Sunday, March 13, 2011

Bahaya Nuklear



hari ni aku ambil kesempatan untuk menulis sedikit tentang bahaya radiasi nuklear.kesedaran ni timbul selepas apa yang terjadi di jepun sekarang,iaitu gempa bumi di dasar laut telah mengakibatkan tsunami di wilayah Fukushima.bencana ni telah mengakibatkan loji nuklear di kawasan tersebut telah meletup dan akan mengakibatkan penyebaran radioaktif yang terlalu bahaya.
radioaktif ni bukan perkara kecil sebab ia boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.cthnya barah.sekarang kerajaan jepun telah mula mengagihkan iodin kepada penduduk sekitar.ini bermakna radioaktif nuklear tersebut telah mula menular dan tersebar di ruang udara.
pengosongan kawasan sekitar lebih 20km radius dari loji tersebut tidak boleh diambil mudah oleh kita semua..ini kerana radioaktif tu sangat ringan dan boleh tersebar ke beribu batu jauhnya jika ditiup angin..ingat jerebu yang melanda dahulu yang diakibatkan oleh kebakaran yang puncanya beribu batu dari malaysia pun boleh sampai ke sini..adakah 20Km memadai untuk kerajaan jepun mengosongkan kawasan?INI TIDAK MUNGKIN.

jadi,bahaya nuklear ini amatlah dasyat.sejarah di chernobyll dahulu jangan kita lupa.apabila beratus ribu org meninggal dan yang hidup telah menderita pelbagai penyakit akibat terdedah kepada radioaktif nuklear ini.banyak kelahiran cacat,tidak cukup sifat,mati dalam kandungan dan pelbagai lagi masalah serius akibat terdedah secara langsung dengan radiasi tersebut.Begitulah dahsyatnya risiko membabitkan insiden loji janakuasa nuklear.dan sekarang Reuters telah melaporkan kira-kira hampir 200 orang telah sah menghidapi kesan akibat radiasi tersebut.angka ini akan bertambah dan tidak akan selesai dalam masa singkat.adakah wilayah fukushima sekarang akan tiada penghuni selepas ini?cuba fikir2kan.apakah kesan terhadap ekonomi jepun nanti,dan automatik akan bagi kesan terhadap kita semua.
kita semua maklum dengan bahaya-bahaya tersebut.apakah kita akan buat tidak tahu saja jika ada pihak yang mahu buat loji nuklear di tempat kita pula?
oleh sebab itu, aku tidak bersetuju dengan pendirian dan niat kerajaan malaysia mahu mewujudkan loji nuklear.
alasan bahawa untuk mengurangkan kebergantungan terhadap arang batu dan petroleum utk sumber jankuasa amatlah tidak wajar.ini semua alasan-alasan untuk para pelabur dan kroni mencari wang.cuba lihat stadium di terengganu yang begitu mudah pembinaannya boleh runtuh dalam masa setahun.inikan pula dengan pembinaan teknologi yang begitu tinggi dan serius untuk dilaksanakan..

Masalah baru di loji nuklear jepun, 160 terdedah radiasi
Date: Saturday, March 12 @ 18:20:32 PST
Topic: Berita


TOKYO, — Loji tenaga nuklear Fu.kushima Daiichi yang semalam mengalami letupan di salah satu unitnya, kini berhadapan dengan masalah baru — satu lagi reaktor disahkan mengalami kerosakan pada sistem pendinginan kecemasan.
Lebih 140,000 orang telah dipindahkan dari kawasan sekitar loji itu manakala 160 disahkan alami kesan radiasi, lapor Reuters.Kelmarin kawasan timur laut Jepun digegarkan dengan gempa bumi pada skala 8.9 dan disusuli dengan tsunami setinggi 10 meter.



Pada sidang media diadakan di sini, Agensi Nuklear dan Keselamatan Industri Jepun berkata, ekoran masalah itu reaktor terbabit memerlukan bekalan air dengan segera bagi mengelakkan implikasi lebih buruk.

Sementara itu, Agensi Tenaga Nuklear Antarabangsa (IAEA) dalam satu kenyataan dikeluarkan di Vienna berkata, kira-kira 140,000 orang telah dipindahkan dari kawasan sekitar loji tenaga nuklear setakat semalam.

“Kerja-kerja membawa keluar penduduk dari kawasan terbabit telah dimulakan,” kata IAEA semalam.

“Kerja-kerja pemindahan (orang ramai) belum selesai lagi,” katanya.



Seramai 110,000 orang dipindah keluar dari kawasan lingkungan 20 kilometer sekitar loji *****ushima Daiichi manakala 30,000 lagi membabitkan mereka yang tinggal dalam kawasan lingkungan 30,000 kilometer.


Satu lagi laporan Reuters pula menyebut hampir 160 orang dikenal pasti telah mengalami kesan radiasi ekoran masalah pada loji tenaga nuklear tersebut.

Semalam, kerajaan Jepun mengesahkan satu letupan di loji tenaga nuklear *****ushima Daini ekoran gempa bumi dan tsunami paling buruk dalam sejarah 140 tahun negara itu.

Ketua Setiausaha Kabinet Jepun Yukio Edano mengesahkan satu letupan dan kebocoran radiasi di loji tersebut semalam.

“Kami sedang melihat punca dan situasi dan kami akan memaklumkan kepada orang ramai apabila kami ada maklumat lanjut,” katanya semalam.

Dalam pada itu, Tokyo Electric Power Co (Tepco) memulakan kerja-kerja mengeluarkan stim radioaktif daripada reaktor kedua, bermula pukul 7.30 pagi tadi (waktu Jepun).

Seorang pegawai dari badan pemantau keselmatan nuklear berkata pihaknya menerima laporan daripada pengeluar tenaga terbesar itu bahawa reaktor unit ketiga telah mengalami kerosakan sepenuhnya.

Jurucakap Tepco berkata jumlah radiasi yang akan dikeluarkan adalah kecil dan bukannya kadar yang boleh menjejaskan kesihatan orang ramai. — Reuters





2 comments:

si para para said...

salam tuan rumah.
mintak izin tepek link entri ni kat entri saya


"bahaya"


trma kasih.
:)

schuk said...

ok jer..tepek la nk tepek..x kisah...