Thursday, September 8, 2011

Mat Indera seorang pahlawan dan pejuang-sejarah

sumber:isuhangat

Nama Mat Indera, salah seorang pemimpin kanan Parti Komunis Malaysia tiba-tiba menjadi hangat selepas Timbalan Presiden PAS, Ahmad Sabu menongkah sejarah dengan mengatakan Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan dan wira yang harus dikenang.

“Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.

“Jins Shamsudin (Tan Sri) buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung”. – Mat Sabu, Timbalan Presiden Pas / 21 ogos 2011.

Kenyataan Ahmad Sabu ini dibantah oleh Barisan Nasional dan Karpal Singh sendiri dan banyak laporan polis dibuat kepada kenyataan ini.

Ini kerana Mat Indera adalah ketua operasi komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong. Saya terlupa samada watak Mat Indera ini ada dalam filem Bukit kepong Arahan Tan Sri Jins Shamsudin. Siapa sebenarnya Mat Indera? Artikel ini dikutip dari forum detikdaily yang diambil dari arkib artikel Berita Harian pada 13/12/2010.




Nama penuh: Ahmad bin Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi Panglima Kanan Sultan Sharif di Siak. Memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain.
Seorang hafiz al-Quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji. Berguru kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat DYMM Sultan Ibrahim. Dilahirkan pada 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat. menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru agama di Parit Setongkat, Muar.

Melibatkan diri dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahahair daripada penjajahan Inggeris. Beliau menjadi ahli sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin Dr Burhanuddin al-Helmydan Ishak Haji Mohammad;Mat Indera juga aktif didalam pergerakkan yang dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API).Mat Indera telah memilih untuk masuk ke hutan dan meneruskan perjuangan secara gerila pada bulan Jun 1948, mungkin terpengaruh dengan perjuangan Revolusi Indonesia menentang Belanda. Beliau bergerak di daerah Muar, sekitar kawasan Lenga, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan Poris.Memandangkan gerakan gerila yang sudah sedia aktif bergerak di dalam hutan ialah kumpulan orang-orang Cina dikenali sebagai Bintang Tiga, maka Mat Indera tidak punya pilihan melainkan perlu membina hubungan dengan mereka sebagai pelindung walaupun hakikatnya matlamat perjuangan berbeza; atas dasar inilah Mat Indera dilabel sebagai komunis yang ganas, berbahaya dan tidak beragama. Mat Indera menjadi ketua gerila PKM Melayu bagi Daerah Muar, Batu Pahat dan Melaka.
Mat Indera menempa nama sebagai pejuang gerila yang paling dikehendaki apabila dikaitkan dengan peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong. Sebaliknya menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama Abu Bakar yang terselamat dalam serangan, Mat Indera tidak terlibat menembak atau menyerang anggota Polis, malah sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis di Rumah Pasong Bukit Kepong.


Mat Indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggot polis yang berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baru Cina, sebaliknya gerila-gerila Cina di bawah arahan beliau telah membuat pakatan rahsia dan mengingkari perintah lalu membakar dan membunuh polis.

Tragedi Bukit Kepong dijadikan alasan oleh Inggeris untuk mengukuhkan dakwaan keganasan dan kekejaman Mat Indera. Inggeris menetapkan reward $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. Mat Indera dikatakan mempunyai ilmu ghaib dan telah beberapa kali terlepas daripada tangkapan.

Namun salah seorang pengikutnya bergelar Mat Tukyo telah ditangkap Inggeris dan dipujuk untuk membelot bagi menangkap Mat Indera. Mat Tukyo berunding dengan 2 orang kawannya yang lain yang dikenali sebagai Beladang dan Misban. Mereka bersetuju untuk bekerjasama dengan Inggeris setelah permintaan mereka untuk diberi ganjaran sekeping tanah untuk tapak rumah dan kebun diterima oleh Inggeris.

Pada malam 14 oktober 1952, Mat Indera dijemput ke sebuah perjumpaan di kampung Seri Medan dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung, yang boleh menyebabkan rasa mengantuk dan mabuk jika meminumnya. Mat Indera setelah diberi minum air kopi bercampur kecubung itu telah tidak sedarkan diri; maka pada ketika itulah Mat Tukyo mencabut segala tangkal.

Di katakan tangan Mat Indera diikat dengan lalang dan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Seri Medan. Adalah dipercayai kehilangan tangkal dan ikatan lalang menggugurkan semua kekuatan ilmu kebatinan beliau. Mat Indera semasa didalam tahanan Inggeris telah dipamerkan ke khalayak ramai sebagai sebahagian propaganda Inggeris.

Mat Indera dipenjarakan di beberapa tempat, dari Batu Pahat ke Johor Bahru, Pulau Pinang, Pudu dan Taiping. Di dalam penjara mat Indera didera. Akhirnya Mat Indera menjalani hukuman gantung sampai mati pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping. Jenazahnya dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping.

Antara cerita lain tentang Mat Indera ialah menahan komunis dari membunuh anggota polis yang cedera di depan balai polis sewaktu serangan di Rumah Pasong Bukit Kepong. Chin Peng pernah mengatakan sekiranya Mat Indera menyerah diri ketika itu, ramai orang Melayu yang menyertai PKM akan mengikut jejak langkahnya juga. Manakala adik Mat Indera mengatakan bukan Mat Indera yang mengetuai serangan Balai Polis bukit Kepong.


Manakala menurut cerita orang, kali pertama kena tangkap, Mat Indera memberitahu yang dia hendak sembahyang dan minta izin untuk mengambil wudhuk, semasa ambil air sembahyang Mat Indera dikatakan ghaib menghilangkan diri. Peristiwa kali kedua pula, Mat Indera minta hendak sentuh rumput semasa ditangkap, apabila beliau menyentuh rumput, dikatakan Mat Indera sekali lagi dapat meloloskan diri secara ghaib. Akhirnya Mat Indera kecundang juga setelah terminum air kopi yang dibubuh buah kecubung. -lanailestari

RENCANA INI TERSIAR DI AKHBAR BERITA HARIAN PADA 13/12/2010
Manakala Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO. Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini. Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato’ Onn.

Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002. Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato’ Abdul Ghani Othman. Pendek kata, penerbitan buku ini mendapat restu kerajaan Johor.




jadi, pendapat korang, mat indera ni pejuang ke pengkhianat? korang ada otak, nak fikir, fikir sendiri... yang kata pengkhianat ialah umno jer...patut la orang tak nak sambut merdeka..sbb merdeka ni dah jadi perayaan umno ..meluat aku..terus terang aku ckp,aku x pernah kibar bendera bila tiba merdeka..sbb apa?sbb aku meluat..ada pihak yang cuba memadamkan kebenaran sejarah tentang pejuang2 menuntut kemerdekaan ini dan hanya nak mengangkat satu pihak saje yg memperjuangkan kemerdekaan..kita jangan lupa tunku abdul rahman tu pegawai yang dilantik british..kita nak merdeka sbb nak lawan british..kalau ikut ilmu penakulan mantik,contohnya...pihak bersekongkol dgn british ialah pengkhianat.pihak yang melawan british ialah pejuang..jadi, tunku abdul rahma ialah pengkhinat?hehehehe..mat indera ialah pejuang...

18 comments:

AuthorBlog said...

sekembalinya kita ke zaman sejarah sekejapp.....

schuk said...

haha...rungkai balik

Anonymous said...

citer lama...tinggal sejarah tapi penuh kontroversi...politik zaman british...citer sebenar mesti tanye pejuang2 lama kat johor... cthnye anak2 murid kiyai salleh batu pahat...manusia merancang Allah SWT menentukan!!!

Anonymous said...

bg aku komunis ngan british dua2 pnjajah..klu camtu tentera jepun kita blh anggap hero sbb diorg yg halau british dr tanah melayu ni..jgn katakan british, ngan amerika2 sekali dia bom..lg dasyat..komunis pun talibarut british gak sbb bersengkongkol ngan british mnntang tentera jepun..bila jepun mnyerah kalah komunis amik alih tanah melayu ni selama 14 hari..masa tu barulah org melayu tau betapa kejamnya komunis ni..guru2 agama diculik, dibunuh, pnduduk kg ditanam hidup..masa nilah munculnya tentera selempang merah yg dipimpin oleh kiyai salleh dan tentera sabil sungai manik yg dipimpin oleh ulama syeikh osman mnntang kekejaman komunis

Anonymous said...

klu nak katakan mat indera berilmu..kiyai salleh selempang merah dan tentera sabil sungai manik pun lg dasyat dia punya ilmu..komunis tak nmpak kelibat tentera selempang merah ketika bertempur..yg dilihat hanyalah snjata yg seolah olah bergerak sndiri..apa pun aku anggap ni semua pertolongan Allah..bila muncul yg haq scra aotomatik yg batil akan terhapus

schuk said...

anon, ada betulnya juga yg ko ckp.aku setuju...
komunis mmg kita xleh anggap pejuang..begitu juga dgn jepun..
tp yg nk di highlight kat sini, knp umno hnya membariskan pejuang2 tu dari kalangan dorg sendiri?knp tak tiap2 tahun cerita psl kiai salleh,tok janggut, dato bahaman,dol said,sebaris dgn tunku abd rahman semua tu?itu yang kita nak tgk sbnrnya..bukak2 tv, asyik tunku abd rahman..tak abis2 dgn dia..klu citer psl pejuang2 yg lain kan, seronok skit tgk..semangat nk kibar bendera pun timbul..hehe..

Anonymous said...

perjuangan tok janggut, mat kilau, datuk bahaman, datuk naning, dol said ada dlm buku teks sejarah tingkatan 3...pjuangan diorg ni bbeza ngan komunis..mereka2 ni bjuang sndiri2 utk mmbebaskan tanah melayu dr british sdgkan komunis bjuang utk mnjadikan tanah melayu negara komunis..dua perkara yg bbeza tu

Anonymous said...

realitinye....bn yg memerintah skrg...sejarah pun ikut interest mrk.kalo pkr pun situasinye sama juga...

Anonymous said...

bn nak padamkan kebenaran sejarah sbb nak membodohkan rakyat..sbb dorg takut bila rakyat celik, rakyat tahu perkara sbnr, rakyat akan lebih bijak dlm membuat keputusan..dan akhirnya dorang akan hancur..

Anonymous said...

bukan kerajaan yg memperbodohkan rakyat... rakyat yg memperbodohkan diri nya sendiri..... ilmu tak dlm, nak komen mcm2... kalu kampung ko kener serang ngan komunis baru ko tau brp kejam nyer cina komunis.... mat indera tu cumer kambing itam jer... komunis pakai... british pon pakai... dua2 tujuan yang sama.... nak sokongan org melayu... jd saper yg pandai dan saper yang bodoh?

Anonymous said...

sbb ilmu tak dalam adalah kerana diperbodohkan oleh kerajaan lah..ko tak nampak lg benda ni..ko x matang lg dalam berfikir dan tgk suasana politik tnh air kita ni mcm2 mana lg..takper..ko kaji dlu..wat research ...series aku ckp, org melayu kita dah diperbodohkan selama ni..jgn jadi mcm org dunia ketiga..kita negara membangun..fikir sendiri elok2..

Anonymous said...

budak2 muda skrg ni byk yg bangang2..dgr je ckp org bukan nak wat kajian pun...ckp komunis pejuang bangang ke apa? komunis ngan british tu dua2 pnjajah tau tak bahalullll...org melayu tolak komunis sbb dah pnh rasa hidup bwh komunis ketika komunis mmrintah tanah melayu selama 14...nak tau kenapa org melayu mnntang komunis taip kat youtube angkatan selempang merah perak...diceritakn sndiri oleh salah seorg bekas angkatan slmpang merah

Anonymous said...

Ek eleh sabar r bro..nak borak dgn emo2..ni la budak2...xleh nak kawal emosi..tu sbb aku ckp,ko x matang lagi...gi bljr dlu kawal emosi baru bborak dgn aku k?lagi satu,apa isi yg ko ckp td,lgsung xde kena ngena dgn apa yg aku sampaikan,,.so,ko jgn wat spekulasi sndr ye bro...hahahaa...

SUARA SAYA said...

mana mungkin mat indera hero kerana dia x berani nak tegur kwn2 komunis bunuh dan bakar anak bini polis bukit kepong, kalau sakat bunuh polis tu boleh kata perang, ni tak siap bunuh anak kecil dan wanita, siap bako lagi tu (bakar), mana hukum mat indera pakai, mana hukum mat sabu pakai, mana hukum nik aziz pakai?....

suara saya said...

Sebaliknya menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama Abu Bakar yang terselamat dalam serangan, Mat Indera tidak terlibat menembak atau menyerang anggota Polis, malah sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis di Rumah Pasong Bukit Kepong.

scene ini telah ditunjukkan oleh jin samsudin, mat indera x digambarkan zalim dalam filem bukit kepong, dia bagi wanita dan kanak2 kecil lari ikut pintu depan....sebab tu mat sabu kene tgk betul2 filem bukit kepong, jgn duk tgk cerita 'tu' aje, alah, cerita 'tu', cerita yg dia tgk dgn norma masa kene tangkap basah dulu...wakaka....

Anonymous said...

filem bukit kepong bukanlah pkara sebenar..ada benarnya..tp yg lagi benar diaorang tak tunjuk...
standard la filem.mesti nak angkat martabat kita..mcm filem org putih psl perang vietnam.realitinya kalah, tp nak angkat martabat dorang, dorang wat filem dan menunjukkan kemenangan berpihak kat dorang..standard la weh..filem.jgn percaya sgt...

skrg ni korang2 semua x phm ker?yg mat sabu ckp, mat indera sahaja..bkn dia sebut KOMUNIS..tunjuk kat aku video dan ucapan yg mat sabu ckp komunis tu hero...
skrg ni, komander balai polis kepong waktu tu adalah org kafir lahanat british..polis2 barua kerja dgn british tu knp?klu aku zaman tu pun, aku bunuh pengkhianat bangsa masa tu..muahahahaha...

Anonymous said...

kalau aku hidup pada zaman mereka, aku cantas kepala semua komunis, tak kira kaum apa. orang2 yang tak tahu cerita dok bersembang pasal benda2 teknikal yang takde isi. mereka terpesong dan memesongkan.

ady said...

cakap je boley arr.nak cantas2 konon...
zaman skrg klu kafir laknat angkut anak dara org melayu kehulu kehilir, xde plakk nak tegur2...
cakap je boley ar tambii...