahan-bahan asas punca-punca ekonomi dimana semua warga bergantung hidup dengannya. Contoh terbaik ialah punca air dan punca tenaga leterik. Air dan api ini tidak boleh dimiliki oleh individu atau syarikat individu. Ianya wajib dimilik negarakan untuk kebajikan dan kepentingan orang ramai.
Lalu timbul persoalan – apa sebenarnya makna memilik negarakan?
Disini saya akan cuba terangkan sejelas mungkin. Mari kita kembali melihat akidah sistem ekonomi kapitalis yang berpandukan keuntungan maksima. Kita lihat contohnya di ladang Hock Leng di Kuala Selangor. Saban tahun ladang ini akan membuat untung. Wajib kita semua sedar bahawa keuntungan ini wujud hasil dari tenaga pekerja ladang ini. Dalam sistem ekonomi kapitalis keuntungan ini akan masuk ke dalam akoun bank Hong Leng anak beranak.
Bagitu juga dalam kes jual beli beras dan gula yang dimonopoli oleh Syed Mukhatar. Jual beli ini pasti membawa keuntungan besar. Keuntungan ini pasti dimasukkan ke dalam bank akoun Tuan Haji Syed Mukhtar.
Jelas , kebajikan Hock Leng dan Syed Mokhtar anak beranak akan dijaga dengan baik. Persekolahan, tempat tinggal, makan minum – semuanya ‘the best money can buy’. Tetapi yang melahirkan kekayaan ini adalah tenaga dan titik peloh kaum buruh dan kaum pekerja yang kebajikannya compang camping.
Kaum buruh dan peladang ini tinggal dikawasan perumahan yang sempit, sesak dan padat. Anak anak buruh dan peladang ini tinggal dalam iklim budaya yang kasar dan lucah. Budaya kasar dan lucah ini akhirnya hanya akan berjaya melahirkan jenerasi baru tenaga buruh murah untuk Syed Mokhtar dan Hock Leng.
Inilah lingkaran syaitan yang hanya dapat dimusnahkan dalam Negara Kebajikan. Lingkaran syaitan hari ini jelas menunjukkan kaum pemodal, tuan empunya kilang dan syarikat mendapat kebajikan yang terbaik. Manakala yang memburuh melahirkan harta kekayaan itu hidup menjadi kuli batak.
Di dalam sistem ekonomi Negara Kebajikan pernigaan jual beli berjalan sperti biasa. Harta-harta yang dimilik negarakan seperti , kilang, ladang yang menajdi punca ekonomi ini akan diuruskan sama seperti hari ini. Keuntungan hasil dari jualan sawit, jualan minyak, jualan leterik, beras, gula – tidak masuk ke dalam akoun Syed Mokhtar atau Hock Leng tetapi masuk ke dalam dana persatuan pekerja kilang atau persatuan ladang sawit itu. .
Duit ini adalah hasil dari titik peluh kaum pekerja. Duit ini digunakan untuk kebajikan mereka sendiri bukan untuk Syed Mokhtar menunjuk-nunjuk bahawa dia alim dan boleh menderma untuk buat masjid. Wal hal, duit yang didermakan oleh Syed Mokhtar asalnya ialah duit untung dari tenaga keja kaum buruh dan ladang.
Memilik negarakan ini maknanya dikembalikan harta kekayaan dan punca punca ekonomi itu kepada daulah. Daulah itu ialah kita. Kita ialah oranag ramai. Justeru harta persendirin atau harta kaum pemodal itu kita pulang kepada diri kita sendiri. Keuntungan dari usus niaga dan dari tenaga anak semua bangsa dalam negara ini bukan untuk individu tetapi untuk kebajikan ramai. Kebaikan ramai adalah akidah Negara Kebajikan.
SUMBER-WWW.TUKARTIUB.BLOGSPOT.COM
Read More..
Wednesday, June 29, 2011
Sunday, June 26, 2011
BBQ ex student SMKAA
untuk kengkawan yg aku syg, nah donlod la gambar2 bbq kita gi pantai apa ke nama ntah aku lupa tu..simpan buat ingatan kita semua..phewwitttttttttttt..
klik link bawah ni.
gambar BBQ 26/06/2011
Read More..
Himpunan Bersih TIDAK HARAM...
HIMPUNAN BERSIH 2.0 TIDAK SALAH DARI SEGI TUJUAN, KATA DR ASRI - minsider
Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini yang menuntut pilihan raya bersih dan adil tidak salah dari segi tujuan.
Ini kerana jelas Dr Asri, matlamat dan tujuan utama Himpunan Bersih 2.0 adalah untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil yang sepatutnya tidak dinafikan oleh kerajaan.
“Jika tujuannya baik dan caranya juga baik maka itu adalah amalan yang baik... jika tujuannya baik, caranya salah maka pelakunya tetap bersalah kerana mengambil cara yang salah seperti mencuri dengan tujuan hendak bersedekah.
“Jika tujuannya buruk atau dosa, segala langkah ke arah tujuan itu dinilai berdosa. Setiap individu yang hendak menyertai sesuatu aktiviti, hendaklah memastikan tujuannya itu halal atau mulia, dan caranya juga halal.
“Setelah saya mendengar taklimat Bersih (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) dan menilainya saya dapati tujuannya baik iaitu menuntut hak yang sepatutnya diperoleh oleh rakyat seperti yang dijanjikan oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Justeru jelas beliau, Himpunan Bersih 2.0 perlu diadakan demi masa depan politik yang lebih baik tanpa mengira mana-mana parti termasuk Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat.
“Jika ia berjaya, pada pandangan saya bukan untuk kemaslahatan parti tertentu sahaja, tetapi untuk keadilan berpolitik sepanjang masa, untuk semua pihak tanpa mengira parti.
“Maka, saya tidak mempertikaikan Himpunan Bersih 2.0 di sudut tujuannya. Cuma saya bimbang jika ada parti tertentu yang cuba menzahirkannya dalam sifat kepartian, bukan untuk rakyat secara umum kerana tuntutan itu untuk semua dan baik untuk memastikan keadilan dalam pengurusan pilihan raya,” katanya.
Selain Bersih, Perkasa dan Pemuda Umno turut akan mengadakan perhimpunan balas membantah penganjuran Himpunan Bersih 2.0 yang akan berarak ke Istana Negara dari tiga lokasi berbeza.
Menurut Asri , beliau tidak menolak demonstrasi yang akan diadakan itu akan mengancam keselamatan negara sekiranya ia tidak dikawal oleh pihak berkuasa.
Beliau juga menegaskan demonstrasi sepatutnya menjadi pilihan terakhir setelah tuntutan yang dibuat tidak ditunaikan.
Justeru, Asri menasihatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar melaksanakan tuntutan yang dibuat Bersih bagi memastikan sistem pilihan raya diadakan dengan bersih dan adil.
“Namun oleh kerana demonstrasi itu terdedah kepada bahaya dan porak peranda maka demonstrasi hendaklah menjadi pilihan akhir setelah tuntutan yang adil tidak ditunaikan.
“Perbincangan, rundingan, seruan secara langsung, bantahan bertulis dan sebagainya hendaklah di utamakan, saya difahamkan hal-hal itu telah dilakukan...dan pihak SPR hendaklah menunai tuntutan yang adil itu bagi mengelakkan rakyat turut ke jalan yang mempunyai kemungkinan yang pelbagai,” katanya.
Lapan tuntutan Bersih adalah agar SPR membersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimumu 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.
Bersih bersama Pakatan Rakyat dan aktivis parti bersedia menggerakan Himpunan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan bebas sebagai kesinambungan himpunan yang kali pertama diadakan pada November 2007.
“Jika pihak SPR enggan, menjadi hak rakyat untuk menuntutnya secara aman. Aman adalah syarat utama, jika bertukar menjadi ganas maka ia sesuatu yang diharamkan oleh syarak.
“Maka, sesiapa yang hendak menyertai demonstrasi Bersih 2.0 hendaklah berazam bahawa mereka tidak akan mencetuskan kemusnahan harta awam, tidak mencederakan sesiapa, tidak memaki hamun, sebaliknya melafazkan slogan tuntutan dan berhimpun bagi menggambarkan kehendak dan rasa tidak puas hati,” tegas Asri.
Beliau juga memberi amaran kepada mana-mana pihak yang menyertai demonstrasi itu agar tidak mencetuskan provokasi yang boleh membawa berlakunya rusuhan.
“Sebaliknya, pihak polis hendaklah sedar, selagi tuntutan itu baik untuk negara yang adil, polis juga termasuk dalam kalangan rakyat maka sepatutnya mereka memudah cara agar proses situ berjalan dengan pantas dan dilangsaikan dengan segera.
“Para peserta demonstrasi juga hendaklah sedar bahawa tugasan polis mengawal keamanan maka hendaklah tidak dimulakan apa-apa provokasi yang menimbulkan kemarahan mereka selagi mereka bertugas dengan betul menurut peratusan keselamatan. Sesiapa yang memulakan atau menyertai provokasi yang membawa rusuhan maka dia menanggung dosa,” katanya.
Tambah Asri, hasrat rakyat menuntut pilihan raya bersih dan adil tidak akan dapat dilaksanakan tanpa bantuan semua pihak termasuk kerajaan.
“Cita-cita rakyat itu tidak akan tertunai melainkan adanya kerjasama yang baik dari semua pihak termasuk polis, rakyat dan golongan atasan.
“Semua pihak hendaklah berfikir untuk memastikan negara kita adil, aman dan teratur. Menyertai perhimpunan Bersih 2.0 merupakan salah satu dari usaha yang mulia itu dan memastikan perhimpunan itu bersih dari kekacauan dan provokasi adalah tanggungjawab setiap pihak yang terlibat,” katanya.

Thursday, June 23, 2011
ASTRO makin gampang
Mari kita semua selaku pengguna share berita atau mesej ini kepada seramai mungkin rakan kita di Facebook (FB) kerana ada mesej yang kita selaku pengguna mahu sampaikan dan kongsi dengan rakan-rakan.
Kita mahu semua orang, tidak kira di mana tahu bahawa kita tidak senang dengan tindakan Astro yang mahu menaikkan harga pakejnya bermula 11 Julai depan.
Astro jangan memekakkan telinga
Daripada komen-komen yang kami terima, ramai yang kesal kerana Astro berulang kali menyiarkan program yang sama. Bayar untuk apa kalau kena tonton benda yang sama setiap hari.
Penulis pun tidak nafikan, rancangan Astro berulang berpuluh kali, kalau dikira mungkin beratus kali. Kot beribu kali pun mungkin juga. Jangan terperanjat kalau-kalau ada program yang mungkin diulang tayang berjuta kali. Kena periksa berapa kali Astro ulang tayang programnya dalam setahun.
Ramai yang kesal kerana Astro hilang siaran ketika hujan. Tidak ada sesiapa pun tahu sama ada pengguna berhak mendapat pampasan atau tidak untuk masalah kehilangan perkhidmatan ini.
Yuran penyambungan semula adalah amat tinggi.
Pengguna sudah bayar yuran langganan, ada pula iklan yang perlu dilayan.
Pengguna tidak mahu monopoli. Muak dengan monopoli Astro.
Ada yang mencadangkan RTM juga diberikan hak untuk membuat siaran televisyen berbayar. Boleh pakai idea itu sebenarnya.
Apa pun, berita ini akan kami simpan di laman web kami sehingga 10 Julai….dan andai kata pada 11 Julai harga tetap naik, tidak tahulah apa boleh kita buat.
Potong penyambungan mungkin pilihan yang ada.
Namun apa pun, yang penting kita semua ada mencuba untuk melakukan sesuatu, tak besar….cara yang kecil dan mudah….share mesej ini…janji kita ada buat, bukan setakat komen atau marah kat belakang aje.
jom kita gerak kempen kita sendiri di facebook mahupun twitter...
sebarkan berita ini kepada semua kenalan2 anda .gunakan kuasa internet...
Read More..
Tuesday, June 14, 2011
tak sabar......
bosann..
kerja banyakk..arghhhhhhhh....
mengantuk pun ada duk opis ni..
nak lepak kat 'site' kerja dah nak abis..xde apa lg nk monitor...
duk opis ni pun pening pale dgn kerenah kerani yg x abis2 bersembang bgosip..
nk lyn facebook,bosan...
minggu ni sgt membosankan..adesss..
tp aku tunggu 2 julai ni..aku akan ke jeram besu di raub untuk layan white water rafting...
fuhh ..memang tak sabar rasanya..kat malaysia ni beruntung sangat2 sbb nak main benda alah tu sbb dah ada tempat yg semulajadi dan terbaik..aku difahamkan sesetengah negara lain especially kat europe dorang kena buat sendiri jeram2 tu semua..
hehe..so bersyukurlah kita sbb dpt merasai nikmat Tuhan ni..
jadi, apa kata kita sama2 join aktiviti tu..
sape2 yang belum pernah cuba, cuba la..
bila lagi kan?
hehehe..kali ni aku akan join aktiviti ni bersama dgn club myfriend anjuran Ismahalil Hamzah
dan bapakku.fm radio internet paling sensasi dan hot masa kini.
Read More..
Friday, June 10, 2011
Anak Muda
sajak ni aku amik dari blog isuhangat..layan
Anak Muda,
Rambutmu kini menjadi perang
Entahlah, kau cat dengan wang dari orang tuamu
ataukah sekadar mengikut kenkawan
Anak Muda,
Ada besi melingkar menembusi cuping telingamu
Bukan hanya kaum hawa
Engkau pun sekarang memakainya
Kamu menyangka kamu nampak hebat
Tapi sebenarnya semakin membuatmu seakan wanita
Anak Muda,
Pakaianmu yang kemas semasa bersekolah menengah
Telah berubah setelah menjadi mahasiswa
Koyak sana, conteng sini
Baju yang baru sengaja kau burukkan
Anak Muda,
Sebatang rokok selalu menemanimu
Ringgit demi ringgit kau bakar
Pengubat stress katamu
Padahal kau sedang bahayakan diri dan sekitarmu
Kau benci orang yang ego
Padahal kau sendiri termasuk darinya
Anak Muda,
Usia yang semakin bertambah
Tak juga membuatmu berubah
Waktu demi waktu
Engkau habiskan berlalu begitu sahaja
Dari warung ke restoran mamak
Dari mall ke kelab
Pengisiannya sama tetapi tempat yang berbeza
Anak Muda,
Ibu dan ayah amat risau memikirkanmu
Dulu anak soleh yang mereka pinta
Setiap malam, tiap selesai ibadah
Mereka sempat mendoakanmu
Namun, apa balasanmu?
Anak Muda,
Ayahmu membanting tulang bersengkang mata
Mencari nafkah kos sekolah dan makanmu
Sedangkan ibumu
Sabar mengajar mengira satu dua tiga
Dan mengeja a b c d
Namun, apa baktimu?
Anak Muda,
Masa mudamu menentukan masa tua
Barangsiapa bersenang-lenang di waktu muda
Kemungkinan akan bersusah payah di waktu tuanya
Dan sebaliknya,
Barangsiapa bersusah payah di masa muda
Insyallah akan menuai nikmatnya hari tua
Anak Muda,
Bukan kehensemanmu yang boleh kau banggakan
Bukan pula penampilanmu yang kononnya cool
Bukan pula aksesori dan gaya jalanmu
Tapi berbanggalah kerana akhlakmu
Berbanggalah kerana kebaikanmu
Dan berbanggalah kerana keikhlasan mu
Anak Muda,
Pilihan di tanganmu sekarang
Diam bererti menanti kehancuran
Berubah bererti mencipta masa depan
Renungkan, fikirkan
Dan cepatlah ambil keputusan

Sunday, June 5, 2011
Chemerong - Berembun
Alhamdulillah..
baru selesai memasak kat rumah..
ada masa sekejap ni, aku nk update la skit2 blog aku..dah lama x update..
duit nuffnang pun lambat masuk ar cengini..wakakkaa..
ok,apa yg aku nk citer pngalaman kat gunung chemerong dan berembun ni..
dua2 gunung ni berada kat daerah dungun terengganu..
ketinggian melebihi 3000kaki,dan dianggap rendah nak dibandingkan dgn gunung2 lain yg pnh aku daki...tp, laluan dia.
masyaallah..KFC..killer for climber..hehhehe..
pendakian mula2 pun dah mencanatttt naik..xde track lurus2 landai2 pun..3jam straight mendaki..rasa nak tcabut kepala lutut..
pastu lepak lunch dan solat zohor kat kem balak..lebih kurang 2 jam melepak, kitaorg smbung hiking ke Lata Lansir..tempat air terjun terbaikk lah wa cakap lu..klu korang tgk sumpah nk dtg lg.hehe..
tapi sblum sampai ke Lata Lansir ni iaitu camp site,kitaorg mendaki melalui tempat yg dipanggil pokok seraya besar dan puncak gunung chemerong..tp bila masa sampai puncak chemerong tu aku x taw la..sedar2 dah smpi kat sungai bangang@ sungai balu ..
lepak smbil mandi manda..amik2 gmbr, wat kecoh..wakakkaa...
lepas mandi ,korang taw la mcm mana kan.air sejuk..sblum tu badan panas..nak start hiking balik, mcm siott lenguh abis tubuh..
sambung pendakian ke lata lansir amik masa lebih kurang sejam lebih dari sungia bangang tu..mcm mana dpt nama sungai bangang?ty guider amir..wakaka..mmg bangang ar nak sampai ke situ,.
sampai di camp site lebih kurang pukul 6.30 ptg..
hari kedua pulak kitaorg main rappeling..perkhh terbaik la..thanks utk brader isa hafiz n eddy ..set tali utk kitaorg main..tp x puas la..kena main byk2 baru puas hati..wakakaa..
hari ketiga,start mendaki ke puncak gunung berembun..ambil masa lebih kurang 45 minit utk sampai ke puncak...bergantung kepada kelajuan korang mendaki la..
hehe..
asal hari kedua n ketiga sikit sgt aku tulis?
pasal aku dah mls.nk tdo, nak legakan otot2 ni plak..wakaka..
kpd geng2 chemerong berembun, nah link utk korang donlod gmbr2....layannn
klik sini untuk download
Read More..
Subscribe to:
Posts (Atom)