Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya

salam aidilfitri buat teman-teman semua..
dikesempatan ni, aku nak minta ampun maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki, andai ada tersalah kata, tersilap bicara dan terkasar bahasa harap diampunkan dosa dan silap.
huhu..


jomm kita pergi beraya..jangan hanya duduk kat umah jer melepekkk tengok tv..
tapi klu takde rancangan nak ke mana2 apa kata korang buat benda pekdah sikit.contohnya pergi sapu sampah umah jiran yg balik beraya tu ker..ada jugak manfaat.dapat pahala..ye tak?haha..

juadah apa ek korang suka time2 raya mcm ni?
cuba citer sikit..
bagi aku, time2 raya mcm ni aku lebih suke mkn nasi dagang yang ibu aku sendiri buat..tiada tandingan..tak jumpa lg sesedap beliau masak..hehe..kalu korang nak rasa dtg ar ek umah aku..tak taw?haha..nak 1000 daya...


anta juadah dan masakan popular bg aku time2 raya ni adalah lemang,ketupat,lontong dan dimakan dengan rendang, tak tak ketinggalan , dodol..hahhaa..kadang2 makanan mcm ni, kita takkan pandang hari lain.tak teringin pun.tapi disebabkan hari raya lebih meriah dan seronok bila disambut dengan suasana kampung, jadi makanan yg berasal dari kampung lah menjadi pilihan utama..





fuhh..selesai makan, apa kata korang mintak duit raya dengan tuan rumah tu.tak kira la tuan umah tu adalah mak korang ke bapak korang ker, kakak korang ke, mahupun tokei korang..
apa lagi...tebalkan muka,gosok2 sikit tgn tu,mintak dgn cara paling lemah lembut..hahaa..
dari aku, nah utk korang


hehe..ok la..selamat hari raya sekali lagi aku ucapkan..semoga dapat keberkatan di hari kemenangan kita umat islam ini...
assalamu'alaikum...

Read More..

Tuesday, August 23, 2011

kuih muih melayu tradisional terhebat

inilah dia kuih muih kebanggaan kita org melayu khususnya kat malaysia ni..
memang pelik2 dan unik semuanya.hahaa..sedap oo buat santapan ketika berbuka puasa..


Kuih paling gangster= Lompat Tikam


Kuih paling sexy= Puteri Mandi



Kuih paling keji= Taik Itik



Kuih bajet cute= Cek Mek Molek



Kuih untuk awet muda= Seri Muka



Kuih paling alim= Kuih Ketayap



Kuih penyakit lelaki kronik= Batang Buruk



Kuih suka menampar = Kuih Lompang


Kuih dalam zoo= Badak Berendam


Kuih untuk Sam Pengadil= Kuih Sampreeeeettttt


Kuih yg bangun sendiri= Kuih Bangkit


Kuih org tak mandi= Kuih Bau-lu


Kuih paling tenteram= Kuih Makmur


Kuih paling lembap= Kuih Siput



Kuih paling sedap= kuih free

Read More..

Friday, August 19, 2011

tarikh berbeza raya di malaysia?



info ni aku dapat dari blog isuhangat...

perkara ini berkenaan dengan tarikh hari raya kita di malaysia..berkemungkinan penduduk di semenanjung akan menyambut awal sehari berbanding dengan yang di sabah dan sarawak..
kebiasaan benda ini selalu terjadi tiap2 tahun..
kadang2 indonesia akan lewat sehari dari kita dan arab saudi awal sehari..perkara yang tidak mustahil kerana kita puasa ataupun raya mengikut takrifan falak..ahli2 falak yang lebih tahu tentang perkara ini..dorang rujuk anak bulan dalam masa sama, rujuk takwim juga..
perkara ini perlu diberi perhatian oleh pihak berwajib dalam menentukan tarikh raya ini..adakah nak buat ikut sama tarikh, ataupun umum tarikh berpandukan anak bulan...
layan captured dari slide power point di bawah..























Read More..

Thursday, August 18, 2011

selamat hari raya



SELAMAT HARI RAYA.....
terlalu awal ke aku ucapkan slmt hari raya ni?haha..
sedar tak sedar dah lebih separuh ramadhan kita dah lalui utk tahun ni kan?..
macam mana la agaknye dgn ibadah yang dah kita buat..diterima ke tak ke..risau jugak..
sedar tak sedar jugak, dah hampir utk kita menyambut syawal..raya ler tuu..muahhahaa..
klu kita tgk tiap2 hari skrg,dah ramai org kita sibuk beresak2 utk membeli brg2 persiapan raya..tak kira la kuih muih ke, pakaian ke, langsir baru ker,sampai lah mencari bunga api.yang golongan mak2 sibuk duk tawar harga kain,harga kuih muih..si bapak plak sibuk cara ke hal kereta , nak servis lah itu lah ini lah.budak2?muahaha.main bunga api je la kejenya.
sapa yang leh miss main mercun sbnrnya ni?takde nya..
org tua pun suke.lagipun bunga api dan mercun ni,benda yg tak pnh aku miss main tiap2 tahun..



syok woo..teringat zaman kecik2 main bunga api..sape yg tak pnh main bunga api?mmg tak syok ar hidup korang..takde thrill raya ar mcm tu..muahahaa..
tahun ni, aku dah order berkotak2 bunga api..dtg dari siam lg tuu..tunggu amik je ..
sape yang nak?order sendiri..aku taknak tanggung kot2 kaki tgn korang injured..
klu injured xper lagi.kena yg putus 3,putus 8..putus semua..sape mau jawab?
dah2..budak2 jgn main bunga api/mercun tanpa pngawasan org tua...

haa,ada satu perkara wajib yang kita semua jgn lupa..
Zakat Fitrah..haha..aku yakin, org kita semua dah tahu benda ni adalah wajib..
waktu paling afdal bayar zakat adalah masa hari raya pertama,sebelum smbyg raya..tp, jgn la tunggu waktu tu baru menggelupur cari akhil utk kutip zakat..baik korang bayar awal2 la..tak salah,malah sunat bayar awal..
tapi, klu terlepas jugak,nak wat mcm mana kan?jatuh pahala sedekah je la klu bayar after smyg raya..yang aku pelik, org yg tak pnh bayar zakat.aku rasa, golongan mcm ni elok takyah jd orang lah..lebih baik jadi mcm lembu kambing..wakaka..

” Sesungguhnya Rasullullah SAW mewajibkan zakat fitrah daripada muslim, baik hamba atau merdeka, lelaki atau perempuan, iaitu sebanyak segantang kurma atau gandum ” ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim ).

” Ketika Rasullullah SAW berada bersama kami, kami mengeluarkan zakat fitrah untuk setiap anak kecil, orang dewasa, merdeka atau hamba sebanyak segantang makanan samada berupa keju, kurma, gandum atau anggur kering.


pada yang lupa dan alasan tak tau berapa kadar zakat fitrah utk negeri2 korang, nah, aku sediakan harga ni..
Berikut adalah kadar Zakat bagi negeri-negeri seluruh Malaysia untuk 2011:-

* Kadar Zakat Fitrah Negeri Kelantan : RM7
* Kadar Zakat Fitrah Negeri Trengganu : RM8/RM7/RM5
* Kadar Zakat Fitrah Negeri Pahang : RM7
* Kadar Zakat Fitrah Negeri Johor : RM7.50/RM5
* Kadar Zakat Fitrah Negeri Melaka : RM6.50
* Kadar Zakat Fitrah Negeri Negeri Sembilan : RM6.50
* Kadar Zakat Fitrah Negeri Selangor : RM7
* Kadar Zakat Fitrah Negeri Perak : RM7
* Kadar Zakat Fitrah Negeri Kedah : RM7
* Kadar Zakat Fitrah Negeri Pulau Pinang : RM7
* Kadar Zakat Fitrah Negeri Perlis : RM6
* Kadar Zakat Fitrah Negeri Sabah : RM7
* Kadar Zakat Fitrah Negeri Sarawak : RM6.20
* Kadar Zakat Fitrah Kuala Lumpur : RM7
* Kadar Zakat Fitrah Putrajaya : RM7

harga pun lebih kurang je semua negeri cuma pengurangan ada 50sen, lebih 50sen jer..
harga ni korang pun taw kan..harga bagi segantang beras kat negara kita skrg..knp beras??sbb ni la makanan ruji kita kat negara ni..klu korang duduk kat negara arab, makanan ruji adalah gandum,maka korang bayar la harga segantang gandum..mudah jer..haha..

so, kepada yang mencari rezeki dan menetap di kl,dan nak balik bayar zakat kat melaka sbb murah sedikit dari kl, lebih elok jgn buat perangai mcm tu.lebih afdal kita bayar zakat, wang yg keluar dari poket kita kat tempat / negeri kita mencari rezeki..lebih afdal.saja utk ingatan bersama2..hehe..
dah lepas bayar zakat, baru syokk nak berbelanja sakan utk raya pun..
sekurang2nya dah jalankan tanggungjawab kita sbg umat islam..rukun islam nom4 tu bro..

ok lah..selamat menunaikan ibadah puasa,semoga selamat semuanya,dah jgn lupa bersyukur pada Illahi kerana kita dapat melalui 1 kali lagi ramadhan..jgn sia2kan peluang ini..
assalamu'alaikum....

Read More..

Thursday, August 11, 2011

Beza Malaysia dgn negara lain.Jahanam negara aku mcm ni.

Sumber:tukartiub.blogspot


INI PEMBAWA MALAPETAKA






PENDATANG HARAM MENCEROBOH WASPADA

pendatang haram masuk secara haram ke korea utara
pendatang haram akan ditangkap dan 12 tahun penjara kerja berat

pendatang haram masuk secara haram ke iran
pendatang haram ini dicap pengintip untuk isreal dan dibunuh

pendatang haram masuk ke afghanistan
akan di tembak mati

pendatang haram masuk ke saudi arabia
akan dipenjara seumur hidup

pendatang haram masuk ke negara china
selamat tinggal dunia

pendatang haram masuk ke venezuela
akan dituduh ajen amerika dan jamin masuk penjara

pendatang haram masuk ke cuba
akan di masukkan ke dalam penjara sampai tua

pendatang haram masuk ke britain
pendatang haram ditangkap, dibicara dan di hantar pulang

pendatang haram dari indonesia mencuri masuk ke malaysia
pendatang haram dari bangla mencuri masuk ke malaysia
pendatang haram dari burma mencuri masuk ke malaysia

mereka akan dapat:

- dapat jadi penduduk tetap
- dapat lesen memandu
- dapat kerja
- dapat jadi bumiputera
- dapat hospital percuma
- dapat belajar percum
- dapat menjadi warga negara

DAN

dapat mengundi





Read More..

Tuesday, August 9, 2011

Lagu Negaraku diciplak dari lagu Terang Bulan-Indonesia?

adakah betul lagu Negaraku kita diciplak dari lagu rakyat Indonesia , Terang Bulan?
klu betul knp pencipta lagu negaraku kita ni mengaku dia yang karang lagu tu?
lagu kita sendiri pun takde identiti diri bangsa kita?
buat malu betul laa..
bukan nak kondem,tapi rasa terhina jugak sbb lagu negaraku ni lagu rakyat org lain..kita amik kita curi,dan dinyanyikan oleh kita semua..

mungkin 'komposer' lagu negaraku ini dulu dia ingat org tak akan tahu kot dari mana dia curi..hehe..ye la kan..dlu zaman 50an..tak terpikkir kat dia yang teknologi boleh sampai ke tahap sekarang..
xper la..korang tgk la berita bawah ni..nilai sendiri..kalau betul berita ni, aku segan..tp klu salah, kita rakyat malaysia bangun lawan , tentang , dan dapatkan hak kita balik..itu jer...salam....





Read More..

surat kerajaan kelantan kepada PM berhubung isu pembelian beras

Surat ini diutus kepada YAB Datuk Seri Perdana Menteri pada 1 Ramadhan.

Pertama, untuk mengucapkan salam Ramadhan kepada YAB Datuk Seri. Di samping itu, saya doakan juga dengan berkat Ramadhan, YAB Datuk Seri segera sembuh.

Kedua, untuk mencadangkan program pengurangan kos hidup yang melambung sekarang bagi membantu meringankan keperitan rakyat jelata. Ramadhan antara lain mendidik keprihatinan jiwa Mukmin terhadap anggota masyarakat yang lemah, terkesan dengan beban hidup dalam menyara kehidupan diri dan keluarga.

Melalui berlapar, kita merasai kesukaran rakyat yang miskin dan memerlukan. Kita menghayati keperitan mereka dan mendesak jiwa dan minda kita memikirkan seribu satu cara untuk berkongsi penderitaan mereka.

Salah satu isu yang menghimpit rakyat sekarang adalah kenaikan kos barang-barang keperluan seharian, seperti YAB Datuk Seri sendiri mengakuinya dengan cadangan langkah memerangi kos kehidupan sebagai satu lagi bidang keberhasilan utama negara seperti yang diumumkan oleh YAB sehari dua yang lalu.

YAB Datuk Seri,

Pada pandangan saya, Kerajaan Pusat mempunyai kuasa dan cara yang boleh menurunkan harga barang keperluan dengan segera, terutama beras, gula, tepung dan susu.

Salah satu penyumbang bagi tingginya harga barang-barang ini ialah dasar yang salah yang dilaksanakan oleh Kerajaan YAB Datuk Seri sendiri iaitu menentukan import kepada monopoli agensi atau syarikat tertentu.

Tanpa monopoli ini, harga barang keperluan dapat diturunkan serta merta.

YAB Datuk Seri,

Sebagai membuktikan dakwaan saya, YAB Datuk Seri boleh menyemak perbandingan harga dunia dan harga yang dikenakan kepada pengguna Malaysia. Sebagai contoh, harga beras gred berkualiti, purata adalah USD 650 semetrik tan. Bermakna harganya adalah RM 20 setiap sepuluh kilogram. Bandingkan berapa harga yang dikenakan kepada pengguna sekarang?

Bagi mengukuhkan pandangan saya bahawa harga barangan ini boleh dikurangkan melalui permit import yang tidak ekslusif kepada hanya satu syarikat seperti Bernas, izinkan Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri, mengimport 500,000 metrik tan beras berkualiti premium untuk jualan Negeri Pakatan Rakyat sebagai langkah permulaan.

Seperti dalam makluman YAB Datuk Seri, penggunaan beras Negara adalah berjumlah 2 juta metrik tan dan apa yang kami pohon tidak menjejaskan pengguna negeri lain.

Insya’allah ia akan membantu empat perkara;

a. Harga yang lebih murah
b. Kualiti premium
c. Sekuriti bekalan makanan untuk keperluan Negara
d. Tidak membebankan kewangan kerajaan kerana ia tidak memerlukan subsidi.

Kami Insya’allah berkeupayaan melakukannya dalam tempoh dua minggu dari tarikh keizinan diberikan dan jika keizinan ini boleh disegerakan oleh YAB Datuk Seri, pengguna boleh menempuh Ramadhan ini dengan kos hidup yang lebih rendah.

Buat permulaan, Insya’Allah kami boleh mulakan dengan beras, gandum, susu dan gula.

Mengikuti surat ini nanti ialah surat-surat dan tindakan rasmi yang lain, termasuk dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bagi menjadikan semangat Ramadhan membantu mereka yang berkesempitan suatu realiti.

Sekian, terima kasih.

Dato Hj Husam Musa
-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
-Naib Presiden PAS

Read More..

Monday, August 1, 2011

Jadual Berbuka dan Imsak bagi Negeri-negeri seluruh Malaysia




selamat menunaikan ibadah puasa dan semoga amalan yang kita jalani akan diterima oleh Allah SWT...

download jadual berbuka dan imsak 1432H/2011

Read More..