Thursday, March 31, 2011

cara mengesan undi kita dari diketahui..

sekadar berkongsi..
amik ini untuk rujukan...
Read More..

Anwar dakwa Najib terlibat dalam skandal video seks



VIDEO SEKS KUKUH KAN ANWAR – wall street journal

Pendedahan rakaman video seks awal minggu lalu boleh memperkukuh imej Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim jika beliau dapat meyakinkan rakyat bahawa beliau bukan lelaki dalam rakaman itu, demikian menurut Wall Street Journal hari ini.

Akhbar yang mempunyai edaran di seluruh dunia menulis, jika Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berjaya dalam usahanya menafikan pembabitan beliau, ia akan memperkukuh kepercayaan bahawa bekas timbalan perdana menteri itu adalah mangsa komplot politik dan akan mendatangkan kesan buruk ke atas Umno, yang dilihat ramai sebagai pihak di sebalik pendedahannya.

“Jika Encik Anwar boleh meyakinkan rakyat Malaysia bahawa beliau bukan lelaki dalam rakaman itu, serangan terbaru ini hanya akan menjadikannya lebih kuat, ia akan memperkukuhkan kepercayaan di dalam dan luar negara bahawa beliau adalah mangsa pendakwaan bermotifkan politik,” kata akhbar itu.

“Ia akan membawa berita buruk bagi Umno, yang telah pun mengatakan rakaman video itu tidak kaitan dengan mereka,” tulis akhbar itu dalam ruangan pendapatnya, siaran hari ini.

Ia menulis bahawa Barisan Nasional (BN) diterajui Umno kini terdedah kepada tanggapan tidak memihak mereka meskipun Najib Razak berada dalam “kapal selesa” sejak menerajui kepimpinan pada April 2009.

Jumaat lalu, Najib yang Presiden Umno berkata, partinya tidak terlibat dalam skandal pendedahan rakaman video seks oleh tiga “Datuk T”, yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat.

“Soalnya sama ada rakaman itu benar atau tidak, sebab kalau benar maknanya ada satu perbuatan mungkar yang berlaku. Itu perkara utama yang perlu ditentukan,” kata Najib selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

“... sebab ada pihak condong untuk bangkitkan soal konspirasi dan sebagainya jadi ini mengalih dari soal pokok sama ada berlaku atau tidak perbuatan yang mungkar itu dan dirakamkan atau tidak,” tambahnya.

Anwar yang membuat laporan polis Selasa lalu mendakwa wujud pembabitan Najib dan juga Hishammuddin Hussein, yang juga Naib Presiden Umno, dalam isu ini.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mahu Najib dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memikul tanggungjawab dalam hal ini ekoran pengakuan “Datuk T’ bahawa mereka yang mendedahkan rakaman video seks ini.

Najib berkata apa yang penting adalah untuk menyiasat kesahihan dan ketulenan video itu kerana parti berpegang kepada prinsip kebenaran sama ada perbuatan itu benar-benar berlaku dan dirakamkan.

Rabu lalu, bekas ketua menteri Melaka Abdul Rahim Thamby Chik dan seorang ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah memberi keterangan mengenai video itu di Ibu pejabat Polis Bukit Aman serta menyerahkan rakaman video itu serta seutas jam tangan Omega kepada pihak polis.

Abdul Rahim merupakan bekas ketua Pemuda Umno pusat dan Pengerusi Risda.

Akhbar Wall Street Journal menambah, waktu rakaman video seks ini didedahkan juga signifikan dari segi politik memandangkan pilihan raya umum tergempar dijangkakan lewat tahun ini.

Pilihan raya negeri Sarawak yang pembangkang meletakkan sasaran untuk merekodkan prestasi lebih baik kali ini akan berlangsung 16 April.

Anwar kini berhadapan dengan kes liwat kedua dan nasibnya dijangka diketahui bulan depan selepas pendakwa telah menutup kes mereka baru-baru ini. Read More..

Tuesday, March 29, 2011

Bil Percutian Khir Toyo dulu..

KENAPA TAK SIASAT??????????
BANGANG PUNYA SPRM BANGANG PUNYA POLIS BARU UMNO NI..






Read More..

Monday, March 28, 2011

sepetang di KL


amacam?tol pun gua dapat kecuali..wakakkaa

old town bangsar south

apai,kak tini n faqyra

bersama pilot Pngrh Polis Bukit Aman dan Dato KP PHG..

OTW ke KL melalui LPT...kelajuan 170kmj je masa ni..

gua bersama lutpi...



Read More..

Sunday, March 27, 2011

sikap UMNO membudayakan FITNAH kpd masyarakat

MAHATHIR DAN NAJIB PERLU BERTANGGUNGJAWAB...

Fitnah telah menjadi budaya dan amalan Umno sejak sekian lama, malah disaat parti itu kehilangan sokongan, fitnah adalah satu-satu senjata mereka untuk terus berkuasa.

Oleh itu penerbitan video seks palsu bertujuan memburukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengejutkan.

Walau pun bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Tamby Chik dan beberapa individu tampil menyatakan mereka terlibat, dua tokoh berpengaruh dalam Umno, Mahathir Mohamad dan Najib Tun Razak adalah mereka yang harus memikul tanggungjawab

Ini kerana kedua-dua tokoh memainkan peranan penting menyuburkan budaya fitnah dengan memberi ganjaran dalam bentuk wang dan pangkat kepada mereka-mereka yang sanggup menjadi alat bagi menjayakan sesuatu fitnah.

Pada tahun 1998, Anwar difitnah melakukan liwat dalam satu konspirasi oleh Mahathir yang turut melibatkan hakim, polis, Peguam Negara serta beberapa individu. Rekod menujukkan mereka diberi ganjaran besar.

Hakim Mahkamah Tinggi, Augustine Paul dinaikkan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan dan kemudiannya Hakim Mahkamah Persekutuan.

Manakala Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Pajan Singh Gill dan Datuk Richard Malanjum dinaikkan pangkat sebagai sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan. Datuk Ariffin Jaka juga dinaikkan dari Hakim Mahkamah Tinggi menjadi Hakim Mahkamah Rayuan.

Mereka dinaikkan pangkat lebih awal berbanding hakim-hakim yang lebih senior ketika itu seperti Gopal Sri Ram, Mokhtar Sidin, Denis Ong and Abdul Kadir Sulaiman.

Peguam Negara, Mohtar Abdullah dinaikkan pangkat sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.

Pegawai penyiasat, Musa Hassan meroket daripada ke SAC2 kepada SAC1, Pengarah Siasatan Jenayah dan kemudiannya Ketua Polis Negara. Timbalan Pendakwaraya, Abdul Gani Patail dinaikkan sebagai Peguam Negara.

SAC 1 Mohd Rodwan Mohd Yusof dilantik menjadi Ketua Polis Melaka.

Individu lain seperti seperti Azizan Abu Bakar yang pada asalanya adalah seorang pemandu telah mendapat ganjaran dan djadikan pengarah sebuah syarikat.

Kemudian fitnah ini diteruskan oleh Najib mencipta satu lagi konspirasi baru, kali ini tuduhan rekayasa dibuat dengan Anwar dituduh meliawat Saiful Bukhari Azlan. Apakah ada yang percaya bahawa Saiful dan pemain-pemain lain yang menjayakan skrip fitnah ini tidak diberi ganjaran?

Ummi Hafilda Ali kini berceramah ke seluruh negara memburukkan Anwar. Malaysiakini baru-baru mendedahkan pengakuan seorang ahli perniagaan, Baginda Minda yang mendakwa bahawa seorang menteri senior menawarkan sehingga RM10 juta kepada Ummi Hafilda untuk berbohong terhadap Anwar di dalam mahkamah.

Natijahnya, Mahathir dan Najib seolah-olah memberi mesej kepada rakyat bahawa mereka digalakkan memfitnah dengan ganjaran besar menanti. Malah mereka juga akan dilindungi.

Kerana itu, Rahim Tamby Chik dan individu-individu tersebut berani membuat video seks palsu, iaitu fitnah terbesar dan terjijik setakat ini di Malaysia.

Najib dan Mahathir mesti memikul tanggungjawab!

Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat
25 Mac 2011






Read More..

Friday, March 25, 2011

Video Seks Fitnah Anwar Ibrahim

memang betul2 real..
haha..
layan...








Read More..

Thursday, March 24, 2011

cubaan pertama HDR aku

ini aku saja nak berkongsi untuk cubaan pertama aku menggunakan teknik HDR.High Dynamic Range imaging..

saja untuk berkongsi..harap lepas ni akan ada perbezaan dan improvement skit..
haha...








Read More..

Wednesday, March 23, 2011

Rencana Jahat untuk menjatuhkan Dato Seri Anwar Ibrahim-klip video seks

KENYATAAN AKHBAR oleh ahli Parlimen KEADILAN-Johari Abdul

Saya dihubungi oleh seorang kenalan yang sangat rapat bermula sejak 15 Mac 2011 untuk berjumpa dengannya mengenai sesuatu yang penting. Pada hari Isnin 21 Mac 2011 lebih kurang jam 12.20 tengahari, saya mengesahkan bahawa saya ada ruang untuk bertemu beliau.

Saya berjumpa dengannya di Hotel De Palma Ampang jam 4 petang hari itu, sebelum dibawa di dalam sebuah kereta yang lain. Kereta itu dipandu oleh dua orang yang saya tidak kenali.

Saya dibawa ke Hotel Flamingo Ampang, seterusnya dibawa ke sebuah bilik junior suite. Saya bertemu Tan Sri Rahim Thamby Chik (gambar) dan Dato’ Eskay Shazril Abdullah yang telah menunggu di dalam bilik tersebut. Saya turut disertai oleh kenalan saya tadi.

rahim tamby chik


eskay shazril



Saya duduk di depan Tan Sri Rahim Thamby Chik sementara Dato’ Eskay Shazril Abdullah duduk di sebelah saya. Kenalan saya tadi duduk di atas katil di belakang di dalam bilik tersebut.

Dato’ Eskay Shazril Abdullah mula bercakap dan mengatakan bahawa saya (“Johari Abdul”) adalah ahli Parlimen yang pertama akan menyaksikan tayangan video yang sedang mula dimainkan itu. Dia juga meminta pandangan saya mengenai Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Sepanjang tayangan video tersebut, Dato’ Eskay Shazril Abdullah menjadi suara latar menerangkan beberapa perkara. Contohnya, dia menyentuh bagaimana cara individu terbabit menanggalkan kondom selepas perlakuan berakhir mempunyai risiko air mani akan terpercik ke kawasan yang besar. Menurutnya, tabiat itulah yang menyebabkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sering meninggalkan bahan bukti seperti yang berlaku dalam kes liwat pertama tahun 1998 dulu.

Dia juga mendakwa bahawa dia selalu membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke club house di mana berlakunya kejadian itu dan tempat-tempat lain di Thailand seolah-olah ini perkara yang kerapkali dibuat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, setiap kali dia membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke tempat itu, bilik itulah (yang dirakamkan) yang digunakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sementara dia (Dato’ Eskay) menggunakan bilik bersebelahan. Dalam percakapan seterusnya, dia menyatakan kebimbangan kononnya rakaman-rakaman video seperti itu telah dipunyai oleh pihak perisikan Thai.

Sepanjang penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik kerap mencelah dan membuat komen pendek yang memburukkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Saya percaya beliau cuba meyakinkan saya bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak menjadi seorang pemimpin.

Selepas penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik mula bercakap. Dia memujuk supaya saya meninggalkan KEADILAN dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Dia berjanji untuk bbawa saya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Tan Sri Rahim Thamby Chik juga menyebut bahawa dia akan uruskan segala keperluan kewangan dan keselamatan saya.

Tan Sri Rahim Thamby Chik juga cuba meyakinkan saya untuk membawa dan memujuk lebih ramai Ahli Parlimen KEADILAN berjumpanya, supaya dapat dipujuk keluar parti. Dia meminta saya mengepalai kumpulan Ahli-ahli Parlimen KEADILAN ini. Saya tidak memberikan komitmen, selain mendengar komen-komen yang dibuat.

Selepas itu, saya keluar dan diiringi oleh kenalan rapat saya itu. Di dalam lif, saya memeluknya dan memberitahu beliau, bahawa setelah menonton keseluruhan video tersebut, saya yakin bahawa orang di dalam video itu bukanlah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Saya berkeyakinan bahawa pelakon itu bukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:

1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.

2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.

3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

4. Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.

Selepas itu, saya menyatakan kesediaan untuk membawa beberapa orang ahli Parlimen KEADILAN agar mereka juga dapat menonton video dan berjumpa dengan Tan Sri Rahim Thamby Chik. Saya dimaklumkan sessi tayangan seterusnya akan dibuat kepada ahli-ahli Parlimen KEADILAN pada jam 330 petang 22 Mac 2011. Kami hadir semalam di Hotel Flamingo Ampang dan menunggu hingga jam 530 petang, oleh kerana mereka telah sahkan bahawa perjumpaa akan berlaku. Walau bagaimana pun, perjumpaan itu dibatalkan oleh pihak mereka.

Saya mengambil risiko membuat kenyataan ini diluar Dewan Rakyat kerana saya yakin bahawa episod terbaru ini adalah satu lagi rencana jahat untuk memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.


DATO’ JOHARI ABDUL
AHLI PARLIMEN SG PETANI
AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN
23 MAC 2011



Johari Abdul


------------------------------------------------------------

cuba baca fahami dan nilai sendiri...
cubaan jahat nak jatuhkan anwar..untuk apa?
takut dgn individu yang bernama anwar ke takut hilang kuasa?
inilah dia mainan politik jahat umno BN..
jgn tunggu lagi, PRU 13 nnt,kita sama2 tumbangkan UMNO BN yang maha celaka itu...
kah kah kah...





Read More..

Sunday, March 20, 2011

Surat dari remaja ke Perdana Menteri Malaysia

salam..
kali ni aku nak berkongsi satu surat dari seorang remaja ke perdana menteri malaysia,a.k.a mat monggol.kah kah kah...
surat ni jgn tanya la mana aku dapat..
tp geng2 blogger mesti ramai yang tahu perkara ni..tp kurang nk dedah kot..
takut ke apa ke aku tak taw la..
klu korang nak taw apa isi hati seorang remaja ni, sila la baca..
jgn anggap korang yg matang,berumur,boleh nak perlekehkan budak ni..
korang baca dlu surat budak ni..
budak berumur 40 tahun pun xleh nk buat surat macam ni..penuh dengan maklumat dan isi2 yang relevan..


Assalamualaikum Dato’ Seri.
Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. InsyaALLAH Julai nanti genaplah umur saya 19 tahun. Masih berbaki lebih kurang 2 tahun sebelum saya layak mengundi. Tetapi saya yakin dalam ruang demokrasi tidak pula mensyaratkan yang saya hendaklah berumur 21 tahun untuk melayakkan surat saya ini dibaca Dato’ Seri.
Dato’ Seri, saya ingin memperkenalkan diri sebagai remaja yang sangat ingin tahu. Keinginan saya ini menjadikan saya remaja yang tidak hanya terpaku di meja belajar semata. Saya mampu menonton berita hingga ke penghujungnya (tidak di bahagian Sukan semata).
Saya juga mampu membaca suratkhabar dari muka depan hingga ke muka akhir. Saya sering ‘singgah’ di laman-laman sesawang untuk melihat berita-berita yang tidak tersiar di media arus perdana. Saya juga remaja yang suka meladeni buku-buku yang tidak menjadi kegilaan kebanyakan remaja seusia saya.
Tidaklah pula saya katakan yang saya lebih tahu daripada Dato’ Seri, tidak. Saya cuma mahu tegaskan saya adalah remaja yang memerhati. Saya adalah remaja yang bukan kerjanya sehari-hari hanyalah makan, tidur, ‘menelan’ buku teks semata. Saya adalah remaja yang mengikuti rapat perkembangan-perkembangan semasa negara tercinta ini.
Izinkan saya Dato’ Seri untuk memberi pandangan saya. Pandangan seorang budak, seorang remaja. Mungkin Dato’ Seri fikir, apalah ada pada seorang remaja seperti saya. Justeru, suka untuk saya ingatkan pada Dato’ Seri yang InsyaALLAH kelak, kamilah yang akan membuang undi!
Dato’ Seri Najib yang saya hormati, memimpin sebuah negara bukanlah perkara yang mudah. Tidak pernah ia menjadi mudah, tidak boleh ia diambil mudah. Ia adalah persoalan besar dan penting. Persoalan yang diletakkan tinggi di dalam Islam. “Kepimpinan adalah amanah, celaan di dunia, dan penyesalan di akhirat”, begitu sabda Nabi SAW.

DASAR

Saya, yang tohor ilmu dan cetek pengalaman ini percaya bahawa setiap tindakan kita adalah bergantung kepada prinsip yang kita letakkan sebagai neraca asas. Bagi sesetengah orang, mereka meletakkan Demokrasi sebagai neraca asas mereka. Ada yang meletakkan kepentingan peribadi, atau kroni, atau Sosialisme, Liberalisme dan sebagainya. Bagi kita, seorang Muslim, neraca asas yang menjadi dasar pertimbangan kita tentulah ISLAM. Izinkan saya bertanya, apakah Asas Utama kepada setiap tindakan Dato’ Seri?
Apakah Islam? Atau Kepentingan diri, atau kroni, atau selainnya?
Maaf Dato’ Seri, kiranya jawapan Dato’ Seri bahawa asas bagi setiap tindakan Dato’ Seri adalah Islam (saya tak pasti jika Dato’ Seri akan memilih jawapan selainnya), maka saya ada beberapa soalan untuk Dato’ Seri.
Saya amat keliru dengan dasar Program Transformasi Ekonomi yang dibawa Dato’ Seri. Apakah ianya dirangka dengan neraca Islam atau selainnya. Justeru, saya mohon penjelasan Dato’ Seri.
Saban hari saya dan rakan-rakan menerima berita dari segenap pelusuk negara, sama ada dekat dengan kami atau jauh, remaja seusia kami yang MENGHILANG! Iya, ‘hilang’ nyawa kerana penggunaan dadah berlebihan atau kerana perlumbaan haram. ‘Hilang’ maruah dan harga diri kerana amalan penzinaan lewat pergaulan bebas. ‘Hilang’ akal kerana ketagihan ekstasi, pil khayal dan arak. ‘Hilang’ kewarasan hingga tergamak membunuh bayi kecil atau ditinggalkan di jalanan untuk menjadi habuan anjing dan hurungan semut. ‘Hilang’ kemampuan untuk menjadi barisan pelapis kepimpinan negara. ‘Hilang’ arah hinggakan nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan! HILANG Dato’ Seri, HILANG!
Saya begitu terkesan pada pesan Saiyidina Ali KWJ, “Lihatlah pada generasi muda, untuk menilai masa depan ummatnya”. Saya tergamam dan jadi takut Dato’ Seri, melihatkan rakan-rakan sebaya yang hanyut. Apakah sebegini hancur dan punahnya masa depan negara tercinta ini!

PELAN TRANSFORMASI EKONOMI

Program Transformasi Ekonomi anjuran kerajaan pimpinan Dato’ Seri turut menggariskan perancangan untuk MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH HAB HIBURAN MALAM UNTUK MEMACU INDUSTRI PELANCONGAN. Di atas alasan untuk memperkasa industri pelancongan dan menarik pelancong juga kerajaan pimpinan Dato’ Seri merancang penubuhan kelab-kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan mempakejkan semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.
Kerajaan Dato’ Seri juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012 akan menyusul. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.
Maka menjelang 2014 negara kita akan memiliki sekurang-kurangnya 10 kelab malam di zon hiburan. Rancangannya adalah untuk menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudkan lebih kurang 5,000 pekerjaan baru menjelang 2020. Bagi mencapai hasrat itu, kerajaan Dato’ Seri akan merubah beberapa peraturan hiburan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan malam.
Dato’ Seri juga berhasrat melonggarkan lagi syarat-syarat untuk persembahan artis luar negara. Dan kami telahpun menyaksikan bagaimana seorang penyanyi gay membuat persembahan, memuaskan nafsu remaja-remaja muda dengan kebenaran daripada kerajaan Dato’ Seri.
Izinkan saya ulangi soalan saya Dato’ Seri, apakah Islam diletakkan sebagai neraca timbangan ketika Dato’ Seri merangka, membentang dan membahas idea ini? Ataupun Dato’ Seri punya pilihan lain yang Dato’ Seri lebih suka untuk diletakkan sebagai neraca timbangan?
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, apakah Dato’ Seri penuh sedar bahawa perancangan Dato’ Seri ini adalah perancangan ‘PEMUSNAHAN’ besar-besaran? Ini bukanlah pelan pembangunan ekonomi, ini adalah pelan ‘PEMUSNAHAN’ berskala besar yang akan menjadikan rakan-rakan seusia saya, remaja semuda saya atau lebih muda hancur musnah Akhlaknya, punah-ranah Sahsiahnya.
Iya, Dato’ Seri akan ‘menghancur’ dan ‘membunuh’ pemimpin masa depan, para cerdik pandai generasi akan datang dengan lambakan hiburan dan keseronokan melampau! Saya dan rakan-rakan bakal dihidang dengan acara memuas nafsu yang berterusan. Ini akan menatijahkan hanya satu Dato’ Seri, iaitu hilang upayanya kami untuk menduduki barisan kepimpinan negara suatu masa nanti. Atau apakah pada pandangan Dato’ Seri, yang kami akan menjadi lebih bijak dan pandai kiranya ‘menelan’ hiburan-hiburan ini?
IFF dan AURAT
Dato’ Seri, seolah-olah saya pernah mendengar Saiyidina Umar al-Khattab menegaskan, “Bahawa adalah kita, ummat yang dimuliakan Allah dengan Islam. Sesiapa yang mencari kemulian selain daripada Allah, maka akan dihina Allah”. Terasa-rasa seperti terdengar SA Umar bertitah demikian kerana ia begitu meresap masuk di hati ini.
Dato’ Seri, saya begitu kecewa dan terkesima jadinya waktu melihat Dato’ Seri dan isteri melangkah megah di Festival Fesyen Islam, Monte Carlo tempoh hari. Saya tak dapat mengawal hati untuk berteriak-teriak marah tatkala melihat gambar pakaian-pakaian yang diperaga atas nama “Kelembutan Islam” (Modesty of Islam) yang dinaungi oleh isteri Dato’ Seri dan pastinya dengan izin Dato’ Seri. Saya dan sahabat-sahabat terpinga-pinga dan tertanya-tanya apakah ini pemahaman Dato’ Seri dan isteri mengenai pemakaian di dalam Islam?
Saya dan rakan-rakan jadi jelak dan muak Dato’ Seri, maaflah. Waktu Dato’ Seri ‘bertempik’ berikrar untuk mempertahankan Islam dan Melayu, isteri Dato’ Seri tidak pernah berusaha untuk menyahut seruan suaminya sendiri. Isteri Dato’ Seri tidak pernah kelihatan menutup aurat dengan sempurna. Isteri Dato’ Seri berpeluk mesra dengan orang yang haram bersentuhan (bukan mahram) tanpa segan silu di khalayak ramai. Saya tertanya-tanya, apakah Dato’ Seri meredhai perbuatan isteri Dato’ Seri ini?

JUDI

Bukan sedikit kontroversi yang berlaku waktu Dato’ Seri mengumumkan pemberian lesen kepada syarikat-syarikat tertentu untuk mengurus perjudian sukan di Malaysia pertengahan 2010 lalu. Sukar untuk saya agak apakah harapan Dato’ Seri dengan pemberian lesen-lesen judi ini?
Apakah ini juga satu pelan meningkatkan ekonomi Malaysia? Apakah Dato’ Seri gembira dengan duit yang mencurah masuk, dalam masa yang sama kita melihat betapa hebatnya gejala buruk yang bakal timbul lewat perjudian?
Apakah Dato’ Seri meletakkan neraca BERKAT dan LA’NAT waktu mengemukakan cadangan ini? Apakah Dato’ Seri akan meredhai kiranya rakyat Malaysia memberi sesuap nasi kepada keluarga mereka dengan wang hasil judi yang mereka perolehi? Apakah budaya yang cuba dibentuk Dato’ Seri sebenarnya?
Apakah keputusan-keputusan ini ditimbang dengan neraca agama? Atau Dato’ Seri menggunakan neraca lain sebagai ganti?
KEMISKINAN dan HARGA NAIK
Dato’ Seri orang bangsawan. Keturunan bangsawan. Barangkali jika tidak jadi Perdana Menteri Malaysia pun Dato’ Seri tetap akan hidup senang-lenang mewarisi kekayaan. Menteri-menteri Dato’ Seri juga kaya raya.
Maka tidak kiralah jika hari ini minyak naik 10 sen, 20 sen, 50 sen atau RM 10 sekalipun, Dato’ Seri dan sekalian menteri tidak akan bersusah. Tidak perlu berjerih payah.
Tahukah Dato’ Seri, di celah-celah, ceruk-ceruk kampung atau kota, ada rakyat yang menderita lewat kebejatan ekonomi yang punah hasil ketirisan dan kelemahan pengurusan. Pengurusan yang tidak meletakkan Islam sebagai neraca dan Allah sebagai penilainya adalah pengurusan yang menghancur!
Dato’ Seri, saban hari saya melihat orang-orang miskin dan kesusahan. Tahukah Dato’ Seri, untuk menyekolahkan anak pun sudah membuatkan mereka terpaksa membanting tulang, berusaha keras, apatah lagi untuk menghantar mereka ke menara gading (yang PTPTN lebih menghimpit daripada membantu).
Kadang-kadang, apabila anak-anak yang bersekolah meminta wang lebih untuk buku rujukan tambahan, si ibu atau bapa terpaksa menghulur dalam titis air mata. Sudahlah hutang yuran persekolahan pun masih belum dilunas. Bukan sedikit keringat yang dicurah demi sesuap rezeki halal untuk anak-anak dan keluarga.
Kerajaan Dato’ Seri jangan terlalu bergantung kepada statistik dan kajian untuk menilai kemampuan rakyat. Selamilah sendiri penderitaan rakyat yang terseksa dan merana kerana sistem ekonomi yang menyiksa. Setiap kali harga minyak atau keperluan utama naik, meski sekadar 10 sen atau 20 sen, mengalirlah air mata rakyat yang menanggungnya.
Rakyat benar-benar tersiksa sekarang. Janji tinggal janji, janji tidak pernah dipenuhi. Janji itu dan ini sekadar untuk meraih undi. Waktu menang nanti kami rakyat sudah dilupai. Tinggal kami bermatian berusaha keras sendiri.

SUARA RAKYAT

Waktu rakyat turun ke jalanan berdemonstrasi untuk meluahkan rasa yang terbuku di hati dan berkongsi pedihnya kehidupan dengan Menteri-menteri yang berkuasa, Dato’ Seri menghantar pada kami ‘perusuh-perusuh’ yang membantai tulang lemah dan daging kurus kami. Kami dibelasah dan diinjak-injak umpama binatang korban, umpama tak punya maruah. Kami diherdik dan dicaci. Kami disimbah dengan air kimia yang saya yakin, Dato’ Seri sendiri tidak pernah rasai pedih dan peritnya.
Dan menteri-menteri Dato’ Seri tanpa rasa bersalah menggelarkan kami sebagai perusuh yang cuba menggugat keselamatan negara, beruk-beruk di jalanan yang cuba menarik perhatian.. kalaulah mereka yang menuduh melulu itu bisa memahami pedihnya hati ini.
Semuanya adalah kerana kami rakyat yang mahu berkongsi rasa dengan pimpinan negara. Sudahlah pilihanraya dijalankan dalam keadaan penuh keraguan dan ketidakadilan, ruang media yang disekat, tangan dan kaki kami rakyat diikat, maka ruang kecil untuk bersuara di jalanan inilah, ruang untuk kami menyampaikan rasa pada pemerintah dan pemimpin kami. Sekadar ruang kecil untuk kami bercerita dan berkongsi betapa peritnya kehidupan yang kami rakyat lalui.
Pernahkah Dato’ Seri pedulikan suara kami? Pernahkan selain daripada tarikh pilihanraya Dato’ Seri menjadi begitu cakna pada kami? Pernahkah waktu pandangan rakyat yang tidak menguntungkan Dato’ Seri diambil peduli? Pernahkah Dato’ Seri?
Dato’ Seri bertindak sungguh responsif setiap kali adanya himpunan-himpunan rakyat. Melalui Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Seri memastikan kami rakyat yang berhimpun tidak akan berjaya berhimpun dengan aman dan baik. Media di bawah kawalan Dato’ Seri juga menggunakan segala maklumat yang ada untuk memburuk-burukkan kami. Ulama’-ulama’ yang bernaung di bawah Dato’ Seri juga menggali hujah-hujah agama demi membuktikan tindakan kami bersuara adalah bercanggah pada sisi agama.
Dato’ Seri, saya sungguh kecewa dengan setiap tindakan ini. Bukankah perhimpunan anjuran Dato’ Seri pada setiap malam menunggu detik Kemerdekaan dan Awal Tahun Baru, ribuan malahan mungkin ratusan ribu rakyat termasuk golongan muda-mudi datang menyertai. Akhbar arus perdana jugalah yang melaporkan tangkapan demi tangkapan kerana berkhalwat, kerana dadah, kerana berkelakuan tidak sopan pada setiap kali sambutan-sambutan anjuran Dato’ Seri. Apakah pernah himpunan rakyat membantah ketidakadilan dan mahukan sedikit keadilan, pernah menjadi penyebab anak-anak muda ditangkap khalwat?
Dan pernahkah Ulama’-ulama’ muda yang bernaung di bawah Dato’ Seri itu menegur Dato’ Seri kerana program jamuan nafsu tersebut. Tetapi menegur himpunan rakyat yang bersuara sebagai Bughah (derhaka) dan menuju Maksiat!?

REFORMASI

Saya dan juga rakan-rakan adalah remaja muda yang punya sikap, punya pendirian. Kami berazam untuk mengubah keadaan ini Dato’ Seri. Kami berazam dan bertekad bahawa seluruh diri kami akan diperguna untuk memperbaiki keadaan punah ini.
Kaedah merubah itu 2 Dato’ Seri. Pertama, nasihat agar berubah. Kedua, kira gagal, UBAH sendiri. Nasihat sudah saya berikan. Pandangan sudah saya sampaikan. Rakyat lain juga begitu, isyarat sudah mereka sampaikan.
Jika sampai masanya untuk kami membuat pilihan, dan keadaan tidak lagi pulih, percayalah Dato’ Seri, kami sudah membuat pilihan sekarang untuk siapa yang layak menerima undi kami nanti.
Tidak cukup dengan itu, saya dan rakan-rakan, kami adalah remaja muda yang penuh tenaga dan kekuatan. Kami akan gerakkan massa suatu hari nanti agar pentadbiran, pengurusan, pemerintahan, kewangan dan sistem kehidupan yang meletakkan Islam, Keadilan, Kesejahteraan, Keamanan sebagai asas, akan beroleh tempat tertinggi di negara ini.
Dato’ Seri, saya tidak mengancam. Tidak pula mengugut. Saya mengingatkan. Kerana inilah tanggungjawab saya sebagai Mu’min. Bukankah sesama Mu’min itu bersaudara?
Dato’ Seri, mungkin surat ini akan sampai kepada pengetahuan Dato’ Seri, mungkin juga tidak. Kiranya ia sampai ke pengetahuan Dato’ Seri, saya dahulukan dengan permohonan maaf kerana mungkin ada kesilapan saya. Maklumlah, saya remaja muda, mungkin ada silap dan salah pada lenggok bahasanya. Saya juga berterima kasih, iyalah, orang sesibuk Dato’ Seri meluangkan masa untuk mengambil perhatian pada surat saya ini, itu adalah satu penghormatan buat remaja seperti saya.
Namun Dato’ Seri, kiranya ada pada surat ini ataupun tindakan-tindakan remaja muda seperti kami ini yang mungkin lantang menyatakan pendirian hingga mungkin Dato’ Seri terguris hati, kami tidak memohon maaf untuk itu. Kerana Dato’ Seri, INI MEMANG ADALAH PENCAK KAMI!
Sekian, terima kasih.






Read More..

bosan

tak de idea nak taip apa ...
arggghhhhh.............

idea..datang la ..pelisss pelissssssss...
aiyo yoooo... Read More..

Saturday, March 19, 2011

dua wajah popular semasa tragedi tsunami

Bik Mama..
orang ni cakap,salah jepun sebab tak baut pembangunan mesra alam dan kaitkan dgn greenhouse..kah kah kah..apa kejadahnye greenhouse tu kalau tak pandai nak cakap,jgn ar cakap..kah kah kah



mat sembab
orang ni cakap,malaysia jangan risau tak akan terkena bahan radioaktif kerana loji kat jepun yang meletup..kah kah kah..
woittt,kat USA russia eropah semua dah berjaga2..wakakaka..
kat sini nak tunggu sembab ni mampos baru nak ambil langkah berjaga2 ker?kah kah kah...








Read More..

Thursday, March 17, 2011

Salute untuk penyanyi Pop Amerika





BEYONCÉ , MARIA CAREY TO DONATE MONEY FROM GADAFFI FAMILY PARTIES – international business times

Following Nelly Furtado's initiative, singers Beyoncé and Mariah Carey said they will each return the $1 million they received for performing for Libya dictator Moammar Gaddafi's family.

According to a report by people.com Gaddafi is currently being investigated for possible war crimes, including ordering the bombing of Pan Am flight 103 in December 1988 that killed 270 people.

Carey released a statement to People saying, "I was naïve and unaware of who I was booked to perform for. I feel horrible and embarrassed to have participated in this mess. Going forward, this is a lesion for all artists to learn from. We need to be more aware and take more responsibility regardless of who book our shows. Ultimately we as artists are to be held accountable."



Rentetan dari tindakan Nelly furtado yang memulangkan balik duit hasil dari konsert yang dibayar oleh keluarga pemimpin Libya Muammar Gadaffi,kali ni Mariah Carey dan juga Beyonce ikut langkah yang sama...
apa kita fikir bila dengar berita ni?
cuba korang fikir,ada ke orang sanggup pulangkan duit berjuta2 ringgit ?hahaha...
ni la dia kesedaran insaniah yang tinggi..kita apa buat?UMNO bagi 50 ringgit,sanggup lawan Tok Guru..kah kah kah...

syabas buat ketiga2 mereka..haha..walaupun dorang muka cun giler,walaupun dorang berdada gah,walaupun dorang ni seksi tahap seksa kalau tengok,tapi langsung tak tergamak nak makan duit rakyat libya yang hari2 bermandikan darah..

kalau orang tanya aku,kenapa aku sibuk2 nak hargai diaorang bertiga,aku nak tanya balik..
ada korang akan buat mcm ni?siapa sanggup pulangkan balik berjuta2?kalau tak ada perikemanusiaan,adakah sanggup nak makan duit darah rakyat libya tu?

kah kah kah...
tapi kat malaysia lain,duit orang duit dia, duit dia,dia punya saja..
yang kaya makin kaya, yang miskin papa kedana terus..
pemimpin malaysia ada hati mcm ketiga2 org ni tak?kah kah kah..tepuk dada tanya selera..kah kah kah..

bezakan ketiga2 kat atas dengan bawah ni..mana satu korang nak?




KAH..KAH..KAH..




Read More..

Wednesday, March 16, 2011

rosmah patut minta maaf

KUALA LUMPUR, 15 Mac: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor Rosmah patut minta maaf kepada rakyat dan kerajaan Jepun kerana sikap tidak sensitivitinya dan juga kepada rakyat Malaysia kerana memalukan negara.
Demikian kata Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin sebagai respons kepada kenyataan Rosmah yang mendakwa kejadian tsunami di Jepun sebagai pengajaran kepada kerajaan Jepun yang tidak menitikberatkan faktor alam sekitar dan perubahan iklim dalam pembangunannya amat dikesali.

“Malahan, dari insiden ini menunjukkan beliau sebagai isteri Perdana Menteri tidak layak untuk mewakili suara wanita Malaysia, apatah lagi mahu mengangkat diri beliau dengan gelaran First Lady of Malaysia (FLOM),” ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, kenyataan Rosmah yang dilaporkan kepada Awani, menjadi tajuk utama berita antarabangsa CNN, dan kini menjadi pendebatan hangat di laman sosial Facebook dan twitter menunjukkan bahawa Rosmah seolah tiada naluri sensitiviti kepada kesusahan rakyat dan kerajaan Jepun yang kini sedang dalam keadaan getir menghadapi bencana yang melanda.

“Ini adalah amat memalukan dan bertentangan dengan pengakuan beliau dan kerajaan Malaysia kononnya sebagai First Lady, beliau banyak membantu dalam hubungan diplomatik dengan negara-negara lain,” katanya yang juga ahli Parlimen Ampang.

Akibat komennya yang dangkal, kata Zuraida seluruh Malaysia diketawakan dan dicemuh dunia.

Ini, tambahnya lebih teruk kerana ia berlaku selepas kontroversi kartun yang menghina sensitiviti rakyat Jepun dan seluruh dunia.

“Mewakili pimpinan PKR, ingin kami mengingatkan seluruh rakyat Malaysia bahawa peristiwa yang berlaku di Jepun adalah kuasa Allah yang telah menjadi ketentuan-Nya,” ujarnya.

Malah, tambahnya rakyat Jepun patut dipuji kerana tenang dan menerima ujian itu dengan sabar.

Menurutnya lagi, semasa Malaysia dilanda tsunami dalam tahun 2004, Jepunlah antara negara pertama yang menghulurkan bantuan.


kah kah kah..
sekali bercakap, berdegar.apa punya turrrrrrrrrrrr ntah...
kah kah kah..
patut la dibuang dari jadi canselor UNISEL..kah kah kah..
mcm orang takde ilmu je bercakap..
kah kah kah...
kita dengar apa dia merepek nak?

Read More..

Keangkuhan BN


TPM : MALAYSIA AKAN TERUSKAN CITA CITA NUKLEAR - malaysiakini

Di sebalik kebocoran radioaktif di Jepun berikutan gempa bumi kuat yang mengegarkan negara itu, Malaysia tetap dengan cita-citanya membina loji tenaga nuklear, kata timbalan perdana menteri, Muhyiddin Yassin.

Katanya agensi tempatan akan melakukan yang terbaik bagi menjamin keselamatan di dua loji tenaga yang dijadual dibina di negara ini.

"Semua negara di dunia memantau dan meneliti perkembangan di Jepun.Yang penting ialah soal keselamatan negara dan rakyat. Jadi dalam soal ini kita ada agensi yang bertanggungjawab. Mereka tahu apa yang mereka lakukan dan kita yakin mereka melaksanakan yang terbaik," katanya

berlagak dan angkuhnya tpm ni...
orang dah mula sedar tentang bahaya nuklear ni.orang ramai dah ramai bukak mata tentang kesan dari radiasi nuklear..
hoii TPM bangang,kau dapat jamin ke loji nuklear kita takkan bocor?sapa yang nak bertanggungjawab?agensi nuklear malaysia?kalau bocor,dorang yang first lari ke mongolia.hahhaha..kah kah kah..rakyat Malaysia semua nak percaya ke kalau ada kebocoran dorang akan bertanggungjawab?yang percaya geng2 umno jkkk ketua bahagian jer..wakakkaa...
dah2 lah nak bodohkan rakyat malaysia..
rakyat malaysia dah pandai bukak internet cari sumber2 lain dari kata2 yang keluar dari TPM ni..hehe..

rakyat malaysia semua,bangunlah melawan jika ada rancangan untuk pembinaan loji nuklear.
pikir2kan jugak untuk anak cucu cicit kita kemudian hari.
sumber tenaga tak akan abis..banyak yang Tuhan telah sediakan untuk hambaNya..
harga letrik akan mahal kalau kroni nak besarkan perut mereka sendiri..
bukan satu jalan penyelesaian harga letrik akan turun kalau loji nuklear diadakan kat malaysia..selagi rasuah,selagi niat nak mengkayakan kroni,selagi itu harga letrik tak kan turun2..kah kah kah...

-berfikirlah-
Read More..

Monday, March 14, 2011

Tahniah Datuk Lee Chong Wei


Tahniah tahniah dan tahniah..jutaan tahniah baut Datuk Lee Chong Wei kerana telah memenangi juara perseorangan All England semalam..
kejayaan hebat ini sama2 dapat dirasai oleh kita semua rakyat malaysia...aku pun turut gembira dengan pencapaian ini.walaupun kita semua tahu Chong Wei ni adalah pemain nom 1 dunia,tapi menang ke atas jaguh China,musuh ketatnya selama ni ,Lin Dan adalah bonus yang besar sebenarnya.
Chong Wei hanya mengambil masa 52 minit untuk membenamkan musuh ketatnya, Lin Dan dengan 21-17, 21-17 dalam perlawanan yang berlangsung di Birmingham Indoor Arena..

elok jugak menang final dgn Lin Dan ..sekurang2nya dapat menutup mulut jagoan dari negeri tembok besar tu..
bukan apa,selama ni banyak sangat lagak nya.langsung tak nak bertanding lgsung di malaysian open.tak standard la kononnya.dan mmg diakui sejarah pertemuan memihak kat Lin Dan,dan sepatutnya Lin Dan jadi pemain nom 1 dunia.Tapi ,kita semua tahu Lin Dan ni jaga standard sangat,tak banyak series yang disertainya.standard main siri2 dunia jer..berlagak..cap ayam sungguh..haha..

kita sama2 layan mata terakhir chong wei pungut untuk bergelar juara All England..
syabas buat anak cina dari penang ni..
Read More..

Hak Rakyat Berkenaan Saman Ekor



Ini adalah kenyataan dari peguam berkenaan kes saman ekor yang telah digunapakai oleh PDRM dan JPJ untuk mengutip duit dari rakyat -tanpa kita sedar yang kita mempunyai hak2 untuk menafikan perkara tersebut..
betul org tua2 cakap,kalau kita tak tahu, kita akan selalu diperbodohkan.yess kita telah diperbodohkan selama ini.
sesiapa yang membayar saman tersebut,ketahuilah anda telah rugi kerana telah membayar duit kepada kerajaan sedangkan anda ada hak yang boleh melawan kes ini.lagi elok dari duit poket melayang..

rakyat Malaysia,sudah-sudahlah diperbodohkan oleh Kerajaan.ketahui hak kita semua...



SAMAN EKOR - FAHAMI ISU SEBENAR!!

Saya ingin merujuk kepada siaran akhbar Berita Harian bertarikh 11/3/2011 yang memetik ulasan seorang Pakar Perlembagaan Profesor Dr Rohimi Shapiee. Saya amat dukacita dengan perkembangan dan ulasan tersebut yang melabelkan pihak-pihak yang tidak menggalakkan rakyat membayar saman sebagai sebagai nakal dan menggalakkan pemandu supaya terus melanggar undang-undang.

Saya ingin tegaskan pendirian kami di Jawatankuasa Kempen Anti saman Ekor (KASE) bahawa kami tidak sekali-kali bersetuju dan menggalakkan pemandu-pemandu kenderaan memandu tidak mengikut peraturan. Setiap pemandu mestilah memandu dengan berhemah kerana jalanraya bukan harta persendirian tetapi hak bersama. Kami juga tidak bersetuju dengan penguatkuasaan yang tidak mengikut peraturan sedia ada. Atas hujah dan pendirian ini, kami melancarkan Kempen Anti Saman Ekor (KASE) iaitu bertujuan memberikan penerangan tentang hak rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan, prinsip keadilan dan pematuhan peraturan serta prosedur tindakan undang-undang.

Tidak pernah pada bila-bila masa dan ketika, Kami menyatakan bahawa Saman Ekor yang dikeluarkan oleh PDRM adalah bertentangan dengan Perlembagaan dan Akta. Jika ada, saya merasakan kenyataan dan pendirian kami telah disalah tafsir. Saya ingin memperbetulkan pemahaman dan persepsi sesiapa sahaja termasuk Pakar Perlembagaan tersebut supaya sebelum membuat sebarang ulasan atau komen, FAHAMI dahulu apa isu yang dibawa dan ditimbulkan.

Saya ingin menegaskan bahawa Saman Ekor yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi hanya sekadar notis meminta maklumat pemandu daripada pemilik kenderaan yang dikeluarkan mengikut Seksyen 115 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Notis ini disebut sebagai Pol 170A. Fakta ini tidak pernah disangkal malah diakui oleh Kementerian Dalam Negeri, PDRM malah Timbalan Menteri Pengangkutan di dalam Dewan Rakyat. Saya mohon kerjasama pihak-pihak yang ingin membuat ulasan supaya lebih rajin membaca daripada membuat ulasan dan komen berasaskan lojik akal fikiran. Pernahkah pihak-pihak yang membuat ulasan ini meneliti setiap patah perkataan yang terkandung di dalam notis Pol 170A tersebut sebelum membuat komen? Baca dan fahami kandungannya dahulu kemudian nyatakan komen dan ulasan.

Mengikut Seksyen 115 (1) APJ 1987 setiap pemilik kenderaan apabila diberikan notis Pol 170A ini hendaklah memberikan maklumat pemandu yang disyaki telah melakukan kesalahan yang dinyatakan di dalam notis tersebut dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh notis diterima. Kegagalan memberikan maklumat boleh dianggap melakukan kesalahan melainkan pemilik memuaskan hati mahkamah bahawa beliau tidak tahu siapa yang memandu. Maksud memuaskan hati mahkamah tersebut ialah seseorang pemilik jika ingkar menjawab notis tersebut maka pihak berkuasa iaitu PDRM yang mengeluarkan notis ini hendaklah mengeluarkan suatu notis (Saman) di bawah Seksyen 53(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Persoalannya adakah semua prosedur ini diikuti oleh pihak berkuasa iaitu PDRM yang mengeluarkan notis ini?

Bersama Notis Pol 170A ini juga dikepilkan Notis Pol 171 iaitu menawarkan kompaun kepada pemilik kenderaan jika pemilik mengakui kesalahan dan ingin menerima tawaran kompaun, pemilik boleh menjelaskannya. Perlu diambil perhatian bahawa tawaran kompaun ini diberikan melalui Seksyen 120 (1) APJ 1987. Kompaun ini hanyalah semata-mata tawaran. Bukan suatu bentuk hukuman atau denda. Kompaun ini juga mempunyai tempoh sah laku kerana di dalam Notis Pol 171 di perenggan 4 dinyatakan begini “Tawaran ini berkuatkuasa sehingga (tarikh). Sekiranya tiada jawapan selepas tarikh ini, tindakan saman akan diambil”. Ini dengan jelas menunjukkan bahawa kompaun tersebut hanyalah suatu tawaran, dan jika pemilik atau yang disyaki melakukan kesalahan tidak menerima tawaran kompaun tersebut dan enggan membayar, maka mereka hendaklah disaman supaya hadir di Mahkamah menjawap pertuduhan ke atas mereka. Saman ini dikeluarkan mengikut Seksyen 53(1) APJ 1987 yang disebut sebelum ini.

Persoalannya, adakah prosedur ini juga diikuti oleh pihak berkuasa?

Perkembangan yang berlaku sekarang ialah pihak berkuasa iaitu Kementerian dalam Negeri melalui PDRM telah menghukum orang yang disyaki melakukan kesalahan lalu lintas sedangkan mereka tidak pernah dibuktikan melakukan kesalahan. Mereka dihukum dengan alasan tidak membayar kompaun sedangkan kompaun hanyalah tawaran. PDRM pula mengambil kesempatan di atas kurangnya pemahaman rakyat tentang undang-undang dan peraturan telah menghukum dengan meminta JPJ menyenarai hitam kenderaan bertujuan memaksa mereka membayar kompaun. INILAH TINDAKAN YANG BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN!

Kenapa ia bertentangan dengan Perlembagaan?

a) Kesalahan yang dikatakan telah dilakukan tersebut belum dibuktikan.

Rujuk kembali kepada ulasan asal di atas. Jika Pemilik kenderaan ingkar notis, sepatutnya mereka dihadapkan ke Mahkamah untuk dibuktikan mereka ingkar notis tersebut. Pelbagai persoalan akan timbul di sini. Adakah notis tersebut telah dikeluarkan? Adakah notis tersebut telah diserahkan dengan sempurna?

Notis boleh diserahkan kepada pemilik kenderaan mengikut Seksyen 118 APJ 1987 iaitu dengan pos berdaftar. Jadi pihak berkuasa perlu membuktikan terlebih dahulu notis itu telah dikeluarkan. Kemudian buktikan notis itu telah diserahkan iaitu dengan bukti pengeposan daripada pejabat pos berkaitan. Jika ada bukti tersebut barulah pemilik perlu buktikan kenapa beliau ingkar. Jika beliau telah memuaskan hati mahkamah dengan alasan-alasannya maka kemungkinan akan dilepaskan. Jika tidak dapat memuaskan hati Mahkamah, kemungkinan akan dijatuhkan hukuman kerana ingkar notis. Belum lagi soal memandu melebihi hadlaju. Adakah ini dilakukan dalam situasi sekarang ini? Jawapannya tidak kerana Timbalan Menteri Pengangkutan sendiri mengakui di Dewan Rakyat pada 8/3/2011 bahawa jika seseorang ingkar Notis Pol 170A ini maka mereka secara automatik dianggap melakukan kesalahan. Ini suatu anggapan yang salah di sisi undang-undang.

Jika pemilik atau pemandu disyaki memandu melebihi hadlaju, mereka sepatutnya disaman hadir ke Mahkamah untuk dibuktikan mereka telah melakukan kesalahan tersebut. Adakah ini dilakukan? Tidak! Mereka terus disenarai hitam kerana tidak membayar kompaun. Sepatutnya PDRM membawa mereka ini ke Mahkamah, buktikan mereka memandu melebihi hadlaju. PDRM sentiasa mengatakan mereka mempunyai bukti, jadi buktikan di Mahkamah. Bukan dengan bekerjasama dengan JPJ untuk menyenarai hitam supaya pemilik kenderaan membayar kompaun. Ini salah! Kenapa PDRM tidak membawa mereka ini ke Mahkamah untuk dibuktikan kesalahan? Mungkin PDRM tahu bahawa mereka tidak dapat membuktikan kesalahan tersebut.

Perlu diambil perhatian bahawa APJ 1987 tidak memperuntukkan sebarang penggunaan imej yang dirakam untuk diterima pakai sebagai bukti di Mahkamah. Setelah APJ 1987 dipinda pada 22/12/2010 dan mula berkuatkuasa pada 1/2/2011 barulah imej yang dirakam diterima sebagai bukti di Mahkamah. Ini disebut di dalam seksyen 117 (11) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 seperti berikut : Dalam mana-mana prosiding di mana-mana mahkamah, apa-apa imej yang dirakamkan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini hendaklah diterima sebagai keterangan, dan hendaklah menjadi bukti prima
facie bagi fakta yang dinyatakan di dalamnya.

Akan ada pula pihak yang akan mengatakan bahawa gambar boleh diterima sebagai keterangan di Mahkamah mengikut peruntukkan Akta Keterangan 1950. Betul, tetapi gambar bagaimana, bagaimana gambar diambil. Jika boleh digunakan peruntukkan Akta Keterangan 1950, kenapa kerajaan bersusah payah meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk memasukkan penggunaan gambar (imej) sebagai bukti yang boleh diterima?

Apa yang menyedihkan lagi, sudahlah gambar tidak boleh diterima sebagai bukti, para pemandu dan pemilik telah dikenakan bayaran RM10 untuk melihat dan mendapatkan salinan gambar tersebut oleh PDRM. Sudah lah tidak dibuktikan lagi mereka bersalah, mereka dikenakan bayaran untuk membuktikan mereka tidak bersalah. Sistem keadilan apa yang kita guna???

b) Seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.

Ada dua (2) isu di sini :
a) Pembuktian bersalah; dan
b) Siapa yang boleh menghukum seseorang itu bersalah.

Pembuktian salah.

Seperti yang diulas sebelum ini, adakah semua yang dituduh dan dikeluarkan Saman Ekor ini telah dibuktikan melakukan kesalahan oleh PDRM dan JPJ? Di Mahkamah mana mereka ini dibuktikan bersalah? Jika tidak pernah dibuktikan bersalah, kenapa menghukum?

Siapa yang boleh menghukum seseorang itu bersalah?

Kuasa untuk menghukum ini adalah kuasa Mahkamah. Inilah tujuannya diwujudkan tiga (3) cabang dalam kerajaan iaitu Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman. Polis tiada kuasa menghukum. JPJ tiada kuasa menghukum malah kerajaan tiada kuasa menghukum. Hanya Mahkamah sahaja mempunyai kuasa ini. Justeru tindakan menyenarai hitam pemilik kenderaan ini adalah suatu hukuman. Siapa yang menyenarai hitam? Bukan Mahkamah tetapi JPJ. Adakah JPJ telah mendapat perintah Mahkamah untuk menyenarai hitam pemilik kenderaan?

JPJ akan menyatakan mereka mempunyai kuasa di bawah Seksyen 17(1)(d) APJ 1987 untuk menghalang transaksi. Bagaimana kuasa tersebut perlu dibuat? Peruntukkannya menyebut bahawa Pengarah JPJ hendaklah berpuashati bahawa seseorang itu tidak mempunyai “perkara yang belum selesai”. Bagaimana JPJ hendak berpuashati? Mestilah membuat suatu siasatan seperti memberikan peluang membuat representasi kepada pemilik. Ini disebut di dalam Seksyen 17(2) APJ 1987. Adakah ini dibuat? Tanyalah JPJ.

Senario sekarang ini adalah hukum dahulu buktikan kesalahan kemudian. Ini jelas bertentangan dengan prinsip keadilan.

c) Menyenarai hitam bermaksud menghalang rakyat menggunakan harta.

Perkara ini diulas dengan terperinci di dalam kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor [2009] 6 CLJ 280.

Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Kuching tersebut telah memutuskan bahawa “perkara yang belum selesai” yang dimaksudkan di dalam Seksyen 17(1)(d) APJ 1987 ialah perkara yang telah dibawa ke mahkamah di mana yang dituduh tidak membela diri.

Mahkamah juga memutuskan bahawa tindakan JPJ Negeri Sarawak menyenarai hitam di bawah Seksyen 17(1)(d) APJ 1987 di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang. Malah tindakan tersebut juga dianggap bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak setiap rakyat menggunakan harta mereka.

Akhirnya Mahkamah Tinggi telah membenarkan tuntutan gantirugi terhadap JPJ kerana telah menyebabkan kerugian kepada pemohon di dalam kes itu akibat kehilangan penggunaan harta beliau iaitu kereta yang disenarai hitam.

Justeru saya ingin mengambil peluang ini untuk memperbetulkan persepsi dan pemahaman sesetengah pihak supaya apa yang diperjuangkan dan dibahaskan ini adalah isu penyalahgunaan proses keadilan. FAHAMI ISU SEBENAR! ANDA MAMPU MENGUBAHNYA!

ZULHAZMI SHARIFF
Penasihat Undang-Undang
Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE)
11/3/2011





Read More..

Luahan Hati-Kristal



korang pnh dengar lagu luahan hati dari kumpulan kristal tak?
lagu tu betul2 berhantu la sekarang..
first time aku dengar pun dah terasa aura sejukkk semacam je lagu tu..mmg best..
hari2 aku dengar pun x bosan..
dan mula2 yang aku perasan keluarkan lagu ni kat radio ialah di THR Gegar Pantai Timur.

walaupun lagu ni ciptaan apit,org singapore kalau tak silap aku,tapi bila diolah balik dengan muzik kristal, mmg mantap dan meletup la..
kalau korang tak dengar lagi,silalah dengar yer?

kat sini aku letak lagu ni dengan2 lirik sekali..layan...
Read More..

Sunday, March 13, 2011

Apa khabar Miyabi?




Hahaha..
kah kah kah...
gelak sorang2 aku sebab ada terbaca tentang orang risaukan pasal Miyabi atau femes dengan maria ozawa..dia ni adalah primadona ataupun ikon bagi filem lucah di jepun la..berdarah campuran Jepun+Kanada + Perancis..patut la cantik semacammm jer..aku tgk pun ketaq lutut..wakakaka..

tapi, dalam kekalutan dan kerisauan orang ramai terhadap tragedi yang sdg menimpa,ada jugak suara2 nakal menyatakan risau takut terjadi apa-apa dekat maria ozawa ni..ekeke..
nakal sungguh..tapi aku taw,tu semua adalah gurauan semata2.ye tak?wat apa nak risau, ultraman banyak kat sana...kah kah kah..




Read More..

Loji Nuklear di Jepun bakal meletup


bersiap sedia.ini mungkin akan berlaku.loji nuklear berkemungkinan akan meletup di Fukushima.
berita baru masuk.
jangka hayat radiasi ini berjuta tahun.
di hiroshima dan nagasaki skrg pun masih ada lagi saki baki akibat bom atom dahulu.
ramai yg lahir cacat,tidak cukup sifat,barah dan mati akibat terdedah radiasi.
radiasi ini akan merebak ke seluruh dunia.awas dan waspada lah kita semua..
harap2 perkara ini tidak akan berlaku.
sama-sama memohon doa kepada Allah SWT supaya tragedi ini tidak akan bertambah buruk.
ingat,ini bukan hanya khusus dirasai oleh rakyat jepun, tetapi seluruh dunia amnya.





Read More..

Bahaya Nuklear



hari ni aku ambil kesempatan untuk menulis sedikit tentang bahaya radiasi nuklear.kesedaran ni timbul selepas apa yang terjadi di jepun sekarang,iaitu gempa bumi di dasar laut telah mengakibatkan tsunami di wilayah Fukushima.bencana ni telah mengakibatkan loji nuklear di kawasan tersebut telah meletup dan akan mengakibatkan penyebaran radioaktif yang terlalu bahaya.
radioaktif ni bukan perkara kecil sebab ia boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.cthnya barah.sekarang kerajaan jepun telah mula mengagihkan iodin kepada penduduk sekitar.ini bermakna radioaktif nuklear tersebut telah mula menular dan tersebar di ruang udara.
pengosongan kawasan sekitar lebih 20km radius dari loji tersebut tidak boleh diambil mudah oleh kita semua..ini kerana radioaktif tu sangat ringan dan boleh tersebar ke beribu batu jauhnya jika ditiup angin..ingat jerebu yang melanda dahulu yang diakibatkan oleh kebakaran yang puncanya beribu batu dari malaysia pun boleh sampai ke sini..adakah 20Km memadai untuk kerajaan jepun mengosongkan kawasan?INI TIDAK MUNGKIN.

jadi,bahaya nuklear ini amatlah dasyat.sejarah di chernobyll dahulu jangan kita lupa.apabila beratus ribu org meninggal dan yang hidup telah menderita pelbagai penyakit akibat terdedah kepada radioaktif nuklear ini.banyak kelahiran cacat,tidak cukup sifat,mati dalam kandungan dan pelbagai lagi masalah serius akibat terdedah secara langsung dengan radiasi tersebut.Begitulah dahsyatnya risiko membabitkan insiden loji janakuasa nuklear.dan sekarang Reuters telah melaporkan kira-kira hampir 200 orang telah sah menghidapi kesan akibat radiasi tersebut.angka ini akan bertambah dan tidak akan selesai dalam masa singkat.adakah wilayah fukushima sekarang akan tiada penghuni selepas ini?cuba fikir2kan.apakah kesan terhadap ekonomi jepun nanti,dan automatik akan bagi kesan terhadap kita semua.
kita semua maklum dengan bahaya-bahaya tersebut.apakah kita akan buat tidak tahu saja jika ada pihak yang mahu buat loji nuklear di tempat kita pula?
oleh sebab itu, aku tidak bersetuju dengan pendirian dan niat kerajaan malaysia mahu mewujudkan loji nuklear.
alasan bahawa untuk mengurangkan kebergantungan terhadap arang batu dan petroleum utk sumber jankuasa amatlah tidak wajar.ini semua alasan-alasan untuk para pelabur dan kroni mencari wang.cuba lihat stadium di terengganu yang begitu mudah pembinaannya boleh runtuh dalam masa setahun.inikan pula dengan pembinaan teknologi yang begitu tinggi dan serius untuk dilaksanakan..

Masalah baru di loji nuklear jepun, 160 terdedah radiasi
Date: Saturday, March 12 @ 18:20:32 PST
Topic: Berita


TOKYO, — Loji tenaga nuklear Fu.kushima Daiichi yang semalam mengalami letupan di salah satu unitnya, kini berhadapan dengan masalah baru — satu lagi reaktor disahkan mengalami kerosakan pada sistem pendinginan kecemasan.
Lebih 140,000 orang telah dipindahkan dari kawasan sekitar loji itu manakala 160 disahkan alami kesan radiasi, lapor Reuters.Kelmarin kawasan timur laut Jepun digegarkan dengan gempa bumi pada skala 8.9 dan disusuli dengan tsunami setinggi 10 meter.



Pada sidang media diadakan di sini, Agensi Nuklear dan Keselamatan Industri Jepun berkata, ekoran masalah itu reaktor terbabit memerlukan bekalan air dengan segera bagi mengelakkan implikasi lebih buruk.

Sementara itu, Agensi Tenaga Nuklear Antarabangsa (IAEA) dalam satu kenyataan dikeluarkan di Vienna berkata, kira-kira 140,000 orang telah dipindahkan dari kawasan sekitar loji tenaga nuklear setakat semalam.

“Kerja-kerja membawa keluar penduduk dari kawasan terbabit telah dimulakan,” kata IAEA semalam.

“Kerja-kerja pemindahan (orang ramai) belum selesai lagi,” katanya.



Seramai 110,000 orang dipindah keluar dari kawasan lingkungan 20 kilometer sekitar loji *****ushima Daiichi manakala 30,000 lagi membabitkan mereka yang tinggal dalam kawasan lingkungan 30,000 kilometer.


Satu lagi laporan Reuters pula menyebut hampir 160 orang dikenal pasti telah mengalami kesan radiasi ekoran masalah pada loji tenaga nuklear tersebut.

Semalam, kerajaan Jepun mengesahkan satu letupan di loji tenaga nuklear *****ushima Daini ekoran gempa bumi dan tsunami paling buruk dalam sejarah 140 tahun negara itu.

Ketua Setiausaha Kabinet Jepun Yukio Edano mengesahkan satu letupan dan kebocoran radiasi di loji tersebut semalam.

“Kami sedang melihat punca dan situasi dan kami akan memaklumkan kepada orang ramai apabila kami ada maklumat lanjut,” katanya semalam.

Dalam pada itu, Tokyo Electric Power Co (Tepco) memulakan kerja-kerja mengeluarkan stim radioaktif daripada reaktor kedua, bermula pukul 7.30 pagi tadi (waktu Jepun).

Seorang pegawai dari badan pemantau keselmatan nuklear berkata pihaknya menerima laporan daripada pengeluar tenaga terbesar itu bahawa reaktor unit ketiga telah mengalami kerosakan sepenuhnya.

Jurucakap Tepco berkata jumlah radiasi yang akan dikeluarkan adalah kecil dan bukannya kadar yang boleh menjejaskan kesihatan orang ramai. — Reuters





Read More..

Friday, March 11, 2011

Cara Mudah Meningkatkan Traffik ke Blog Anda

Fuhh sebenarnya aku sekadar meluangkan masa je ..relese tensen la katakan,..tengah2 musim final exam ni, ,apalah salahnya meluangkan masa skjp utk menulis di blog..
tapi sbb2 yang boleh aku menulis ni,bkn apa.terjumpa satu artikel tentang untuk menigkatkan traffik ke blog anda..hehe..xtaw ka betul ke tidak..
aku cuma buang masa jer ..tak salah nak cuba gak..hahaha..

Kita tengok cara-cara menaikkan traffic blog ...:
1.Tulis posting artikel mcm posting ni. Atau copy-paste artikel ni and kemudian buat tajuk yang menarik supaya org terjah blog kita.
2.Pastu letakkan URL LINK yang mcm kat bawah ni jer untuk artikel yang di tulis dlm blog/web korang. cuba jelah...tak rugipun........hahaha

1.donwload mp3 percuma

2.blog budak nakal
3.Cara hidup baru abad 21
4.Bila Aku Menulis Blog
5.~Apekpunyablog~
6.My Big Family and Friends
7.ABCMILO
8.matdin
9.misdalila
10.adahcomel
11.diba pening
12.tiru mcm Ah Moy
13.nur iman hani
14.akupenghiburmuda
15.Langkah Mula

Peraturannya

1. Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1.
Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1,
yang No.3 jadi No.2,
yang No.4 jadi No.3
dan seterusnya.
Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).

2. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu.Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:

Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625

SELAMAT MENCUBA!!!!




Read More..