Thursday, August 18, 2011

selamat hari raya



SELAMAT HARI RAYA.....
terlalu awal ke aku ucapkan slmt hari raya ni?haha..
sedar tak sedar dah lebih separuh ramadhan kita dah lalui utk tahun ni kan?..
macam mana la agaknye dgn ibadah yang dah kita buat..diterima ke tak ke..risau jugak..
sedar tak sedar jugak, dah hampir utk kita menyambut syawal..raya ler tuu..muahhahaa..
klu kita tgk tiap2 hari skrg,dah ramai org kita sibuk beresak2 utk membeli brg2 persiapan raya..tak kira la kuih muih ke, pakaian ke, langsir baru ker,sampai lah mencari bunga api.yang golongan mak2 sibuk duk tawar harga kain,harga kuih muih..si bapak plak sibuk cara ke hal kereta , nak servis lah itu lah ini lah.budak2?muahaha.main bunga api je la kejenya.
sapa yang leh miss main mercun sbnrnya ni?takde nya..
org tua pun suke.lagipun bunga api dan mercun ni,benda yg tak pnh aku miss main tiap2 tahun..



syok woo..teringat zaman kecik2 main bunga api..sape yg tak pnh main bunga api?mmg tak syok ar hidup korang..takde thrill raya ar mcm tu..muahahaa..
tahun ni, aku dah order berkotak2 bunga api..dtg dari siam lg tuu..tunggu amik je ..
sape yang nak?order sendiri..aku taknak tanggung kot2 kaki tgn korang injured..
klu injured xper lagi.kena yg putus 3,putus 8..putus semua..sape mau jawab?
dah2..budak2 jgn main bunga api/mercun tanpa pngawasan org tua...

haa,ada satu perkara wajib yang kita semua jgn lupa..
Zakat Fitrah..haha..aku yakin, org kita semua dah tahu benda ni adalah wajib..
waktu paling afdal bayar zakat adalah masa hari raya pertama,sebelum smbyg raya..tp, jgn la tunggu waktu tu baru menggelupur cari akhil utk kutip zakat..baik korang bayar awal2 la..tak salah,malah sunat bayar awal..
tapi, klu terlepas jugak,nak wat mcm mana kan?jatuh pahala sedekah je la klu bayar after smyg raya..yang aku pelik, org yg tak pnh bayar zakat.aku rasa, golongan mcm ni elok takyah jd orang lah..lebih baik jadi mcm lembu kambing..wakaka..

” Sesungguhnya Rasullullah SAW mewajibkan zakat fitrah daripada muslim, baik hamba atau merdeka, lelaki atau perempuan, iaitu sebanyak segantang kurma atau gandum ” ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim ).

” Ketika Rasullullah SAW berada bersama kami, kami mengeluarkan zakat fitrah untuk setiap anak kecil, orang dewasa, merdeka atau hamba sebanyak segantang makanan samada berupa keju, kurma, gandum atau anggur kering.


pada yang lupa dan alasan tak tau berapa kadar zakat fitrah utk negeri2 korang, nah, aku sediakan harga ni..
Berikut adalah kadar Zakat bagi negeri-negeri seluruh Malaysia untuk 2011:-

* Kadar Zakat Fitrah Negeri Kelantan : RM7
* Kadar Zakat Fitrah Negeri Trengganu : RM8/RM7/RM5
* Kadar Zakat Fitrah Negeri Pahang : RM7
* Kadar Zakat Fitrah Negeri Johor : RM7.50/RM5
* Kadar Zakat Fitrah Negeri Melaka : RM6.50
* Kadar Zakat Fitrah Negeri Negeri Sembilan : RM6.50
* Kadar Zakat Fitrah Negeri Selangor : RM7
* Kadar Zakat Fitrah Negeri Perak : RM7
* Kadar Zakat Fitrah Negeri Kedah : RM7
* Kadar Zakat Fitrah Negeri Pulau Pinang : RM7
* Kadar Zakat Fitrah Negeri Perlis : RM6
* Kadar Zakat Fitrah Negeri Sabah : RM7
* Kadar Zakat Fitrah Negeri Sarawak : RM6.20
* Kadar Zakat Fitrah Kuala Lumpur : RM7
* Kadar Zakat Fitrah Putrajaya : RM7

harga pun lebih kurang je semua negeri cuma pengurangan ada 50sen, lebih 50sen jer..
harga ni korang pun taw kan..harga bagi segantang beras kat negara kita skrg..knp beras??sbb ni la makanan ruji kita kat negara ni..klu korang duduk kat negara arab, makanan ruji adalah gandum,maka korang bayar la harga segantang gandum..mudah jer..haha..

so, kepada yang mencari rezeki dan menetap di kl,dan nak balik bayar zakat kat melaka sbb murah sedikit dari kl, lebih elok jgn buat perangai mcm tu.lebih afdal kita bayar zakat, wang yg keluar dari poket kita kat tempat / negeri kita mencari rezeki..lebih afdal.saja utk ingatan bersama2..hehe..
dah lepas bayar zakat, baru syokk nak berbelanja sakan utk raya pun..
sekurang2nya dah jalankan tanggungjawab kita sbg umat islam..rukun islam nom4 tu bro..

ok lah..selamat menunaikan ibadah puasa,semoga selamat semuanya,dah jgn lupa bersyukur pada Illahi kerana kita dapat melalui 1 kali lagi ramadhan..jgn sia2kan peluang ini..
assalamu'alaikum....

No comments: