Harakahdaily
KOTA BHARU, 4 April: Kehidupan rakyat Kelantan akan kembali ke zaman jahiliah sekiranya MCA berjaya dalam kes saman berhubung larangan menjual tiket loteri di negeri ini.
“Apa kata sekiranya MCA berjaya dalam kes di atas, kemungkinan besar mereka juga boleh membangkit isu hak rakyat untuk berhibur seperti kelab malam, disko, rumah urut dan pelbagai pusat hiburan seperti di bandar-bandar besar di pantai barat.
“Ini bermakna kita membenarkan pelbagai kegiatan haram dan aktiviti gejala sosial dibolehkan,” kata anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah.
Media hari ini melaporkan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek bercadang membawa isu larangan menjual tiket loteri ke mahkamah selepas kerajaan Kelantan tetap mengharamnya.
Sebelum ini Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Penasihat Undang-Undang Negeri mengkaji kemungkinan wujud percanggahan dengan perlembagaan ekoran larangan kerajaan Kelantan terhadap penjualan tiket loteri.
Selepas kajian dibuat, kerajaan negeri minggu lepas mengumumkan tidak berlaku percanggahan dengan perlembagaan persekutuan terhadap larangan tersebut.
Sejak 1990 Kelantan melarang semua kegiatan perjuadian memandangkan ia mendatang kesan negetif kepada kehidupan rakyat.
Anuar yang juga Adun Kota Lama berkata, rakyat Kelantan harus berwaspada dengan senario kemungkinan kes tersebut dimenangi MCA.
“Maka pelbagai perjudian seperti TOTO, 4 Digit, Big Sweeps dan sebagainya akan tumbuh secara berleluasa di Kelantan seperti tumbuhnya cendawan selepas hujan.
“Ini kerana undang-undang Persekutuan meluluskan lesen perjudian tersebut dan kerajaan negeri tiada hak menghalang aktiviti judi di kalangan rakyatnya,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini.
Sedangkan, kata beliau rakyat Kelantan berbilang kaum sejak 1990 hidup dalam suasana harmonis dan mempunyai nilai-nilai moral tinggi.
“Maka menjadi tanggungjawab kita untuk menyekat kegiatan ada unsur-unsur negatif yang boleh meracuni anak cucu kita.
“Saya menyeru kepada alim ulama mengadakan solat hajat perdana bagi memohon pertolongan Allah SWT memberi kemenangan kepada kerajaan Kelantan dalam mempertahankan pengharaman judi,” katanya.
Beliau juga meminta tokoh-tokoh agama lain memberi sokongan moral kerana semua agama mengharamkan kegiatan perjudian.
hoh?????ini apa pula cerita pulak ni?
kafir pelakon cd lucah ni nak lawan tok guru?nak tentang pasal larangan menjual tiket judi kat rakyat??
biar betul???
ini ker geng2 umno ni?nak membiarkan rakan komponen sendiri merosakkan akidah umat melayu islam kat negara ni?
bayangkan MCA menang,larangan menjual judi akt kelantan akan ditarik balik..
ramai org2 kelantan akn bermain judi nombor ekor..elok2 main dam aji petang2,lepas ni tikam nombor ekor..haha..
astaghfirullah...
kepada semua yg beragama islam,tolong ambil berat perkara ini,terutama rakyat kelantan sendiri,tolonglah turun ke jalan raya,paksa hakim untuk menyebelahi suara majoriti rakyat kelantan.aku percaya,klu MCA menang,demonstrasi besar2an akan berlaku di kelantan mahupun di KL..wahai rakyat,jom turun ke jalan raya..kah kah kah
aku rasa ini adalah salah satu serangan secara halus dari kafir kepada kita umat islam..inilah dia waris2 cucu2 yakjuj dan makjuj mahupun dajal..ini semua kerja2 dan ajaran yahudi dan nasara..APCO..kah kah kah...
aku harap kita sama2 berganding bahu dan tenaga untuk menentang si keparat chua soi lek dan rakan2nya dalam MCA serta BN..
mari kita humbankan gerombolan dan kafir2 lahanat ini semua masa PRU 13 nanti...
ALLAHU AKBAR
No comments:
Post a Comment