Thursday, December 31, 2009

selamat tahun baru

slmt tahun baru , semoga kalian mendapat keberuntungan dan usahalah supaya mencapai apa yg diidamkan... Read More..

Wednesday, August 12, 2009

aku tahu apa korang buat!!!!

haha..aku tahu apa korang buat sekarang..
kalu nak tahu, download kat sini
hehe..terer x aku?
magic..ahaks Read More..

Petua untuk bahagia

Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.

Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.

Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3.. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6.. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/ berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ¡gerak batin¢ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan..
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ¡menang-menang¢ .
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ¡pasangan¢.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ¡I love you¢ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
(a) Mental, pendidikan dan ilmu
(b) Emosi
(c) Fizikal dan ekonomi
(d) Sosial
(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
(a) Pendapat atau pandangan
(b) Hobi
(c) Kegemaran
(d) Makanan
(e) Cita rasa
(f) Warna pilihan dan pelbaga

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t. Read More..

Monday, August 3, 2009

video siasatan polis-ganas

sumber:pahangdaily.blogspot.com


Spekulasi: Kes Kematian Misteri Teoh Beng Hock, Apakah Benar Beliau Di Bunuh, Membunuh Diri Atau Terbunuh? Siapa Yang Harus Disalahkan !!



Ramai yang terkejut dengan pengedaran video misteri diatas kononnya berkaitan dengan "kematian misteri" Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock baru-baru ini. Biarpun ada yang mengesahkan itu bukan video mendiang Teoh Beng Hock, namun ramai juga yang menyatakan sebaliknya. Biarpun berbagai spekulasi dan tanggapan yang dilakukan oleh orang ramai, namun bagi kami "Apakah ini caranya siasatan polis dilakukan terhadap tertuduh"?. Apakah dengan cara membelasah, memijak, menendang, menumbuk dan memperlakukan mereka seperti binatang iai dianggap sebagai "siasatan kes"?. Jika inilah caranya, maka terdapat besar kemungkinan yang Teoh Beng Hock turut mengalami senario yang sama seperti dalam paparan video di atas. Apapun enkues terhadap kes kematian Teoh masih dijalankan. Biarpun mendapat tentangan dari berbagai pihak termasuk keluarga beliau sendiri tentang cara siasatan kes itu. Namun, kerajaan UMNO dan BN berhak untuk melakukan apa sahaja. Apa yang lebih penting ialah kemelut yang melanda rakyat dalam kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Penemuan bukti DNA pada talipinggang dan baju mendiang juga kemungkinan besar memperkukuhkan lagi teori yang beliau dibelasah sebelum terbunuh seperti dalam video diatas. Namun begitu, jika inilah caranya siasatan yang dilakukan terhadap saksi dalam kes -kes tertentu selepas ini maka kami yakin ramai orang yang amat takut dan gentar untuk menjadi saksi. Apakah mendiang Teoh salah seorang daripada mereka yang diperlakukan sedemikian rupa. Biarpun video diatas dilihat saeolah-olah bukan Teoh Beng Hock, namun harus diingat bahawa mereka yang terlibat dalam adengan itu adalah rakyat Malaysia. Soalnya, saiapakah mereka sebenarnya? Apakah pegawai polis atau SPRM. Tindakan membelasah saksi dan mangsa seperti digambarkan jelas sekali membuktikan senario seperti ini memang berlaku dalam negara kita. Oleh itu, rakyat perlu bangkit untuk memperbetulkan keadaan ini. Lakukan perubahan dalam pilihanraya akan datang supaya mereka yang benar-benar bertanggungjawab dan faham tentang undang-undang serta perlembagaan diberi kuasa untuk melaksanakan tugasannya. Jika tidak, sudah pasti rakyat yang tidak berdosa akan terus dibelenggu dengan berbagai tindakan, kezaliman dan keganasan pihak kerajaan sendiri. Read More..

Sunday, August 2, 2009

sepetang di KL-1 ogos

1 ogos 2009..jem paling teruk kat kl yg pnh aku lalui..
terperangkap hampir 3 jam hanya sekadar jarak 2.1km,betul2 wat aku x tahan sabar la..tetapi,bkn jem sbb hujan,sbb eksiden,ataupun sbb2 lain,tapi hari itu adalah hari perhimpunan rakyat untuk menentang kezalimanm rejim UMNO BN yg menggunakan akta zalim ISA, yg sedang berlangsung di masjid negara, sekitar sogo, dan di masjid jamek..

tujuan aku ke sana bukanlah untuk menyertai perhimpunan,tetapi untuk shopping..hanya untuk ke midvalley..malangnya semua jalan sekitar kl,ditutup dan diadakan sekata jalan raya,dengan hanya 1 tujuan-melambatkan trafik supaya x ramai yg hadir.-polis ni boneka rejim betul la..
boleh duduk borak sama2 dorg,ketawa2,sedangkan laluan 3 lorong ditutup dan dijadikan 1 lorong..nak kata anggota x ckup,ada la kat2 20 org aku tgk akt situ..cuba bygkan org yg ada kecemasan,ada hal penting ke..haishh..boleh dorg biarkan mcm tu jer..bukak la lorong lagi,kerahkan la anggota2 yg ramai tu bjaga..ni duk melepak kat tepi,main sms..betul2 bodoh la polis ni..nasib baik xde anggota keluarga aku jadi polis..klu adik aku nk kawin dgn polis ,mmg aku x bagi..haha...
ni cth kesesakan jln smlm yg sempat aku amik..hehe




daripada tempat ni,

ke tempat ni, jarak 1.6km,amik masa 2jam suku..

ni pulak gambar kat area sogo masa aku tgh terperangkap dlm jem.

reformasi,mansuhkan ISA.-inilah perjuangan rakyat yg sanggup turun ke jalan raya..yg sanggup berpedih mata melawan rejim polis dan FRU.menembak membabi buta gas pemedih mata dan tembakan air.sedangkan rakyat berhimpun penuh aman,dikasari dgn pelbagai macam perkara..



ni bukan kat israel atau palestin, tapi di MALAYSIA.

asap pedih ni woo..

tv3 kata yg hadir 1000 org je?kah kah kah...xreti kira ker?ini dah mcm 1 stadium penuh..


Perhimpunan ISA yang sepatutnya berlaku secara aman telah dihuru-harakan oleh pihak polis. Provokasi yang dilakukan jelas sekali menunjukkan mereka tidak faham erti perlembagaan, yang termaktub hak-hak rakyat untuk berhimpun secara aman. Polis sepatutnya kerkerjasama menjaga keselematan dan lalu lintas. Namun anehnya, mereka lebih terpengaruh dengan politik dan menghalang rakyat menghantar memorandum untuk menghapuskan ISA itu sendiri. Mereka langsung tidak boleh berfikiran waras bahawa apa yang dilakukan itu adalah untuk mereka juga. Siapa tahu satu hari nanti kaum keluarga dan sanak saudara mereka pula yang ditahan ISA. Polis ternyata mengikut arahan kerajaan dengan membabi buta, agar menghalang rakyat dalam apa jua cara sekali pun. Maka itulah, polis bertindak ganas dengan melakukan tindakan yang diluar batasan kemanusiaan terhadap rakyat. Saranan Najib bahawa kerajaan akan membenarkan perhimpunan aman diadakan hanyalah gimik politik selepas beliau dikecam hebat berikutan keganasan polis semalam Read More..

Friday, July 31, 2009

Nama Syaitan DalamAl-Fatihah

Assalamualaikum


Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat,
apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah
bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah
kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan
nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak
berhati-hati.


Nama syaitan


1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)sepatutnya DULILLAH


2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya HI ROB


3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KI YAU


4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAK


5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAS


6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari'


Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada
mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta
pertolongan"!!!!


7) SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa
henti.


8) AMIN .hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul
iaitu AA...dua harakat, MIN.... 3 harakat, semoga Amin kita
bersamaan dengan Amin malaikat Insya-Allah. semoga kita menjadi
orang yang sentiasa membaiki bacaannya.


Perhatian ;


Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat
rahmatNya, Read More..

Thursday, July 30, 2009

PM Najib dapat 'cahaya' di Tanah Suci

sumber:www.perisik-rakyat.com

Tak sampai 2 minggu pun lepas PM Najib balik dari tanah suci mekah...

Beliau telah mendapat satu "cahaya"...

Seterusnya, sepulangnya PM Najib dari Tanah Suci Mekah...

* Magnum Corporation, anak syarikat Multi-Purpose Holdings Berhad, minggu lepas telah pun mendapat kelulusan kerajaan untuk memulakan perjudian 4D baru.

* Kelulusan ini berikutan kebenaran awal kerajaan yang memberikan keluluusan kepada ketiga-tiga syarikat perjudian itu -Berjaya Sports Toto, Magnum dan Tanjung plc - untuk mengadakan 10 cabutan istimewa setahun. Read More..

Thursday, July 23, 2009

Kebebasan ala 1 Malaysia..citt.pooodahh!!!!!

Dalam tempoh beberapa hari lalu, perkembangan berikut berlaku di stesen-stesen televisyen milik Media Prima dan akhbar-akhbar utama. TV3, NTV7 dan 8TV diarah untuk tidak melaporkan sebarang komen/pandangan pemimpin PR mengenai kematian Teoh Beng Hock dan SPRM. Hanya komen BN dan pihak rasmi dibenar untuk disiarkan.

klik untuk maklumat lanjut Read More..

Wednesday, July 22, 2009

zahid hamidi(umno) berunding dgn israel..gampang tul


Ustaz Idris Ahmad
Tue | Jul 21, 09 | 7:26:56 pm MYT

PAS mengecam tindakan Menteri Pertahanan Malaysia yang berjumpa dengan Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak semasa Pertunjukan Udara Paris di Perancis Jun lepas.





Pertemuan yang berlangsung selama 35 minit dengan Barak adalah satu pertemuan yang mengguris perasaan umat Islam di Palestin dan saudara seagama di Asia Barat.

Persoalannya, adakah kerajaan Malaysia sudah mengiktiraf kerajaan haram ini?

Zahid mesti disiasat kenapa beliau berani berbuat demikian. Paling merbahaya, beliau adalah Menteri Pertahanan yang sanggup berjumpa dengan manusia yang saban hari menyembelih umat Islam di Palestin.

Siapakah Zahid yang hendak berlagak dan tunjuk hero kepada dunia untuk berbincang dengan Israel?

Seperti sedia maklum bahawa pemimpin Israel bukan bangsa yang boleh berbincang.

Israel hanya faham dengan bahasa jihad sahaja. Buktinya, berapa banyak perundingan mengenai masalah Palestin terutamanya, telah gagal kerana dikhianati oleh Israel.

Tentu kita masih ingat, Dr Mahathir Mohamad, sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri dahulupun, menafikan pertemuan dengan pemimpin Israel kerana takut umat Islam marah.

Sudah pasti pertemuan Zahid dengan Barak ini mendapat restu daripada Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Razak, ini satu lagi hadiah 1Malaysia pada rakyat. Read More..

Wednesday, July 15, 2009

cuti-cuti di Bali



nak bercuti?5 star hotel dengan rebat tiket kapal terbang?
rm499 jer...klik sini Read More..

Friday, July 10, 2009

1500 PELAJAR BANTAH ROSMAH SEBAGAI CANCELOR UNISEL

Satu resolusi tergempar telah di luluskan malam tadi di Dewan Utama Unisel – Kampus Bistari Jaya Batang Berjuntai.

Resolusi ini : Menuntut agar Rosmah Mansor dilucutkan dari menjadi Cancelor Unisel.

Seramai 1500 pelajar yang berasak -asak membanjiri dewan telah mengangkat tangan dan sebulat suara menyokong resolusi tersebut.

Awalnya satu forum ‘ Memperkasakan Mahasiswa dan Realiti Politik Kampus’ telah di adakan didalam dewan yang sama. Forum ini adalah anjuran bersama Kelab Anwar Ibrahim ( AIC) dan Majlis Perwakilan Pelajar Unisel.

Ahli panel : Naib Presiden Parti KeadilanRakyat Mustafa Kamil Ayub, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin serta Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff .

Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim telah memberikan ucapan. Setelah selesai uacapan Anwar telah membuka ruang untuk soal jawab. Ketika ruang soal jawab inilah resolusi tergempar itu telah diluluskan dengan sebulat suara.

Tidak ada seorang pun pelajar dan anak muda dalam Dewan Utama Unisel pada malam tadi yang membantah.

Majlis Perwakilan Pelajar Unisel akan berbincang tidak lama lagi untuk mencari ganti canselor Unisel yang baru.

Forum ini telah di pengerusikan oleh Profesor Mohd Noh Nawawi.

kah..kah..siapa la nak puaka mengetuai universitikah..kah..
semua org dah x suke..apa lg rosmah??wehh..berambus..wakakakakakaa Read More..

Wednesday, July 8, 2009

arab & aidit - bila bulan berwarna biru.mp3

arab & aidit - bila bulan berwarna biru.mp3 Read More..

Tuesday, July 7, 2009

ONCE A LIFE

On August 7 , 2009

At 12hr 34 minutes and 56 seconds on the 7th of August this year, the time

and date will be

12:34:56 07/08/09

1 2 3 4 5 6 7 8 9

This will never happen in your life again... Read More..

Saturday, July 4, 2009

revelation rewards

TIADA BUDGET UNTUK BERCUTI?

INGINKAN GAYA HIDUP SIHAT?

INGIN MENGETAHUI RISIKO PENYAKIT ANDA?

INGIN MENJADI JUTAWAN DLM MASA TERDEKAT?

REVELATION REWARDS

ADALAH JAWAPANNYA…

-5H4M DI LUAR NEGARA* (TERMASUK REBET TIKET) & 3H2M LOKAL BERNILAI RM3000

-DISKAUN ‘CRUISE’ DI SELURUH DUNIA SEHINGGA 50%

-PELATIH SENAMAN PERIBADI DI KESELESAAN RUMAH ANDA BERNILAI RM700

-JAMINAN TEMPAHAN HOTEL TERMURAH DI 45000 HOTEL SELURUH DUNIA & REBET

-UJIAN DARAH DGN TEKNOLOGI TERKINI UNTUK MENGESAN RISIKO PENYAKIT BERNILAI RM199

-BIMBINGAN PAKAR PEMAKANAN SELAMA SETAHUN

-SEMINAR “BAGAIMANA MENJADI JUTAWAN DLM MASA 3 THN” BERNILAI RM1500

-DISKAUN KURSUS PELABURAN HARTANAH DAN SAHAM SEHINGGA 75% BERNILAI LEBIH RM10 000

SEMUA INI HANYA UNTUK RM499*
*TERTAKLUK KEPADA TERMA & SYARAT DAN PROMOSI


CALL me,Syuk..0129563445 Read More..

Friday, July 3, 2009

Doa untuk dijauhi wabak (spt H1N1)

Read More..

Thursday, July 2, 2009

BN is Bini Najib @ Ayah Pin




BN sama macam Ayah Pin...hahahahaa..Ayah Pin juga ahli seumur hidup parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO..kah..kah..kah..kah..

woit..bangang...kah..kah..Najib,tak kan tak berani berdebat org kata parti ko sama mcm komunis dan ayah pin..kah..kah....woit..ada maruah?mana batu?kah..kah..kah... Read More..

Tuesday, June 30, 2009

Ilmu memagar diri dan rumah

Ilmu memagar diri dan rumah dari ancaman syihir dan pencuri yang diamalkan dari sejak dahulu oleh para ambiya. Ilmu ini tidak memerlukan modal tetapi hanya memerlukan sedikit ketabahan dan kekusyukan.

Waktunya..

Waktu selepas solat maghrib, se-eloknya pada hari selasa bagi memagar diri dan hari jumaat bagi memagar rumah.


Caranya.

1)Duduk bertimpuh seperti tahiyat awal dan mengadap ke kiblat.

2)Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman syihir kerana Allah Taala.(jangan campurkan niat memagar diri dan rumah sekali gus, buat berasingan).

3)Pejam mata dan tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca ayat kursi dengan betul, seboleh bolehnya dengan satu nafas sahaja. Dan semasa membaca ayat kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa dihadapan kita ada satu tembuk yg amat kebal. Sesudah selesai membaca ayat kursi hembuskan kembali nafas dengan perlahan-lahan.

4)Ulangi perbuatan yang ke (3) tetapi untuk kali kedua bayangkan pula bahawa tembuk itu berada dibelakang pula, seterusnya ulangi lagi untuk tembuk sebelah kanan, kiri, atas dan bawah. Bermakna perlakuan ini terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga kita berada dalam satu tembuk empat persegi yang sempurna.

5)Untuk permulaan amalkan amalan ini sebulan sekali tetapi kalau untuk yg afdalnya amalkan seminggu sekali. Amalan ini hanya memerlukan lebih kurang 5 minit sahaja seminggu, janganlah kita berkira sangat tentang masa demi untuk keselematan kita semua. Jadikannya amalan dan yg lainnya berserah saja pada Allah Yang Esa. Untuk memagar rumah pula caranya adalah sama tetapi niatkan memagar rumah dari segala ancaman dari pencuri, dan semasa membaca ayat kursi, bayangkan pula tembuk itu berada dihadapan rumah kita dan di ikuti langkah seterusnya untuk kelilingnya pula. Tetapi perlu diingat bagi ilmu memagar rumah dari ancaman pencuri ada syaratnya pula. Dari pengalaman yg lepas, orang yg mengamal kan ilmu memagar rumah ini, ada terjadi pencuri yg memasuki rumahnya tidak jumpa jalan keluar. Jika ini terjadi maka disyaratkan tuan punya rumah tidak bolih sama sekali memukul pencuri itu. Cukup dengan mengambil kembali barang yg telah diambil, serta nasihatkan dengan baik dan tunjukkan dia jalan keluar.

Bagi ibubapa pula ilmu memagar diri ini bolih dilakukan untuk anak-anak yg masih kecil, cuma semasa kita melakukan niat kan sahaja untuk mereka. Ilmu ini jika diamalkan dengan sempurna, hasilnya adalah menakjubkan(dengan keizinan allah).
Memagar Rumah Dari Pencuri

Satu cara lagi yang dilakukan oleh ramai orang ialah dengan cara membaca ayat kursi sekeliling dalam rumah. Dimulakan dengan hujung pintu hadapan rumah mengikut arah jam. Bahu sebelah kiri berada didinding rumah. Baca ayat kursi berulang kali keliling setiap bilik dalam rumah kecuali tandas. Tamat di hujung pintu utama rumah yang sebelah satu lagi. Jangan cover seluruh pintu utama. Petua ini adalah untuk memagar rumah dari dimasuki pencuri, kebiasaannya pencuri akan payah untuk mencari jalan masuk lain kecuali pintu utama. So pintu utama sahaja kita perlu perhatikan. Kita tak cover sehingga hujung pintu takut2 pencuri yang masuk tak jumpa jalan keluar pulak.

Wallahualam... Read More..

Firefox 3.0.11 (latest edition)




KLIK UNTUK DOWNLOAD Read More..

Jangan harap Najib hendak berdebat

///sumber:harakahdaily.net

Kalau hendak bertanding di Penanti pun takut, tambahan pula hendak ajak berdebat. Tok Guru Nik Aziz tegas terus hendak berdebat, kerana ini salah satu penyelesaian yang selama ini terbuku dalam dada kedua-dua parti. Biarlah debat menjadi satu jawapannya. Jawapan Dato' Seri Najib dan pemimpin Umno yang sewaktu dengannya, dengan mengatakan bahawa debat tidak boleh selesai masalah. Sepatutnya Dato' Seri Najib kena beranilah debat isu yang dibangkitkan oleh Tok Guru Nik Aziz.

Memang pemimpin Umno payah hendak cari yang berperangai macam anak jantan. Dulu apabila timbul isu kafir mengkafir, PAS bersetuju untuk debat, tanpa syarat, atas apa tajuk sekalipun. Akhirnya diumumkan debat dibatalkan kerana lambang keris patah dan hilang sarungnya.

Memang Umno parti yang tidak ada dasar, dia takut hendak bersemuka dengan pemimpin PAS. Umno tidak ada hujah, kalau debat hendak dibuat malam hari, zohor dah Umno menyerah kalah.

Saya teringat sewaktu debat PAS dan Umno hendak diadakan pada tahun 1985 dahulu. Waktu itu saya baru tahun pertama di UKM. Umno telah panggil orang-orang agama dalam Umno termasuk pensyarah universiti yang pro Umno. Ada seorang pensyarah memaklumkan bahawa Umno memang tidak ada hujah untuk melawan dengan PAS. Kebetulan beliau salah seorang yang masuk dalam perbincangan untuk hendak membantu pendebat Umno.

Kita juga pernah melihat debat olok-olok yang pernah dirakamkan, bagaimana ulamak Umno berlakon sebagai ulama PAS dalam debat olok-olok. Dalam debat tersebut ulama Umno kalah. Itu baru ulama Umno yang berlakon jadi ulama PAS, macama mana pula kalau Tok Guru Nik Aziz yang menjadi wakil PAS sudah tentu berbuih pula mulut Najib hendak berhujah.

Bukan kita tidak tahu memang Umno parti penakut dan pengecut. Sudah berapa lama debat siswa diharamkan dengan menjemput parti pembangkang, apabila mereka melihat wakil Umno/BN lari tidak bertangga Read More..

Sunday, June 28, 2009

download Kamus Rujukan




nak download, klik di bawah
http://www.mediafire.com/?om4mxgy3vga Read More..

download Unit Converter



sesuai untuk semua lapisan peringkat umur dan tahap pendidikan..
converter ini memudahkan kita untuk menukar nilai dari satu unit ke unit lain..pas ni xyah dah pening2 nak pikir ek..masukkan je nilai,pastikan unit betul..
enjoyyyyy...

http://www.mediafire.com/?ndiytzzknmz Read More..

watch free TRANSFORMER

Untuk menonton dan download free transformer,
KLIK SINI Read More..

Saturday, June 27, 2009

Cek saman JPJ anda disini !!!

aku cek pagi td, ada 3 saman yg aku tak perasan..
selama ni ingtkan takde..yela kan, klu speed trap tu mana kita nk taw..last2 sekali surat je smpi umah..suh gi byr kat kaunter polis/jpj..
tp yang ni aku pelik, mana datang saman ntah..
cuba korang cek kot2 ada gak yg kena saman..

klik kat sini Read More..

Monday, June 22, 2009

Stadium Terengganu




sebelum mkn diberi minum,
pelayan menunggu dgn patuh,
kalu datang ke negeri teranung,
boleh tgk stadium runtuh.


kah..kah.kah..kah.kah..kah.kah..kah.kah..kah.. Read More..

Sunday, June 21, 2009

The Truth of GAZA























/> Read More..

Wednesday, June 17, 2009

Undang-undang Seluruh Dunia

Undang-undang Seluruh Dunia

THAILAND :

* Dilarang keluar rumah tanpa memakai seluar dalam.

SWISS :

* Dilarang berkebun di hari minggu.

SWEDIA :

* Dilarang mengecat rumah tanpa izin dari kerajaan dan harus menggunakan cat yang sudah mendapat sertifikasi dari mereka.

KOREA SELATAN :

* polis wajib melaporkan jumlah wang rasuah yang mereka terima dari para pemandu yang ditahan.

SINGAPURA :

* Dilarang berjalan (bogel)
* Tidak flusk jamban setelah buang air di toilet, dikenakan denda.

UNITED KINGDOM :

* Dilarang menjual sayuran di hari minggu .
* Wanita dilarang makan coklat di tempat umum.

MEXICO :

* Wanita yang bekerja dilarang mengenakan pakaian seksi yang dapat â€Å“memprovokasiâ€� rakan kerja selama jam kerja.
* Dilarang memaki di tempat umum.

AUSTRALIA :

* Dilarang mengangkat telepon pada deringan pertama.
* Dilarang mengenakan spenda Hot Pink di hari minggu.

YUNANI :

* Dilarang mengenakan topi di stadium , kerana dapat mengganggu pandangan orang lain.

KANADA :

* Dilarang menempel plester luka di tempat umum.
* Dilarang menyirami tananam di kebun waktu sedang hujan.
* Dilarang memanjat pokok.

PERANCIS :

* Dilarang berciuman di keretapi bawah tanah.

ISRAEL :

* Dilarang memelihara babi di Israel . Orang yang melakukannya akan ditembak mati.

AMERIKA :-
- ARIZONA :

* Dilarang memandu tanpa kasut.
* Dilarang bermain domino di hari Minggu.
* Dilarang memakai kumis palsu di gereja.
* Hukuman mati dikena bagi sesiapapun yang menaburkan garam di atas rel kereta api.
* Dilarang memandu dengan mata tertutup.

- ALASKA :

* Dilarang mengambil gambar beruang yang sedang tidur.
* Dilarang memberi minum bir pada rusa.
* Dilarang berjalan-jalan sambil membawa busur dan anak panah.

- ARKANSAS :

* suami diizinkan memukul isterinya, tapi tidak boleh lebih dari 1 kali sebulan.
* Dilarang memelihara buaya di dalam bathtub.
* wanita yang saling menggoda di tepi jalan, akan dikenakan 30 hari penjara.
* Dilarang membawa lembu berjalan-jalan di jalan utama di hari Minggu.

- CALIFORNIA :

* Binatang peliharaan dilarang dibiarkan berhubungan seks di sekitar lokasi sekolah, taman, dan tempat ibadah.

- COLORADO :

* Dilarang berdebat dengan polis, kecuali kenderaan Anda ditahan olehnya.

- CONNECTICUT

* Dilarang mencium istrinya di hari Minggu.

- FLORIDA :

* Dilarang bernyanyi di depan umum sambil mengenakan pakaian renang.
* Dilarang kentut di tempat umum setelah pukul 6 .
* Dilarang memecahkan piring dan gelas lebih dari 3 buah sehari.

- WASHINGTON :

* Dilarang menyusui anak di tempat awam.

MALAYSIA

* Motosikal wajib memasang lampu pada waktu siang Read More..

Saturday, June 13, 2009

PENGUMUMAN UTK SEMUA WARGA KOTA-JEREBU



CHERAS DAN PERLABUHAN KLANG HILANG DARI PEGLIHATAN

Kawasan Cheras dan Klang adalah paling tidak selamat.

Tahap jerebu di Perlabuhan Klng ialah 138 naik dari 125 pagi ini.

Di Cheras tahap nya ialah 107.

Sebanyak 30 kawan sedang dalam tahap bahaya - Nilai, Petaling Jaya, Kajang Country Heights, Shah Alam, Putrajaya and Batu Muda in Kuala Lumpur.

Kuching, Kangar dan Sandakan terbaik – tahap udara hanya 28.

BACAAN –

Dari 0 – 50 tahap nilai udara yang baik.
Dari 51-100 – tidak berapa baik.
Dari 101 ke 200 tahap mengancam kesihatan.
Dari 201 ke 300 tahap paling bahaya macam tidur dalam rumah asap.

Tahap udara ini di keluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Di zaman Madey tahap udara ini tidak dibenarkan untuk diketahui umum. Tahap udara ini jatuh dalam Akta Rashia Resmi. Menurut lojik Madey jika tahap ini di beritahu kepada umum nanti pelancung takut datang ke Malaysia.

Hasilnya rakyat Malaysia di telan jerebu. Kecuali keluarga Taib Mahmud yang lari ke Canada apabila jerebu sampai ke Kuching.

Pelancung tidak juga datang. Ini kerana pelancung dari luar negara boleh mengetahui tahap udara ini dari pelbagai sumber. Yang dibodohkan hanya rakyat Malaysia.

Abdulah Badawi telah membebaskan laporan udara ini dari terus tersimpan dalam tahanan Madey. Satu tahniah untuk Abdullah Badawi.

Hari ini terdapat 98 kawasan pembakaran di Sumatra. Read More..

rosmah perempuan puaka

Video pendedahan Datin Rosmah Mansor , wanita pertama Malaysia menggunakan bomoh kini menjadi isu hangat di alam cyber.

Pengakuan beberapa individu termasuk dari anak, adik beradik, saudara , orang gaji Datin Rosmah dalam klip video ini menjadi tanda tanya adakah benar apa yang mereka ceritakan itu.

Datin Rosmah sepatutnya mengambil tindakan samada menafikan atau mengambil tindakan jika individu-individu ini adalah berbohong kerana pasti Datin Rosmah mengenali semua mereka. Jika ini semua fitnah janganlah berdiam diri kerana rakyat pun nak tahu juga. Bawalah kes ini ke mahkamah jika Datin di pihak yang benar.

Read More..

Tuesday, June 2, 2009

siapa wanita kebaya merah???


MOHD. Fitri tidak menyedari ada imej ‘lembaga’ berbaju merah di belakang isterinya di stesen minyak R & R Gurun sehinggalah gambar ini dimuat turun semula semalam.

KANGAR – Seorang guru bahasa Arab, Mohd. Fitri Mohamad tidak dapat melupakan keanehan yang beliau sekeluarga alami ketika bercuti selama tiga hari ke Cameron Highlands dan Kuala Lumpur minggu lepas.

Sepanjang percutian itu, guru Sekolah Yayasan Islam Perlis, Kangar itu mendakwa anak saudaranya yang berusia dua tahun yang menaiki kereta Proton Wira yang dipandunya berperangai aneh apabila asyik menangis.

Tidak cukup dengan itu, Mohd. Fitri juga mendakwa keretanya terasa begitu ‘berat’ dan beliau ternampak kelibat ‘lembaga’ semasa berhenti di Padang Besar.



Namun, peristiwa paling mengejutkan mereka ialah kemunculan imej ‘lembaga’ dipercayai wanita berbaju merah yang dirakam dalam sekeping gambar di sebuah stesen minyak di Hentian Rehat & Rawat (R & R) Gurun arah selatan sewaktu mereka memulakan percutian pada Jumaat lalu.

Mohd. Fitri, 29, mengakui semasa mengambil gambar isterinya, Shatini Shahidan, 28, yang berdiri di sebelah kereta mereka pada pukul 5.30 pagi itu, tiada sesiapa dilihat berjalan di belakang Shatini.

Lembaga itu muncul dengan wajahnya kabur dan berambut panjang.

“Sepanjang perjalanan selepas itu, kereta saya terasa berat semacam sehingga kos minyak dari Kuala Lumpur balik Perlis mencecah RM100 sedangkan biasanya dalam lingkungan RM60 sahaja,” katanya.

Sewaktu dia menurunkan abangnya di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar sebaik habis cuti pada Isnin lalu, Mohd. Fitri mendakwa ternampak kelibat satu lembaga keluar dari keretanya.

“Saya sempat membaca ayat Kursi bagi memastikan kami tidak terus diganggu,’’ ujarnya.

Peristiwa itu kemudian dilupakan sehinggalah dia melihat semula gambar yang dirakam di stesen minyak itu menggunakan kamera digital Nikon milik majikan isterinya.

“Berdasarkan gambar itu dan pengalaman saya melihat kelibatnya, ia amat mengerikan iaitu seakan-akan muka beruk dengan pipi lebar dan mulut muncung panjang serta berambut panjang,” ujarnya.

Sementara itu, Shatini yang merupakan seorang kakitangan (UniMAP) memberitahu, ketika gambar itu diambil, dia tidak berasa sesuatu yang aneh.








Kejadian yang mereka alami itu berlaku hanya kira-kira 20 minit perjalanan dari lokasi dua kemalangan jalan raya yang berlaku pada tahun ini di Sungai Petani.

Kemalangan itu membabitkan seorang pemandu kereta Perodua Kancil yang cedera parah pada 5 Februari. Ia diikuti dengan insiden seorang pemandu lori serta kelindannya cedera apabila kenderaan mereka terbabas di Kilometer 105, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Sungai Petani pada 19 April.

Dalam kejadian tersebut, mangsa-mangsa mendakwa cuba mengelak ‘wanita berkebaya merah’ yang dilihat melintas lebuh raya di situ.


"ORANG ramai melihat lori yang terjunam jatuh dari Lebuh Raya Utara-Selatan di kawasan Taman Perumahan Taman Keladi, Sungai Petani semalam."


SUNGAI PETANI - Siapa wanita berkebaya merah yang melintas jalan hingga menyebabkan seorang pemandu lori parah manakala kelindannya cedera ringan apabila lori yang dipandu terbabas sebelum menjunam jatuh dekat kawasan Taman Perumahan Taman Keladi semalam.

Ketika kejadian pukul 8.15 pagi itu, pemandu lori terbabit, Mohd. Sobri Shaari, 42, dan kelindannya yang dikenali sebagai Atan, 37, sedang dalam perjalanan dari Bukit Kayu Hitam menuju ke Bagan Ajam, Butterworth.

Menurut Atan, ketika kejadian dia sedang berbual dengan Mohd. Sobri berkaitan dengan seorang wanita yang ditemuinya di Bagan Ajam.

"Ketika rancak bercerita, Mohd. Sobri tiba-tiba menekan brek lori sambil mengatakan ada seorang wanita berkebaya merah melintas di tengah jalan di Kilometer 105.8, Lebuh Raya Utara-Selatan.

"Oleh kerana ketika itu lori dipandu agak laju, Mohd. Sobri hilang kawalan menyebabkan lori terbabas sebelum menjunam jatuh dari ketinggian 10 meter ke atas sebatang jalan di kawasan Taman Perumahan Taman Keladi," dakwanya semasa ditemui di tempat kejadian semalam.

Sebelum ini Kosmo! pernah melaporkan seorang pemandu kereta Perodua Kancil nyaris maut selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum terbalik ketika cuba mengelak daripada melanggar seorang wanita berkebaya merah yang melintas jalan di susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Utara, berdekatan Sungai Lalang.


"CHAN duduk termenung memikirkan 'wanita kebaya merah' yang menyebabkan keretanya terbabas di susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Utara kelmarin. "



SUNGAI PETANI - Gara-gara terkejut ternampak kelibat 'wanita berkebaya merah' melintas jalan, seorang lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya terbabas dan terbalik di susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Utara dekat Sungai Lalang di sini kelmarin.

Walaupun bernasib baik tidak kehilangan nyawa selepas kereta Perodua Kancil miliknya remuk teruk, pemandu kereta yang hanya mahu dikenali sebagai Chan, 51, kebingungan memikirkan tragedi itu.

Semasa kejadian pukul 6.45 petang, Chan yang telah berkahwin dalam perjalanan pulang ke Taman Bandar Puteri Jaya di sini selepas melawat keluarganya di pekan Ko'bah, Pendang.

"Semasa tiba di selekoh berhampiran susur keluar plaza tol itu, hujan renyai-renyai dan saya menaikkan cermin tingkap.

"Pada masa sama, seorang wanita muncul dari celah pokok bunga yang ditanam di kiri jalan terus melintasi kereta saya dalam keadaan melenggang-lenggok sehingga menampak betis sambil tersenyum memandangnya. Read More..

Tuesday, February 24, 2009

MB Ir Nizar ! Engkau memang 'Hebat'


Belum pernah tercatat dalam sejarah khususnya di Perak seorang Menteri Besar keluar dari kediaman dengan penuh hormat dan langkah gagah. Saya tak sempat melihat keluarnya Allahyarham Ghazali Jawi, namun saya amat mengetahui bagaimana keluarnya Tajol Rosli. Saya juga mengetahui bagaimana keluarnya Ramli Ngah Talib dari kediaman rasmi.

Khabarnya Tajol Rosli keluar setelah menangis berhari hari. Khabarnya juge di bawa bersama kereta mercedes yang ingin di beli dengan harga simpati. Ramli pula dengarnya sampai bawa lari segala perabut berlori. Tajol yang masuk tak peduli kerana seronok dapat semua barang baru dan wangi.

Nah cuba lihat keluarnya DS Nizar hari ini. Siap buat kenduri lagi... berduyun wartawan menanti... siap berlari sampai depan pintu lagi... tak cukup dengan tu... ikut sampai rumah sewa D. Seri. Nasib baik dah tak bagi masuk... itupun ada yang curi curi. Di minta keluar pun buat selambe rock je...

DS Nizar secara rasmi meninggalkan kediaman Rasmi... ( dengornya kejap je...) sebab mahkamah nak suruh duduk balik... Beliau datang dari rakyat... perjuangannya bersama rakyat. Apa yang orang tak berani dan tak mampu buat, DS Nizar sanggup mendahului. Beliau adalah antara ibu bapa yang menyaman kerajaan kerana PPSMI.

Kini DS Nizar kembali bersama rakyat. Selama ini beliau terhalang oleh pagar residen yang memisahkannya dari jendela rakyat. Demi bersama rakyat DS Nizar lebih banyak bergelumang di luar sejak subuh hingga dinihari. Kerana cinta dan denyut nadi rakyat yang dirasai, pintu kediaman rasmi tak pernah dikunci untuk dikunjungi. Namun maklumlah sejak dulu kediaman itu adalah kawasan Larangan , rasa kekok dan malu rakyat barangkali masih tersisa di hati.

Kini DS Nizar terus bersama rakyat. Beliau meninggalkan kediaman rasmi bukan mengalah dengan kerajaan Haram Zamri namun menunjukkan akhlak dan tamadun yang tinggi, walaupun berdepan lanun dan perompak di siang hari.Kediaman akan menjadi pusat komuniti rakyat sehingga 27 Februari. Kemuncaknya ialah pada subuh 27 Februari, jam 3.30 pagi. Munajat Perdana akan berlangsung di sini.


Bagi yang belum pernah merasai angin di kediaman rasmi, ambillah peluang ini kerana percayalah!!!! Zamri tak mungkin membenarkan kediaman rasmi dicerobohi. Melainkan jika beliau malu dengan apa yang dibuat DS Nizar selama ini...( tapi puak ni bukan tahu malu) jenis hidung di punggung!

Selamat Berjuang bersama rakyat. Dari rakyat beliau datang, kepada rakyat beliau pulang, bersama rakyat beliau berjuang... namun JANGAN DILUPA DS NIZAR ADALAH MB YANG SAH DAN RASMI ! Read More..