Assalamu'alaikum w.b.t.....
klik sini untuk download gambar2 di jeram besu
first of all, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada club myfriend khususnya radio internet terhangat masa kini, Bapakku.FM kerana telah menjayakan program White water rafting di Jeram besu,Raub Pahang pada 2 dan 3 julai baru2 ini..
satu pengalaman yang menarik,seronok, teruja ,cemas pun ada dan perasaan yg bercampur2 mcm ni tak dapat nak digambarkan dengan kata2..dapat pulak berjumpa dgn kawan2 baru yang sebelum ni hanya duk bersembang dlm wall di facebook jer dan kali ini kitaorang dapat konvoi bersama dr KL-Raub, makan bersama,kayuh bot bersama,tidur dan bergelak ketawa bersama2..
bermula pada 2 julai, kira2 pukul 8 pagi di depan office BapakkuFM,bergerak ke petronas gombak utk isi minyak kereta dan minum kopi dia restoran Zalilah di bentong..sampai di jeram lebih kurang pukul 11 pg dan terus salin pakaian basah.stretching badan bersama dan diketuai abg Isma..
aktiviti pertama yg dilakukan,ialah water confident.sangat penting dan mmg berguna sangat2 apa yg diaajarkan oleh guider di sana..thanks untuk Kechik, Marshall,Nahar,dan sorg lg aku lupa..hehe..dorg mmg terbaik..menang tiap2 tahun berkayak..otai diaorang ni..utk water confident,3 jenis disiplin yg diterapkan dan semua ini berguna ..nak taw knp berguna?nnt aku citer..heheeheheh..
selesai water confident kitaorg start menyusur arus dari jeram besu ke pekan benta lebih kurang 5-6 km jaraknya..menggunakan 2 bot dan dibahagikan kumpalan alpha dan bravo dan seramai lebih kurang 19 org semuanya..view semasa perjalanan tu,mmg cantik..nmpk byk batu yg menyerupai binatang ,cthnya naga dan kura2..indahnya ciptaan Tuhan..bukan hanya kita nak merasai pengalaman bermain water rafting ini shj sebenarnya, tapi kepada yg fikir jauh ke dalam hati,akan terpikir yang ciptaan Tuhan ini sngt indah dan nikmat yg diberikan terlalu byk hanya kita shj yg lupa bersyukur dengan semua nikmat yg telah disajikan kepada kita...
dipendekkan,kita org habis main benda tu, seterusnya pulang ke chalet ..makan tgh hari yg disediakan khas oleh abg Adi..otai lama myfriend..best giler abg Adi masak.ikan masin masak lemak cili api..ye ke tak ntah nama masakan tu..tp mmg best ah..hehe..
pukul 4 setengah, sambung main di jeram.
kali ini try kat Ibu Jeram pulak.Mother Rapid..hahahaha..walaupun pendek je arus ibu jeram tu, tapi,hahahahhahahaha terbaik broooooo......
lepas melalui jeram tu, angkat bot,letak atas van, naik semula ke bhgn atas,buat turun semula bot,susur semula..dan berulang sebanyak 4 kali..penat sbb angkat bot jer.wakakkaa...
tapi yg trip last, abg isma suruh aku mengemudi bot tu..aku apa lg, org suruh aku buat je..tp bukan mudah nak kendalikan benda tu sebenarnya..dan terjadilah peristiwa yg mencemaskan ..hehehe.tiba2...tiba2 bot tu terbalik..mana aku tahu kenapa..
sorry geng2 dlm bot tu,sorry abg isma dan hanna, sbb hilang selipar korang..hehehe..
sebenarnya kejadian tu berlaku sekelip mata.yg aku ingat bot menghentam kuat pada batu dan orang di bahagian belakang terpelanting jatuh dulu disusului aku yg berada di depan sekali..terima kasih kepada guider2 yang cepat2 menyelamatkan beberapa org dari lemas.aku pulak dengan paddle yg masih ada di tgn aku,aku berenang ke tebing..nasib baik dah belajar water confident pagi tu, so teknik2 semuanya diaplikasikan pd masa tu..sbb tu aku cakap,taklimat keselamatan sgt2 penting dann 3 disiplin tersebut benar2 membantu..korang tak percaya?lantak korang la.hahaha..
so,dari video yang aku tengok ,mmg thrill giler ahh..tunggu, kitaorang akan upload di youtube dlm masa terdekat..
pada sebelah malam tu pulak selepas dinner ada sessi penyampaian sijil dari BapakkuFM dan disampaikan oleh abg Ismahalil .tapi syaratnye kena karaoke..wakakakkaa...
ini lah first time aku nyanyi depan khalayak ramai..terpaksa la bro..untuk sijil yg amat berharga tu.hahahha..
seperti biasa keesokan harinya, lepas lunch,ucapan perpisahan oleh semua perserta dan bergerak pulang ..singgah sebentar di bentong utk makan durian..sedap bohhh durian bentong..terima kasih sekali lg kat Abg Adi yg belanja kitaorg semua mkn..alhamdulillah.semoga Abg Adi dimurahkan rezeki dan perniagaan sukses..hehe..
ok itu je la cerita yg aku nak kongsikan bersama..dah letih menaip ni bro..gua nak rehat sekejap sambil layan radio bapakku.fm.korang nak dengar? KLIK SINI
ok lah berbanyak terima kasih sekali lagi untuk warga MYFRIEND dan BAPAKKUFM dan kawan2 semua..semoga berjumpa lagi di lain hari ,lain aktiviti dan lain tempat .Insyaallah.sampai jumpa lagi..Assalamu'alaikum..
dan untuk kawan yang nak tengok gambar dari kamera aku, sila la ye klik link di bawah ni..
klik sini untuk download gambar2 di jeram besu
3 comments:
menarik tertarik hahha
hahaha.lu tak pergi rugi ar weh...pas raya,jom gi tioman plak
mcm besttt jekk hihi
Post a Comment